Setiap fasa perkahwinan mempunyai cabaran yang tersendiri. Kekuatan iman, ilmu dan amal menjadi benteng segalanya.Bagi pasangan penulis lirik dan penerbit popular Indonesia, Anto Hoed dan Melly Goeslaw, bahtera perkahwinan yang mereka layari telah memasuki usia 28 tahun. Pasangan ini berkahwin pada tahun 1995.
Ads
Memetik Liputan6.Com, sejak mendirikan rumah tangga, pemilik nama sebenat Melliana Cessy Goeslaw dan Anto Hoed tidak terpalit sebarang kontroversi dan gossip yang boleh menggugat kebahagiaan rumah tangga mereka.
NONA berkesempatan bertemu Melly dan Anto Hoed ketika sidang media sempena Konsert Ada Apa Dengan Cinta yang bakal diadakan pada 3 dan 4 Februari ini dan berkongsi perjalanan kisah cinta pasangan ini yang jarang disorot di media.
“Dia seorang isteri yang hebat, terlalu hebat. Sehingga sulit untuk kami, saya dan anak-anak tidak mengikut dia. Dia atur A sampai Z urusan rumah. Kami (tiga orang lelaki di rumah) ikut sahaja. Dia isteri yang hebat, isteri yang terlalu hebat.
Sebagai seniman, saya respect dia kerana dia bisa berfikir dengan segala macam persoalan rumah tangga tapi dia boleh membuat lirik, melodi yang bagus dan bisa dikenang sampai sekarang”, ujar Anto Hoed.
“Mas Anto buat saya 1Trillion kali “Rangga”. Kalau Ada Apa Dengan Cinta ada Rangga, Tapi Ada Apa Dengan Melly ada 1Trillion kali “Rangga (Anto Hoed)”. Mas Anto cinta sejati saya, hidupnya saya,” ujar Melly penuh emosi.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.
Melly sempat berkongsi detik perkenalan dengan suami tersayang yang hanya mengambil masa yang singkat iaitu 3 bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin. Meski hanya mengenal dalam waktu singkat, namun keduanya membuktikan perkahwinan yang dibina bertahan hingga saat ini.
Ads
“3 Bulan memang bukan waktu ideal untuk saling mengenal sampai menikah, tapi kami membuktikan bahawa panjang pendeknya waktu berpacaran tidak selalu menjanjikan panjangnya usia kebersamaan,” tulis Melly.
Meski rumah tangga mereka selalu terlihat harmonis dan jauh dari gossip, namun ternyata pasangan ini juga pernah merasakan liku-liku dalam kehidupan berumah tangga.
“Segala yang pahit dan yang manis pastinya pernah kita rasakan. Susah senang pernah datang bergantian. Tapi ternyata semua itu menjadikan kita semakin kuat,” tambahnya.
Menurutnya, apa pun masalah yang selama ini dihadapi, doa menjadi senjata terbaik agar keharmonian rumah tangganya tetap terjaga.
Ads
“Doa selalu menjadi senjata terbaik untuk segala urusan kami. Semua jalan berkerikil, berbatu, berombak, bisa kami lalui berkat doa ibu,” kata Melly yang meletakkan sosok di sebalik kebahagiannya adalah ibu tercinta, Ersi Sukaesi.
Tambah Melly, ibu dan ibu mentua menjadi orang yang sering menjadi tempat rujukan buat dirinya dan suami tersayang dalam apa jua persoalan.
“Selalu kami mengingat saat kami menangis mengeluh masalah apapun, mama selalu bilang “sok sing sabar, ku mamah di doakan” (sok yang sabar, sama mama doakan). Begitupun dengan ibu (mentua) saat apapun yang terjadi pada kami, ibu selalu bilang “sabaar…. doakan, Tuhan adil” dengan gaya khas ibu yg selalu sambil menujukan tangannya ke atas,” tambah Melly lagi.
Bakal mengimbas kembali memori indah filem berkenaan, penyanyi dan komposer hebat Indonesia, Melly Goeslaw, 48, bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia selepas 30 tahun berkarya di arena muzik sehingga namanya dijulang tinggi di nusantara.
Konsert Ada Apa Dengan Melly? bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 3 dan 4 Februari ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih sayang seorang isteri terhadap suami memang tiada sempadan. Tugas seorang isteri melayan suami tetap menjadi keutamaan walau setinggi mana sekalipun pangkat seorang isteri. Kan syurga isteri di bawah tapak kaki suami!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah ‘mencuri’ hati setiap wanita yang bergelar isteri baru-baru ini apabila menyediakan sarapan untuk suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam keadaan sedang kuarantin.
Titah Raja Permaisuri Agong, “Siapa pun kita, jika sudah berkahwin tetap seorang isteri,” Tunku Azizah pakai topeng muka dan sarung tangan buat sarapan untuk YDP Agong.
“Setiap pagi, saya siapkan sarapan untuk Tuanku Agong. Nasib baik lah Tuanku memang santap hanya telur setengah masak untuk breakfast,”.
“Setiap hari juga caterer akan hantar nasi lemak atau mee goreng atau beehoon atau kuay teow. Beginilah setiap hari kami self quarantined dan distancing, saya akan pakai mask dan gloves untuk masak sendiri untuk Tuanku Agong.
No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It is our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love,” titah Raja Permaisuri Agong.
Sejuk saja mata memandang apabila melihat penampilan terbaru isteri kepada pelawak dan penyanyi terkenal tanahair, Mark Adam. Norazah Redzuan atau Ezan mula terbuka hati untuk berhijab sebaik mereka pulang menunaikan ibadah umrah penghujung tahun lalu.
“Alhamdulillah sampai ke saat ini, dah nak masuk tiga bulan saya berhijab. Memang atas kerelaan saya sendiri. Ia tak dipengaruhi, disuruh atau dipaksa oleh suami atau sesiapa saja. Pintu hati saya sendiri yang terbuka untuk berhijab selepas balik umrah.
Penerimaan Mark sendiri sangat baik malah bangga dengan saya, begitu juga dengan keluarga. Paling teruja dan gembira ialah sahabat kami, Siti Sarah dan Shuib. Setiap 3-4 jam mereka akan buat video call semata-mata nak tengok saya masih berhijab atau tak. Macam nak buat spot check pula. Memang kelakar sangat!
HIDAYAH
“Kisahnya bermula apabila sebaik tiba di Malaysia kami singgah ke rumah Shuib untuk mengambil kereta yang kami tumpang parking di situ. Sepanjang perjalanan ke rumah, saya tiba-tiba menangis teresak-esak. Perasaan sedih saya ketika itu seolah-olah seperti ditinggalkan atau ada kematian. Tapi saya tak tahu bagaimana nak luahkan apa yang saya rasa ketika itu.
Sampai Mark pun jadi risau dan tanya kenapa. Sampailah keesokan harinya saya langsung tak boleh tidur. Saya termenung, tak mahu keluar rumah termasuk ke pejabat. Saya nak duduk rumah saja. Saya tengok TV, tonton video tentang Mekah dan umrah. Setiap kali tengok, saya akan menangis. Dua hari saya begitu.
Masuk hari ketiga saya beritahu Mark yang saya dah tak boleh lagi macam ni. Saya bertanya kepada ustaz dan mereka ketawa saja. Ustaz kata bukan semua orang akan rasa apa yang saya rasa. Saya masih tak faham dan terus bertanya. Kata ustaz..itulah hidayah yang saya dapat. Lantas dalam hati terdetik, layakkah aku? Bermula saat tu saya nekad. Kalau nak keluar rumah saya mesti berhijab.”
KEKUATAN
“Sejak berhijab saya rasa lagi selesa. Saya juga sangat berterima kasih kepada Siti Sarah dan Shuib yang banyak encourage saya dan Mark. Bukan sekadar bersahabat, kami dah macam keluarga. Susah senang saya dan Mark mereka juga tahu. Saya bersyukur sangat dikelilingi dengan orang-orang yang baik seperti mereka.
Selain diri sendiri, kekuatan untuk terus berhijab semestinya suami yang sentiasa positif dan memberi semangat buat saya. Mark kata, cantik you berhijab…walaupun for the first time tu saya rasa kekok sangat. Rasanya dalam 10 kali juga saya asyik betulkan tudung. Ada juga rakan-rakan yang terkejut dengan perubahan. Saya gembira sebab kebanyakan mereka memberi kata-kata positif.”
“Agar terus istiqomah saya perlu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sebelum ni jarang nak ke majlis-majlis berunsurkan agama. Sering sibuk uruskan kerjaya Mark dan sebagainya. Lepas balik umrah kami menghadiri satu majlis maulid di rumah kawan Shuib. Alhamdulillah saya rasa tenang, Mark sendiri pun suka mengkaji tentang Islam.
Sekarang ini saya dan Mark sedang mencari ustaz dan ustazah untuk mengajar kami mengaji. Niat tu dah lama sebenarnya tapi memandangkan masa Mark tak menentu hal ini tertangguh. Tapi hasrat untuk belajar mengaji tu tak pernah padam. Mark sendiri nekad nak belajar.
Yang banyak membantu dan encourage Mark tentang Islam ialah Shuib. Mark juga banyak bertanya kepadanya. Saya bersyukur kerana Mark gemar bertanya kepada yang lebih arif tentang Islam. Saya sendiri pun masih belajar. Shuiblah yang banyak ajar kami tentang Islam.”
PERUBAHAN
“Dari segi penampilan, saya masih seperti dulu. Cuma dari segi berpakaian pula, semua baju lama saya dah berikan kepada anak-anak buah dan kakak ipar di Filipina. Bukanlah perubahan yang terlalu drastik sebab saya berubah secara perlahan-lahan dan konsisten. Apa yang penting menutup aurat yang wajib. Saya masih berkawan dengan sesiapa saja. Dari segi perbuatan dan percakapan turut dijaga. Doakan yang terbaik buat saya.”
Kredit Foto: Instagram Ezan Marzan Echivarre
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bintang bola jaring yang juga penyampai berita sukan di Astro Arena, Fariha Razak pernah melakar sejarah buat Malaysia apabila dia bersama skuad negara berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Fariha atau nama sebenarnya, Nurfariha Abdul Razak, merupakan pemain di posisi tengah dalam skuad bola jaring negara.
Selain hebat di gelanggang, Fariha juga berbakat besar sebagai hos dan penyanyi. Menariknya lagi, Fariha pandai bermain gitar. Wow, hebatnya! Mengikat kontrak dengan sebuah syarikat label, Werkit Record, Fariha sudah pun mempunyai single berjudul Sama-Sama.
SENTIASA JAGA KECANTIKAN
Bergelar atlet semestinya Fariha sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Sebab itulah Fariha menyediakan satu ruang khas sebagai gimnasium mini di rumahnya.
Bukan saja bergelar pemain bola jaring, Fariha juga sebenarnya ahli sukan silat olahraga dan pencinta sukan lasak. Biarpun menjalani kehidupan yang aktif setiap hari tetapi Fariha juga gemar menjaga kecantikan dan menjaga penampilan.
CEMERLANG AKADEMIK
Atlet cantik yang berusia 27 tahun ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor serta Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Pada tahun 2019, graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor ini turut menerima Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-63.
Lebih indah, saat itu Fariha menerima anugerah tersebut dari Tuanku Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Menurut Fariha, ketika itu segala usaha dan pengorbanannya terbalas walau terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun bagi mengikuti latihan menghadapi temasya Sukan SEA ke-29 pada tahun 2017.
Namun segalanya berbaloi apabila pasukan mereka berjaya merangkul pingat emas dalam acara tersebut. Semoga Fariha terus cemerlang dalam kariernya dan terlaksan segala impian.
Kredit Foto: Instagram @farihaarazak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Dijadikan punching bag dan hamba dalam rumah tangga selama 20 tahun, saya meminta pada Allah tunjuk 'jalan keluar' daripada ujian ini," luah Zahnita Wilson.