Seperti yang diketahui umum, Ayu Raudhah telah berkahwin dengan bintang bola sepak, Mohamad Zaquan Adha Radzak di Alor Setar, Kedah pada 21 Januari 2011. Kini mereka sedang diulit bahagia di samping empat orang cahaya mata yang sedang membesar iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 7 tahun, Muhammad Aisy Aryann, 6 tahun, Laura Zuleykha, 3 tahun dan Muhammad Aisy Al-Khaliq, setahun.

Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Instagram @ayuraudhah_7
Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Instagram @ayuraudhah_7

Baru-baru ini adik kepada selebriti Rozita Che Wan ini telah mengumumkan berita gembira di laman media sosial miliknya bahawa sedang mengandung anak yang kelima. Tahniah! Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Nampaknya Ayu Raudhah mahu mengikut jejak langkah kakaknya, Datin Jaja Che Wan yang mempunyai 6 orang anak. Semoga perjalanan kandungan anak yang kelima ini dipermudahkan.

Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Instagram @ayuraudhah_7
Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Instagram @ayuraudhah_7

Sebelum ini Ayu Raudhah pernah berkongsi tentang rasa terkilannya selepas melahirkan anak ketiganya dahulu yang merupakan puteri sulungnya, Laura Zuleykha. Ayu Raudhah tidak mampu menyusukan puterinya secara eksklusif kerana apendiks pecah di dalam perut.

Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Instagram @ayuraudhah_7
Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Instagram @ayuraudhah_7

“Memang saya tidak dapat menyusukan Laura secara eksklusif kerana terlantar sakit akibat apendiks. Mula-mula saya sendiri tak tahu ada apendiks kerana selama ini saya tak pernah sakit perut yang luar biasa. Tiba-tiba saya sakit perut sehingga nak bernafas pun tidak mampu. Ingatkan saya mengandung lagi kerana rasa loya dan nak muntah. Kemudian saya muntah sehingga keluar air hijau.

Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Instagram @ayuraudhah_7
Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Instagram @ayuraudhah_7

Suami ajak pergi klinik dan apabila sampai klinik doktor hanya bagi ubat angin sahaja. Tapi saya tetap rasa tak selesa. Lepas suami balik daripada training, dia ajak pergi ke hospital dan akhirnya saya terus ditahan. Rupa-rupanya apendiks saya sudah pecah tanpa disedari.

Lepas pembedahan apendiks biasanya dalam dua hari sudah elok. Tapi saya masih rasa sakit. Bila doktor buat pemeriksaan nyata saya demam. So bila demam ada something wrong. Apabila buat ujian darah dan x-ray semula terdapat infeksi di paru-paru.

Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Instagram @ayuraudhah_7
Pernah Diuji Pecah Apendiks Lepas Kelahiran Anak Ketiga, Kini Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-5
Foto: Koleksi Majalah Nona

Ketika itu saya bagaikan di ambang maut. Terasa betapa kerdilnya kita di sisi Allah SWT. Bila-bila masa Allah SWT boleh ambil apa yang ada pada kita dan kita tak mampu nak berbuat apa-apa. Melalui ujian sebegini baharu kita sedar apa yang kita ada semua pinjaman semata-mata. Rasa syukur sangat selepas kembali sihat,” terang Ayu tentang pengalamannya selama 11 hari ditahan di wad hospital.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI