ADIBAH NOOR

Dia sememangnya seorang penghibur yang versatil! Kemampuan Adibah Noor Mohd Omar tidak perlu dipertikaikan lagi. Adibah Noor mempunyai bakat besar dalam industri seni. Selain bergelar penyanyi dan menerbitkan dua album sebelum ini, pelantun lagu Terlalu Istimewa tersebut juga seorang pelakon.

Antara filem yang pernah dibintangi Adibah Noor ialah Sepet, Gubra, Mukhsin, Magika dan Talentime. Itu belum kira lagi drama-drama lakonannya. Memang talented!

IKLAN

Bukan itu sahaja, selebriti berusia 51 tahun ini juga berpengalaman sebagai pengacara majlis. Penyampaiannya yang santai dan bersahaja cukup menarik minat khalayak.

Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat! Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat! Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat! Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat!

Bersandarkan kelebihan berkenaan, Adibah Noor pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) selama beberapa tahun di samping Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Afdlin Shauki dan pelawak terkenal, Harith Iskander.

Malah, dia juga pernah bergelar DJ radio Suria FM. Sebelum ‘terjun’ ke dunia seni, Adibah Noor berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris.

Seperti anak seni lain, figura ini turut tidak terlepas berdepan ujian hidup. Dia dilaporkan menghidap masalah saraf, Bell’s Palsy yang menyerang bahagian muka sebelah kiri pada Disember tahun lalu.

Bagaimana pun Adibah sudah pun sembuh sepenuhnya selepas menjalani sesi fisioterapi sebanyak 12 sesi.

“Alhamdulillah, ia dah lama sembuh. Nyanyian saya pun dah tak kacau dah. Kalau dulu, ada juga tergigit lidah. Sekarang, alhamdulillah saya sudah cukup sembuh.”

Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat!

Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat! Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat!

Kembali aktif mewarnai industri muzik, penyertaan Adibah Noor di pentas Gegar Vaganza musim kelapan sangat dinanti-nantikan peminat. Penyanyi bersuara lunak ini berkata dia pertama kali ditawarkan masuk GV dan menerima keputusan itu atas dasar sokongan peminat.

IKLAN

Yang pasti, persembahan Adibah Noor membuat penonton terpukau dan sentiasa menjadi bualan di media sosial. Terbaharu, nyanyian luar biasanya menerusi lagu Jika di minggu keempat mengejutkan peminat dan barisan juri. Sekaligus mengungguli tempat pertama dengan markah 78.10 peratus.

Keputusan ditentukan sepenuhnya juri tetap terdiri daripada maestro muzik, Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia iaitu Hetty Koes Endang, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Seri Shah Rezza selaku juri jemputan.

Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat! Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat! Pernah Jadi Guru Bahasa Inggeris, Bakat & Jiwa Cekal ADIBAH NOOR Hadapi Ujian Cetus Semangat!

IKLAN

Berkongsi kegembiraan di Instagram, kata Adibah, “Alhamdulillah syukur semoga semuanya terhibur dan alhamdulillah syukur kepada Allah kerana beri ilham kepada saya pukul 4 pagi untuk menjadikan lagu Jika itu versi keroncong.

Syukur ia dapat tempat di hati juri dan harap semua orang berpuas hati. Atas doa yang kalian kirimkan tiap-tiap kali itulah yang menjadi pembakar semangat saya, saya punya support system ialah doa semua orang.”

Gegar Vaganza musim kelapan mengetengahkan 12 penyanyi profesional berpengalaman seperti Nikki Palikat, Aliff Aziz, Suki Low, Aweera, Bandi Amuk, Ani Maiyuni, Shidee, Saiful Apek dan Yassin, Upiak Isil, Azan Scan, Dato’ Fazley Yaakob dan kumpulan NICO.

Moga Adibah Noor terus bangkit melawan segala ujian hidup dan kegigihannya menjalani kehidupan berbekalkan bakat serta kurniaan Allah SWT mencetus inspirasi buat semua.

 

Kredit foto: Instagram Adibah Noor

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI