Rasanya ramai sudah mengetahui pelakon dan bekas model, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad telah selamat melahirkan anak keenamnya pada jam 8.30 pagi menerusi pembedahan, di sebuah hospital swasta pada 12 Mei lalu.

IKLAN

“Perkenalkan Little Angel Saya…” REBECCA NUR ISLAM Akhirnya Umum Nama Anak Ke Enam

Selepas genap lapan hari cahaya mata keenam selamat dilahirkan, Rebecca menerusi hantaran di Instagram mengumumkan nama penuh bayi lelakinya iaitu Nor Ammar Al-Rizky.

“Di pagi Jumaat yang barokah ini, saya memperkenalkan kepada anda semua nama bidadari kecil saya, iaitu Nor Ammar Al-Rizky.

“Perkenalkan Little Angel Saya…” REBECCA NUR ISLAM Akhirnya Umum Nama Anak Ke Enam

Alhamdulillah hari ini Jumaat, hari kelapan buat baby Ammar yang dan mummy yang baru melahirkan. Semoga Baby Ammar membesar dengan sihat, Bijak pandai, menjadi anak yang soleh, dan di jaga Allah SWT di setiap langkahNya, Ameen”-tulis Rebecca di Instagram.

Namun, Rebecca menjelaskan dia masih belum boleh mendedahkan wajah anak keenam beliau dan bakal menunjukkan wajah penuh anaknya itu setelah dirinya selesai menjalani tempoh berpantang.

“Hari ni baru hari 8. InsyaAllah habis berpantang nanti Mummy share pic baby Ammar terang-terang ya 😅. Sebab ada yang ramai bertanya nak tengok 😅. Sabar ya, soon InsyaAllah 🙏🏻.”-jelas Rebecca

IKLAN

Untuk informasi, Rebecca telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Alif Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4,  dan Nor Aurora Riana, 4.

“Perkenalkan Little Angel Saya…” REBECCA NUR ISLAM Akhirnya Umum Nama Anak Ke Enam

“Perkenalkan Little Angel Saya…” REBECCA NUR ISLAM Akhirnya Umum Nama Anak Ke Enam

IKLAN

Nona mendaokan semoga Baby Ammar membesar dengan sihat serta menjadi anak soleh. Tak sabar rasanya nak tengok wajah comelnya nanti.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI