Berlari-lari menuju ke tandas untuk membuang air kecil tetapi di pertengahan jalan terkucil juga walaupun sudah puas ditahan. Ah, kalau sesekali tidak mengapa, ini sudah berkali-kali berlaku.

Apakah masalah sebenarnya? Jika ia terlalu kerap, sebenarnya anda menghadapi masalah lemah kawalan kencing.

IKLAN

Sebagai seorang wanita, anda perlu berusaha untuk memperbaiki masalah ini demi keyakinan diri dan kebahagiaan rumah tangga. Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian begitu juga masalah lemah kawalan kencing akibat kelonggaran vagina ini.

Adakah masalah ini boleh dirawat? Rawatan bergantung pada jenis inkontinens, punca dan tahap masalah itu. Pakar perubatan akan menyarankan rawatan yang kurang invasif terlebih dahulu sebelum melakukan yang lebih invasif jika gagal.

Penyakit Lemah Kawalan Kencing Buat Ramai Bimbang, Takutnya Kalau Terkucil Kat Tempat Awam!

Rawatan Yang Disyorkan

(1) Behavioral techniques

Mengajar pundi kencing (bladder drill) untuk melewatkan kencing selepas terasa gesaan untuk kencing.

(2) Senaman Kegel

Senaman Kegel adalah senaman kemut yang mudah tetapi berkesan untuk menguatkan otot pelvis anda. Senaman ini melibatkan gerakan mencengkam otot bukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam bahagian otot pelvis (seperti menahan kencing atau membuang air besar-dilakukan secara serentak).

Namun, senaman kegel ini bukan hanya untuk para wanita untuk mendapatkan otot pelvis yang kuat. Sebenarnya lelaki juga boleh membuat senaman ini untuk kesihatan kelenjar prostat mereka.

Perlu Tahu:

IKLAN
  • Jangan tahan nafas semasa melakukan Kegel. Iini menyebabkan peredaran darah kurang efektif ke bahagian otot, sedangkan senaman ini bertujuan untuk melancarkan peredaran darah ke bahagian tersebut.
  • Jangan lakukan senaman kemut ketika sedang kencing. Ini suatu kesilapan yang biasa dilakukan. Ini kerana ia boleh menyebabkan otot pelvis semakin lemah dan bukan semakin kuat!
  • Jangan lakukan Kegel ketika pundi kencing anda penuh. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan kuman (kencing kotor).

(3) Rangsangan elektrik

Rangsangan ini berlaku apabila elektrod dimasukkan sementara ke dalam vagina atau dubur untuk merangsang dan menguatkan otot tersebut.

(4) Ubat-ubatan

(5) Pembedahan

IKLAN

Pembedahan yang boleh dilakukan untuk masalah ini seperti procedur sling, bladder neck suspension atau pembedahan prolapse. Pembedahan vaginoplasty dan vaginal rejuvenation boleh dilakukan bagi yang mengalami masalah kelonggaran vagina.

(6) Rawatan tanpa pembedahan

Rawatan laser CO2 ini dilakukan dengan memasukkan alat ke dalam vagina. Ia menyebabkan pembentukan kolagen baru. Rawatan tanpa pembedahan ini ada banyak kebaikan berbanding pembedahan tradisional yang sering dilakukan.

Antaranya ialah tidak sakit, tidak memerlukan bius dan prosedur memakan masa hanya 10 minit sahaja. Tidak ada kesan sampingan kecuali mungkin sedikit pendarahan dan cecair beberapa hari selepas prosedur.

Selain daripada kejayaan yang tinggi daripada segi masalah terkencing terdapat beberapa kebaikan lain dalam prosedur ini termasuk vagina yang lebih tegang dan lebih lembap.

Walau bagaimanapun tidak semua wanita layak untuk menjalani prosedur ini. Jika gagal mengatasi masalah terkencing pesakit disarankan menjalani pembedahan. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI