
Penyanyi Indionesia bertaraf antarabangsa, Anggun Cipta Sasmi atau nama komersilnya Anggun sememangnya terkenal dengan vokalnya yang mantap.
Malah, Anggun yang popular dengan lagu berjudul ‘A Rose in the Wind’ ini turut memiliki pesonanya yang tersendiri. Punya raut wajah yang cantik semula jadi dan eksotik memberi kelebihan buat public figure yang kini meniti usia 51 tahun.

Rawatan botox dan filler adalah prosedur kosmetik yang popular di kalangan selebriti. Bagaimanapun. Anggun mengakui tidak pernah menggunakan botox mahupun filler untuk kekal awet muda.
Anggun berkongsi perkara ini dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram peribadinya. Dalam video itu, ibu kepada seorang anak ini mengakui dia jarang pergi ke klinik kecantikan untuk rawatan kulit.
View this post on Instagram
“Mereka yang mengenali saya tahu, saya tidak pernah cerewet. Saya jarang pergi ke klinik kecantikan untuk mendapatkan rawatan.”
Pun begitu, Anggun masih mengamalkan penjagaan kulit tetapi tidak kerap kerana dia mengikut rutin penjagaan kulit yang mudah.
No Botox & Filler

Sebagai seorang public figure, Anggun sangat jujur tentang amalan penjagaan diri.
“Saya sentiasa menegakkan kejujuran bahawa saya tidak pernah menggunakan botox. Saya juga tidak pernah menggunakan filler. Saya tidak menggunakan apa-apa.”

Keengganan Anggun menggunakan dua rawatan moden itu kerana dia menganggap wajahnya adalah anugerah Tuhan yang terindah serta warisan daripada ibu bapanya.
Ini membolehkan Anggun sentiasa merasai kehadiran kedua ibu bapanya yang telah memberikan jati diri buat dirinya.
“Saya melihat mereka setiap kali melihat diri sendiri.”
BACA JUGA: Usia Baru 16 Tahun, Wajah Cantik Anak Gadis ANGGUN C SASMI Ini Raih Tumpuan
Percaya Diri Tanpa Solekan

Walaupun tanpa botox dan filler, Anggun tiada alasan untuk merasa tidak yakin. Malah, dia tidak pernah malu untuk mempamerkan wajahnya tanpa solekan yang pastinya menampakkan kedutan dan garis-garis halus yang biasa pada usianya.
Keberanian Anggun mempamerkan proses penuaan menjadi inspirasi kepada ramai wanita. Ia tentang keyakinn diri seorang wanita yang percaya dengan proses kecantikan semula jadi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
















MAJLIS













