Selepas beberapa hari tidak mendengar celoteh penyampai Suria Pagi, Zulin Aziz, di corong radio, teka-teki ‘kehilangannya’ terjawab semalam apabila dia mendedahkan sedang dirawat di hospital.

IKLAN

Simptom-simptom seperti cirit-birit dan rasa sakit apabila bahagian perut ditekan mendorong doktor untuk membuat imbasan ultrasound ke atas pengacara dan pelawak popular berusia 27 tahun itu.

Zulin yang mengalami masalah cirit-birit sejak Isnin lalu turut berkongsi khabar buruk selepas pemeriksaan doktor, iaitu mengalami ketumbuhan cyst berukuran 7 sentimeter dalam ovari sebelah kanan.

Peringatan Untuk WANITA MUDA! Zulin Aziz Dedah Hidap Cyst, Perlu Pembedahan Jika Ia Terus Membesar

Kata Zulin lagi, doktor memberikan tempoh enam bulan untuk melihat sama ada cyst itu membesar atau tidak. Sekiranya membesar, dia perlu menjalani pembedahan. Dia juga dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan ketumbuhan itu membesar.

Awas, Perut Buncit!

IKLAN

Ovarian cyst kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakan wanita tidak sedar pun yang mereka mengalaminya kerana ia jarang menunjukkan sebarang simptom. Ia hanya akan dikesan bila seseorang wanita itu membuat imbasan ultrasound.

IKLAN

Pada umumnya ia tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya terlalu besar, pesakit mungkin perasan perutnya sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut. Ini menyebabkan ramai yang menyangka perut buncit hanya disebabkan masalah pengumpulan lemak berlebihan.

Bagi kes ovarian cyst yang mencapai ukuran 7 sentimeter atau lebih, rawatannya bergantung kepada jenis cyst yang dialami. Bagi cyst folikular atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Lazimnya, doktor sakit puan akan memantau sama ada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Rawatan pembedahan untuk membuang cyst akan dicadangkan jika didapati cyst menjadi semakin besar. Walau bagaimanapun pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang dihadapi, bentuk cyst dan keputusan ujian darah seseorang. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI