DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj baru-baru ini berkenan berangkat ke Majlis Perasmian dan Penjenamaan Semula Hospital Serdang di Serdang, Selangor.

IKLAN

Penjenamaan Semula Hospital Serdang, Berikut 8 Intipati Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor

Penjenamaan Semula Hospital Serdang, Berikut 8 Intipati Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Memetik laporan di Facebook Selangor Royal Official, Hospital Sultan Idris Shah Serdang yang memulakan operasinya pada Mei 2005 merupakan hospital pakar major yang menjadi pusat rujukan rawatan jantung bagi Wilayah Tengah serta pusat rujukan kes-kes jantung kompleks dari seluruh negara.

Penjenamaan Semula Hospital Serdang, Berikut 8 Intipati Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor

IKLAN

Penjenamaan Semula Hospital Serdang, Berikut 8 Intipati Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor

Pada majlis bersejarah itu, Baginda turut melawat Pusat Kardiologi Hospital Sultan Idris Shah yang menjadi pelengkap kepada blok hospital sedia ada.

IKLAN

Penjenamaan Semula Hospital Serdang, Berikut 8 Intipati Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor

Berikut 8 intipati titah ucapan Baginda: –

  1. Baginda mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sudi menamakan hospital tersebut atas nama Baginda kerana kesihatan serta kebajikan rakyat sangat dekat di hati dan sentiasa dalam perhatian Baginda.
  2. Baginda menyeru kerajaan agar prihatin terhadap mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk penjagaan kesihatan penduduk dengan memberi perhatian kepada agenda membangunkan skim insurans kesihatan kebangsaan.
  3. Baginda mahu rakyat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan diri secara komprehensif.
  4. Baginda menyeru, para petugas kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah memberi perkhidmatan terbaik dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab serta banyak bersabar dalam menangani kehendak pesakit.
  5. Baginda meminta orang ramai agar bertimbang rasa dan bersabar apabila mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.
  6. Baginda berkenan agar para doktor, pakar-pakar perubatan serta petugas-petugas kesihatan terus mencurah bakti dan berkhidmat di hospital kerajaan demi menabur jasa kepada rakyat jelata.
  7. Baginda menyeru kerajaan agar menjaga kebajikan para doktor dan petugas kesihatan kerana ia satu kerjaya yang mulia dan perlu diberi pengiktirafan sewajarnya. Ia tidak seharusnya dipolitikkan yang akhirnya merugikan semua pihak.
  8. Baginda mahu semua fasiliti kesihatan yang uzur dan hospital-hospital lama diberi perhatian dan penjagaan teliti. Manakala pembinaan hospital dan klinik baharu hendaklah disiapkan mengikut jadual ditetapkan khususnya yang sedang dalam proses pembinaan di negeri Selangor.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI