Siapa sangka anak sulung kepada kepada pasangan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datin Seri Hamidah Khamis ini pernah melalui prosedur bariatrik 11 tahun lalu. Tanpa berselindung, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid terbuka dan sudi berkongsi kejayaan dengan Majalah Nona mengenai transformasi dirinya itu.
Foto: Instagram @nurul.zahid
“Sebenarnya dah lama saya kongsi kisah ini di media sosial dulu. Lebih kurang 12 tahun lepas,” kata isteri kepada Dato’ Saiful Nizam ini ketika dihubungi. Datuk Nurul Zahid juga pernah mengacara rancangan Air Tangan DiRaja terbitan ASTRO yang memaparkan menu masakan istimewa dari kerabat diraja.
Datuk Nurul Zahid yang kini selesa berniqab turut mencadangkan agar mereka yang mempunyai masalah seperti dirinya 11 tahun lalu agar melakukan prosedur ini.
Sebelum ini, Datuk Nurul Zahid juga pernah berkongsi salah satu sebab beliau menyertai askar wataniah adalah untuk mengekalkan gaya hidup sihat. “Bersama Askar Wataniah jiwa dan kekuatan mental terutamanya lebih terurus.
Dalam tentera, saya diajar untuk terima arahan dulu baru fikir boleh ker tak? Kalau tak boleh pun kena bagi boleh!” kongsi Datuk Nurul Zahid yang memperolehi ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari UPM pada tahun 2012. Bukan calang-calang wanita mampu melepasi latihan ketenteraan sepertinya.
Pelakon jelita Uqasha Senrose, menzahirkan rasa sebak sebaik sahaja membaca hantaran Instagram yang dimuatnaik oleh usahawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menitipkan nasihat khusus buat para wanita.
Dalam hantarannya pada September lalu, Ustaz Ebit mengingatkan para suami untuk sentiasa mengangkat darjat seorang isteri dan tidak menzalimi mereka.
Menurut Ebit Lew lagi, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhitung sekiranya kita berusaha untuk membahagiakan pasangan.
“Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti. Amin. Pemberian paling utama bagi seorang suami ialah isterinya. Kewajipannya. Tanggungjawabnya.
“Ramai orang terlupa memberi nafkah pada isteri. Beri sedekah pada haiwan terbiar sahaja menjadi sebab di masukkan syurga. Bayangkan nilai beri makan pada orang miskin dan anak yatim. Betapa besarlah pula nilai amalan memberi nafkah paling utama pada isteri.
“Nilai amalan wajib dan sunat tak sama. Kerana itu membahagiakannya, menggembirakannya membuat kita lebih bahagia gembira. Lebih berkat. Lebih melimpah ruah rezeki dan nikmat. Redha Allah segalanya,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menyeru kepada para suami untuk sentiasa menjadi pembimbing isteri menuju syurga Allah.
“Bayangkan apalah hadiah Allah pada kita nanti. Saat kita diuji dialah peneman setia. Saat kita sakit dialah yang menjaga kita. Paling mengenal dan memahami kita sentiasa. Isteri anugerah Allah. Orang tanya saya apa buat terus kuat melalui semua ini. Anugerah Allah memiliki bidadari.
“Kerana itu Saidina Ali ra pernah kata maksud doa ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat. Apakah kebaikan dunia ini? Jawabnya beliau wanita solehah. Mendapat itu dapatlah segalanya nikmat dunia ini.
“Kerana itu tugas kita suami menyayangi dan membimbing isteri kita cinta dan mengenal Allah. Wanita ini lembut dan mudah dibimbing jika kita menawan hatinya.
“Saat kita mendapat hatinya mudahlah kita melenturnya dengan izin Allah. Alang-alang bercinta biarlah sampai syurga. Amin,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut nyata menyentuh hati banyak pihak termasuklah Uqasha sendiri.
Jelas isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu, dia sememangnya amat mengagumi keperibadian Ustaz Ebit lebih-lebih lagi dalam aspek menghargai wanita.
“Masyallah sungguh sweet how ustaz @ebitlew mengangkat kaum wanita. Tersentuh saya baca dan mengalir air mata sebak. Sama-sama kita jadikan panduan buat suami isteri,” tulisnya di laman Instagram.
Untuk rekod Uqasha dan Kamal telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 5 November 2021 di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penyanyi cantik, Kilafairy. Walaupun kini dilihat jarang muncul di kaca tv namun anak kepada penyanyi terkenal era 1980, Allahyarhamah Rohana Jalil ini dilihat aktif di media sosial.
Tiga tahun tampil sopan berhijab, pelakon dan penyanyi, Kilafairy percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
Malah, Kila tidak menafikan proses dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Dalam pada itu, meski kini memilih untuk menutup aurat sepenuhnya dengan menggayakan busana patuh syariah, Kilafairy dilihat semakin berseri-seri dan mempunyai aura tersendiri yang tidak pernah pudar, tetapi semakin menawan.
Sering tampil dengan gaya elegan dan solekan memukau, bekas pelajar fesyen ini pernah mendapat jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’ dek kerana memiliki bentuk bibir yang seksi.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan yang kini berusia 31 tahun bertuah kerana dilahirkan sebagai anak kacukan Melayu-Pakistan.
Jadi tidak hairanlah jika wajah Kilafairy persis gadis-gadis di timur tengah, terutama dari segi solekan dan gaya tudung. Memang terserlah kelainannya!
Menjengah ke Instagram peribadinya yang memiliki satu juta pengikut, Kila dilihat tidak culas dan memanfaatkan peluang mempunyai ramai pengikut dengan memuatnaik hantaran membela nasib saudara se-Islam di Palestin yang masih hangat diperdebatkan di seluruh dunia sehingga kini.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
“Lebatnya rambut Harris Jr!” Hampir dua bulan usianya, ramai tertarik tengok wajah comel anak kedua selebriti Intan Ladyana.
Masyaallah, walaupun masih kecil anak-anak Intan namun sudah terserlah iras kecomelan mereka, persis ibu dan ayah! Seperti ibunya, mereka juga mempunyai aura tersendiri yang membuatkan peminat terpikat dan menoleh dua kali.
Sekeping gambar keluarga yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif dikongsi bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat menitip ucapan raya buat semua pengikutnya di Instagram. “Happy Eid Al Adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
COMEL
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang baru dua bulan dilahirkan. Persis kakaknya, Evie Khadeeja yang kini mencecah dua tahun setengah, si comel ini juga mewarisi tarikan kedua ibu bapanya termasuk rambut lebat.
Pelakon jelita Intan Ladyana, 42, selamat melahirkan anak kedua mereka, Harris Umayr pada 26 April 2024 sekaligus melengkapkan sepasang cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Harris Alif, 25.
Jika Aidilfitri baru-baru ini diraikan bersama Umayr yang masih di dalam perut, kali ini sambutan Hari Raya Aidiladha pastinya lebih bermakna buat Intan dan Harris.
Turut digelar ‘Harris Junior’, ramai yang memuji kecomelan Umayr selain anak pertama mereka, Evie, yang juga memiliki wajah comel dan seiras dengan wajah bapanya.
Kalau sebelum ini wajah Umayr ditutup dengan emoji, kali ini Intan dan Harris terbuka berkongsi wajah anak mereka dengan peminat. Memang comel sungguh dari pandangan sisi, lebatnya rambut Harris Jr jadi pujian ramai!
Harris dan Intan sempat mencuri perhatian ramai apabila mendirikan rumah tangga walaupun berbeza usia 17 tahun.
MasyaAllah terpikat dengan keanggunan ibu kepada Fathia Latiff. Tidak hairanlah aktres ini memiliki raut wajah cantik menawan. Mewarisi kejelitaan ratu hati kesayangan rupanya. Meskipun sudah berusia namun rupa paras ibu Fathia iaitu Badriyah Hassan tetap memikat pandangan.