Setiap wanita pasti ingin pakaian yang diapakai nampak elok dan terletak di badan. Lagi-lagi baju yang ditempah khas untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Namun bukan semua baju yang ditempah khas itu menjanjikan hasil yang cantik dan sempurna.

IKLAN

Perhatikan Dulu 7 Perkara PENTING Ini Sebelum Tempah Baju & Tak Kecewa Saat AkhirSebab itulah anda perlu menitikberatkan beberapa aspek penting agar baju yang ditempah siap pada waktu yang telah ditetapkan dan tidak mempunyai sebarang masalah. Jom lihat 7 perkara penting itu.

1. KENALI BENTUK TUBUH ANDA
Tidak semua fesyen sesuai dengan semua bentuk tubuh. Begitu juga dengan corak pakaian yang adakalanya tidak sesuai dengan anda. Usah terikut-ikut fesyen terkini selagi anda belum benar-benar yakin fesyen itu menonjolkan diri anda, jangan jadi mangsa fesyen.

Perhatikan Dulu 7 Perkara PENTING Ini Sebelum Tempah Baju & Tak Kecewa Saat Akhir2. BAWA BAJU CONTOH
Kalau anda kurang yakin dengan cara tukang jahit ambil ukuran, boleh berikan baju contoh yang paling cantik dan kena dengan anda. Dengan cara ni, risiko untuk tersalah potong atau tersalah ukur adalah rendah.

Perhatikan Dulu 7 Perkara PENTING Ini Sebelum Tempah Baju & Tak Kecewa Saat Akhir3. JANGAN TAHAN NAFAS ATAU JONGKET KAKI SEMASA SEDANG DIUKUR
Tidak dapat terima kenyataan perut semakin ke depan atau ketinggian tak mencukupi? Rilekslah. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jika anda tahan nafas atau jengketkan kaki, ukuran yang diambil akan ralat. Mulalah timbul baju labuh atau pinggang ketat.

IKLAN

Perhatikan Dulu 7 Perkara PENTING Ini Sebelum Tempah Baju & Tak Kecewa Saat Akhir4. ELAK TUKAR TUKANG JAHIT SAAT AKHIR
Sudah biasa dengan tukang jahit A tetapi bila rakan anda kata tukang jahit B lebih elok, mulalah anda teringin nak cuba hasil tangan tukang jahit B. Tak salah nak cuba tetapi janganlah korbankan baju raya pada tukang jahit yang anda tidak tahu hasil dan kualiti kerjanya. Nak cuba boleh, tapi bukan untuk baju raya.

Perhatikan Dulu 7 Perkara PENTING Ini Sebelum Tempah Baju & Tak Kecewa Saat Akhir5. KAIN TIDAK MENCUKUPI
Beli kain cukup-cukup sahaja tanpa mengambil kira bidang kain. Rancangnya pula hendak dibuat baju berkepok-kepok. Ada kain yang diterima tidak sesuai dengan ukuran si pemakai, jika hendak dipotong sebarangan bimbang jejas corak kain. Sebaiknya jika badan besar, belilah kain ela bidang 45, 4m setengah dan kalau bidang 60, beli kain ukuran 4m. Kanak-kanak 5 tahun kebawah beli kain 2m dan jika kanak-kanak usia 6 ke 12 tahun beli kain lebih kurang 3m ke 3.5m.

IKLAN

Perhatikan Dulu 7 Perkara PENTING Ini Sebelum Tempah Baju & Tak Kecewa Saat Akhir6. HANTAR LEBIH AWAL
Ha, yang ini paling penting! Jangan tempah saat akhir! Tempoh 3 bulan sebelum adalah waktu paling sesuai dan terbaik terutamanya jika anda ingin menempah baju fesyen terkini. Barulah tukang jahit ada masa untuk alter jika ada yang tidak kena.

7. BUKAN YOYO
Kalau anda sedang dalam proses menurunkan berat badan untuk langsing di hari raya, sebaiknya anda tidak menempah pakaian terlalu awal. Iyalah, masa tempah ukuran lain, bila dah siap ukuran sudah bertukar. Sudahnya tukang jahit yang menjadi mangsa hamun.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI