“Cantiknya Izara!” Itu antara pujian diterima pelakon Izara Aishah ketika mengenakan busana jenama pakaian tempatan yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tanpa Gosok’, Sabella. Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pemilihan pelakon popular itu adalah bagi menjayakan kempen koleksi baharu Sabella Royal Batik.
IKLAN
“Selepas sekian lama, Sabella kembali bekerjasama dengan selebriti untuk koleksi terbaharu. Diakui, ada ramai nama artis wanita dalam senarai, tapi akhirnya kami memilih Izara. Tidak dinafikan, sejak dia membuat penghijrahan, penampilan Izara sentiasa menjadi perhatian ramai.
Penampilan serta stail fesyen Izara yang masih bergaya walaupun berhijab menjadi sentiasa menjadi perhatian.
“Jadi, kami berasakan untuk kempen koleksi baharu ini nak bekerjasama dengan dia. Malah, kualiti yang kami ketengahkan selama ini pastinya bertepatan dengan cita rasa Izara seterusnya untuk seluruh masyarakat dan pelangggan setia Sabella khususnya.
IKLAN
“Dalam masa sama, status Izara sebagai ibu dan wanita bekerjaya pastinya bertepatan degan tagline yang kami bawakan iaitu Baju Kurung Tak Tanpa Gosok. Tak perlu ambil masa lama, tentunya ia sangat memudahkan,” katanya.
IKLAN
Menurut Mohd Sufian, bekerjasama dengan Izara satu lagi pengalaman berharga buat jenama Sabella.
“Alhamdulillah, kesudian Izara untuk bekerjasama dengan dalam menjayakan kempen koleksi terbaharu ini sagat kami hargai. Ia satu lagi pengalaman berharga buat pasukan Sabella. Dia sangat profesional, jadi semuanya berjalan lancar,” katanya.
Minat terhadap fesyen dan keinginan untuk membiayai badan NGO yang diasaskan, mendorong bekas Miss Universe Malaysia ini untuk mengilhamkan jenama aksesori dan perhiasan, Fugeelah. Namun menariknya kali ini, Fugeelah meluncurkan koleksi khas dengan penampilan istimewa Raline Shah!
Deborah Henry sangat terkenal dengan pelbagai usahanya dalam membantu golongan kanak-kanak pelarian di Malaysia menerusi Fugee.
Pernah mengharumkan nama negara sebagai Miss Malaysia World (2007) dan Miss Universe Malaysia (2011), Deborah Henry, kini kerap mewarnai industri seni sebagai pengacara. Malah beliau juga dedikasi dengan kerja-kerja kemanusiaan yang cukup sebati dengan dirinya.
JIWA USAHAWAN
Aksesori dan perhiasan Fugeelah direka untuk melengkapi setiap perjalanan hidup wanita. Sesuai dipakai setiap hari dan pada bila-bila masa, Deborah mahu pemakainya bebas meluahkan ekspresi dengan memakai aksesori yang menarik perhatian.
Terhasil dari kombinasi ayat ‘refugee’ dan slang Malaysia ‘-lah’, Fugeelah kini berkolaborasi dengan aktres Indonesia Raline Shah dalam koleksi terbaru, The Abundance Collection.
Raline Rahmat Shah cukup popular di negara jiran sebagai aktres dan usahawan berjaya. Beliau mula dikenali dalam industri seni Indonesia selepas memenangi pertandingan Puteri Indonesia 2008 dengan gelaran ‘Putri Favorit Indonesia’. Raline juga pernah membintangi filem tempatan iaitu Polis Evo 2 pada tahun 2018.
Menariknya, dua wanita ini bukan saja tampil dengan koleksi cantik buat wanita moden, malah sama-sama berhasrat meningkatkan kesedaran sosial terhadap pendidikan kanak-kanak terpinggir di Indonesia serta Malaysia.
Maka tidak hairanlah jika 10% dari keuntungan koleksi Abundance ini bakal disalurkan kepada dua badan NGO iaitu 5% Roshan dan 5% Fugee Org.
Mengambil inspirasi era Permaisuri yang serba mewah, koleksi ini mengadaptasi semula rekaan ‘tennis necklace‘ dalam aura playful. Ia menggabungkan kemewahan emas putih dan kuning dengan tatahan zamrud dan rose glass menjadi koleksi rantai leher, gelang tangan, rantai kaca mata dan subang.
Gara-gara terlalu minat dengan Maya Karin, kita pun beria-ia pakai kebaya hijau pucuk pisang supaya nampak serupa macam bintang pujaan. Tapi masalahnya bila dipakai, kita pula nampak tak berseri langsung!
Baju yang dipakai oleh orang berkulit putih tak semestinya nampak cantik bila dipakai oleh orang yang berkulit sawo matang. Macam orang bercinta, warna kulit dan warna baju pun harus ada chemistry tersendiri.
Mengambil nasihat Cik Lily yang juga pengasas dan pereka jenama Lily Petuna, Nona tertarik berkongsi tip-tip pemilihan baju ini agar penampilan anda kelihatan lebih menarik serta berkeyakinan. Semoga bermanfaat!
Semalam ada customer datang dan dia berkulit sawo matang. Dia tanya Cik Lily, baju warna apa yang sesuai sebab dia selalu ada masalah dengan warna baju. So, Cik Lily pun explain beberapa tip baju yang sesuai dengan warna kulit ni.
Untuk pengetahuan semua, pemilihan warna yang tepat akan memberikan anda:
Warna kulit yang lebih cerah.
Mata terlihat lebih indah.
Rambut terlihat lebih bercahaya.
Sementara pemilihan warna yang kurang tepat pula akan membuatkan:
Kulit terlihat lebih gelap dan kusam.
Gigi anda kelihatan kuning.
(a) Kulit gelap
Ramai wanita berkulit eksotik atau berkulit gelap kurang keyakinan diri apabila memilih warna pakaian. Sehingga mereka hanya memakai warna yang sama sahaja. Sebenarnya anda perlu memilih warna yang sesuai untuk kelihatan lebih seksi. Sebaiknya kenakan busana berwarna tanah yang lembut dan warna-warna premier seperti hitam, putih, biru lembut, merah, pink tua, kuning atau lemon untuk kelihatan lebih cerah. Anda perlu menghindari warna busana yang terlalu kontras dengan warna kulit seperti warna turquoise, hitam, hijau daun, kuning lembut, rose dan pastel lembut.
(b) Kulit sawo matang
Wanita yang berkulit sawo matang sangat disarankan untuk memilih pakaian berwarna ungu, maroon dan silver. Untuk yang berkulit agak kecoklatan, perpaduan warna terang dan gelap akan terlihat mewah. Agar kelihatan lebih menonjol, warna lain yang sesuai adalah burgundy, beige dan navy. Cuba hindari warna merah dan coklat gelap. Paling penting, jangan sesekali memakai warna hijau lumut, hijau zaitun dan coklat gelap kerana ia akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih kusam.
(c) Kulit putih
Memiliki kulit putih tentunya memudahkan anda dalam memilih warna pakaian, namun sebenarnya anda akan terlihat lebih elegan saat mengenakan warna pakaian lembut seperti pastel. Anda juga pasti kelihatan lebih cantik jika memakai pakaian yang berwarna terang dan bercorak batik. Warna tersebut akan membuat anda terlihat sangat menarik dan rileks. Cuma, hindari warna purple lilac.
(d) Kulit kuning langsat
Wanita yang berkulit kuning langsat akan kelihatan lebih menarik apabila mengenakan warna-warna tropis seperti hijau, merah dan biru. Selain itu, warna jingga dan kuning juga akan membuatkan anda kelihatan lebih fashionable! Norzalina Mohd Alias
Topi merupakan salah satu aksesori yang dapat menunjang penampilan seorang wanita. Selain memberi pelindungan dari sinar UV, topi juga dapat memberikan penampilan anda tampak stailo dan trendy. Agar tidak terlihat pelik dan eneh, anda harus memakai topi dengan menyesuaikan bentuk wajah terlebih dahulu.
Untuk itu, sebelum anda memilih dan membeli sebuah topi, sebaiknya anda mempelajari bentuk wajah agar mampu menemukan topi yang serasi, tepat dan sempurna. Nona kongsikan cara paling efektif untuk memilih topi sesuai mengikut bentuk wajah!
(a) BENTUK WAJAH OVAL
Mereka yang memiliki bentuk wajah oval merupakan bentuk wajah ideal bagi hampir semua jenis topi. Anda boleh mengenakan apa jua jenis topi yang anda gemari untuk dijadikan pilihan. Pastinya anda kelihatan cantik dan menawan.
(b) BENTUK WAJAH PANJANG
Jika anda memiliki bentuk wajah panjang, jangan memilih topi yang membuatkan wajah anda terlihat panjang. Anda dinasihatkan agar memilih topi yang mempunyai pinggiran lebar dan rendah seperti topi jenis Boater atau Panama. Topi jenis ini akan akan tampak ideal bentuk bentuk wajah anda
(c) BENTUK WAJAH BULAT
Untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat, topi yang boleh dijadikan pilihan ialah topi yang boleh membiaskan kesan panjang pada wajah anda. Topi dengan pinggiran yang tidak terlalu lebar boleh memberi keseimbangan pada bentuk wajah bulat. Jenis topi yang sesuai buat anda antaranya ialah Fedora dan topi jenis jerami.
(d) BENTUK WAJAH PERSEGI
Bagi anda yang memiliki bentuk wajah persegi, pilihlah model topi yang boleh memberi kelembutan pada wajah anda. Jenis topi yang sesuai ialah topi dengan pinngiran berbentuk bulat seperti Bowler atau Boater. Kedua-dua jenis topi ini bakal mengalihkan kesan tegas pada garis wajah anda dan memberikan kesan lebih manis.
(e) BENTUK WAJAH HATI
Anda akan kelihatan lebih anggun jika mengenakan topi berbentuk bulat dengan pinggiran yang lebih pendek. Hindari pinggiran topi yang lebar atau mendatar kerana ia akan memberikan kesan lebar serta menonjolkan bahagian dagu anda yang sempit.