Penyanyi kelahiran Ireland dan popular dengan lagu Nothing Compares 2U, Sinead O’Connor mengambil keputusan untuk meninggalkan agama kristian dan memeluk Islam. Berita gembira itu dikongsi oleh beliau di laman Twitter miliknya dan menukar namanya kepada Shuhada serta tampil berhijab. Malahan, menjadi seorang muslimah membuatkan dirinya begitu bangga dan turut berkongsi sebuah video cubaannya melaungkan azan buat pertama kali.
“Pengumuman ini bertujuan menyatakan saya berbangga menjadi seorang Muslim. Ia kesimpulan semula jadi untuk perjalanan mana-mana ahli agama. Kajian semua kitab suci membawa kepada Islam. Ia menjadikan semua kitab suci lain tidak bermakna. Saya akan mempunyai nama baharu. Ia adalah Shuhada”, tulisnya di Twitter
Ads
Ads
Video cubaan Shuhada melaungkan azan yang dimuatnaik dalam laman youtube turut mendapat perhatian netizen. Mengakui ada beberapa lagi sebutan yang salah, Shuhada akan terus berlatih dan membaikinya.
Ads
“Ini adalah cubaan pertama saya menyanyikan azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” kata wanita yang kini berusia 51 tahun itu.
Alhamdulillah, bertambah seorang lagi keluarga Islam kita. Semoga Shuhada akan kekal istiqamah untuk terus memeluk Islam dan melakukan kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban tahun, ada saja pencapaian baharu yang dilakar selebriti cantik Janna Nick. Merangkul satu lagi anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 baru-baru ini, pelantun lagu Gatal tersebut sememangnya sedang berada di puncak kerjaya.
Biarpun namanya tidak lagi asing dalam arena muzik dan lakonan, wanita berusia 27 tahun ini kekal merendah diri dan mesra dengan sesiapa saja. Tidak hairanlah, Janna antara selebriti yang mempunyai peminat yang ramai dan setia. Peribadinya cukup menyenangkan.
Dalam temu bual bersama Nona ketika menjadi penghias muka depan tidak lama dulu, pemilik nama Nurul Jannah Muner ini mendedahkan dia sanggup buat apa saja atau berhabis wang demi keluarga tercinta.
“Saya benar-benar menyayangi keluarga saya. Siapa saya tanpa mereka. Saya memang tidak pernah rasa terbeban bila melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak dalam keluarga.
Sebenarnya bila kita sebagai anak bertindak menyara keluarga ia merupakan keberkatan dalam hidup. Rezeki kita semakin berlipat kali ganda bila berkongsi rezeki dengan keluarga.
Bagi saya, lagi banyak membantu, rezeki saya semakin murah dan lebih berkat. Secara tidak langsung menjadi ‘ketua keluarga’ kepada keluarga kecil saya ini mengajar untuk lebih tanggungjawab untuk masa depan.
Mungkin kalau saya ada keluarga sendiri nanti saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental,” tutur anak kedua daripada empat orang adik-beradik ini.
Memulakan karier dalam bidang seni seawal usia 16 tahun, Janna Nick kini semakin bijak merencana masa depannya. “Saya mula merencana kewangan bila menyasarkan untuk beli rumah dulu.
Saya bersyukur berjaya capai impian untuk beli rumah pertama pada usia 21 tahun. Sejak itu saya berazam untuk mengumpul aset. Saya pula bukan jenis orang yang suka berbelanja tanpa sebab dan tidak memilih jenama.
Sebelum ini saya hanya mencari duit dan sekarang ini saya mementingkan kualiti. Memang tujuan asal saya menceburi bidang seni untuk menambah pendapatan.
Saya mula masuk dalam industri ketika umur saya 16 tahun dan ini bermakna sejak dari sekolah saya dah mula bekerja. Masuk dalam dunia seni mungkin mudah tetapi yang sukarnya adalah untuk kekal dalam industri.
Bagi saya untuk kekal lama dalam industri kena minat. Dalam setiap kerja apa pun kena minat, kan? Saya sedar lagi lama berada dalam industri sebenarnya lagi mencabar.
Bukan bermakna lagi lama berada dalam industri perjalanan seni semakin mudah tapi lebih mencabar sebab macam mana nak letakkan diri kita atau kekalkan diri kita dalam top list,” ujar gadis berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Siam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak ada anak kecil, waktu solat ibu sering terbabas. Perkongsian ibu Insyirah bagi idea utuk ibu-ibu perbaiki solat. Nak-nak waktu sekarang ini, bila tiba hendak berjemaah, ada sahaja yang buat fiil.
Anak-anak banyak ragamnya. Kadang-kadang mereka nak mendengar kata, kadang-kadang kita sampai naik hantu pula bila si kecil meragam taknak ditinggalkan. Susah hati ibu bila balik dari kerja, nak kejar waktu solat. Waktu itu jugalah si anak tadi asyik nak mengempeng.
Anak-anak yang dah boleh faham, boleh juga kita slowtalk, tapi maslaahnya untuk anak yang masih bayi. Tak boleh nak salahkan mereka sebab seharian mereka di taska atau rumah pengasuh, tentu balik ke rumah nak bermanja dengan mak pula sampai kadang-kadang solat pun hujung-hujung waktu. Yang terpaksa qada solat pun ada sebab anak taknak berenggang.
Perkongsian cara solat dengan anak kecil oleh Insyirah Soleha di laman FBnya boleh menjadi panduan untuk mak-mak yang selalu menghadapi masalah ni.
“Selalu ibu-ibu bila ada anak kecil, tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit. Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan. Jadi, suami cadangkan untuk kami berkongsi cara untuk solat dengan anak kecil. Mungkin ada masa anak meragam tak mahu duduk, ibu pula dah makin singkat waktu untuk solat. Daripada luput waktu solat, boleh sahaja solat dengan anak kecil.”katanya.
Apa tips diberikan?
1. Ibu ayah boleh salin pampers anak sebelum solat. Kalau memang pampers anak berat dengan air kencing atau berak, basuh dahulu. Bagi anak selesa.
2. Ibu biasanya dapat agak masa untuk salin pampers anak, jadi boleh sedia untuk tukarkan pampers anak sebelum solat.
Permasalahan dukung anak pakai pampers ;
1. Berhubung dengan najis
متصل بالنجاسة
2. Menanggung najis
حامل النجاسة
Dua perkara ini berbeza :
Contoh berhubung dengan najis ialah tahi cicak pada pakaian kita semasa solat.
Contoh menanggung najis ialah kita solat atas karpet masjid, ada najis pada hujung saf.
1. Najis pada pakaian
2. Najis pada karpet.
Apa hukum kedua-dua situasi tersebut?
1. Sah kedua-dua solat?
2. Tidak sah kedua-dua solat?
3. Salah satu sah?
“Solat tidak sah sekiranya najis pada pakaian kita semasa solat, tetapi solat sah sekiranya tahi cicak hujung karpet tempat solat. Sama juga seperti dukung bayi belum bersunat dan memakai pampers, najis tidak menempel pada tubuh kita,”katanya lagi.
Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu
Contoh solat sambil mendukung bayi ketika rukuk
Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu ketika sujud
Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu semasa tahiyat
NOTA TAMBAHAN :
Ibubapa mestilah memastikan dada sentiasa mengadap ke arah kiblat.
Benarlah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Asalkan kita rajin bertanya, menuntut ilmu dan berpengetahuan, kita tahu solusi kepada setiap persoalan. Lepas ni taka da alasan lagi untuk mak-mak tinggalkan solat dengan alasan anak taknak berenggang ok!
Sumber: FB Insyirah Soleha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr Nur Amalina Che Bakri memang superwoman! Walau masih cuti bersalin, wanita kelahiran Kota Bharu ini sedaya-upaya memanfaatkan masa sebaik mungkin dengan melakukan pelbagai rutin.
Bukan hanya meluangkan masa bersama anak tersayang, Dr Amalina juga dilihat sudah kembali aktif buat ‘talk’ berkaitan dunia perubatan di United Kingdom. Selain sedang berjuang menyiapkan tesis pengajian PhD yang tertangguh.
Gemar berkongsi aktiviti harian dan perkembangan terkini di media sosial, Dr Amalina baru-baru ini memuat naik foto yang memaparkan dia sedang menyiapkan tugasan pengajian sambil mendukung anak.
Yang pasti, perkongsian tersebut meraih reaksi daripada followers yang mengagumi ibu ini. Dedah Dr Amalina, dia berhasrat menyiapkan tesis dalam tempoh cuti bersalin hampir setahun memandangkan tarikh akhir untuk tugasan itu adalah pada Ogos 2024 sebelum kembali dengan tugas hakiki sebagai doktor perubatan.
Namun dia akur dengan situasi baharunya sebagai ibu dan keadaan anak yang memerlukan lebih perhatian.
“I don’t have a specific schedule when writing a thesis; it all depends on Arabella’s mood. I try to write when I can, and this can vary across the day. There are good days and bad days.
There will be days where I can do a few hours of productive work (sometimes she may be asleep in her cot or I may have to carry her in a baby carrier to get anything done), and there will be days where I can’t do anything at all.
What’s important is to be consistent and persistent with my short-and long-term goals (and also persistent with her routine!). I set up my personal deadlines and goals to be achieved over the next few months, but I don’t beat myself up if I’m unable to stick to the plans.”
Ujar Dr Amalina lagi, sebagai manusia biasa dia juga tidak terlepas mengalami detik sukar menggalas tugas ibu namun mujur suami banyak membantu. Dalam masa sama, Dr Amalina turut menasihatkan kaum ibu yang senasib dengannya agar tidak lupa menjaga kesihatan diri sendiri demi memastikan kesihatan mental yang baik.
“I think that while you’re busy catering to the needs of your child, it’s important to find some time for yourself to do your own thing (go out with your friends, go to the gym or just do adult things).
Equally, you should spend your maternity leave bonding with your baby, as you will never get this time back. It’s all about balancing your needs with your child’s needs, and it’s crucial to get the right balance (even if not the right balance, just do your best!) to have a healthy and loving relationship with your child as well as protect your own mental health.”
Dr Amalina berkahwin dengan suami tercinta, Alexander Charles pada tahun 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Arabella Mia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.