Jenama ARMAAN dibangunkan oleh pemiliknya, Mohd Hafizi Musafar Shah di Jitra, Kedah. Bermula dengan perniagaan butik pengantin, segala-galanya berubah apabila Hafizi cuba menjual kurta yang dijahit sendiri secara kecil-kecilan pada 2014.
Melihat kepada sambutan hangat orang ramai, Hafizi yang kini berusia 32 tahun akhirnya nekad untuk menghasilkan pakaian lelaki untuk Hari Raya pada 2015 menggunakan jenama ARMAAN.
Keunikan jenama ini terletak pada kualiti pakaian yang dihasilkan. Tidak hanya fabrik yang terbaik, tetapi juga kekemasan jahitannya menyebabkan jenama ini menjadi pilihan pelanggan dan berkembang dengan pantas.
“Saya bermula sekadar ingin mencuba pada 2014. Saya jahit sendiri kurta dan jual di bazar raya. Tak sangka percubaan itu membuahkan hasil. Hari pertama di bazar, kurta habis terjual. Saya jahit dan jual lagi, tetap habis dibeli pelanggan.
“Sambutan hangat itu telah membuka mata saya bahawa pakaian lelaki sebenarnya mempunyai pasaran yang cukup luas terutama pada musim raya. Sejak itu, saya mula serius untuk membangunkan jenama ARMAAN sehingga ke hari ini,” ujarnya.
Setelah lapan tahun berada di pasaran, akhirnya jenama ARMAAN buat julung kalinya melantik penyanyi rap terkenal MK K-Clique sebagai duta untuk koleksi Baju Melayu Premium sempena kempen JOM BELI BAJU RAYA DENGAN ARMAAN.
Ads
Menurut Hafizi, pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan MK K-Clique kerana ingin memperkenalkan jenama ARMAAN secara lebih meluas selain kelompok penggemar jenama ARMAAN dan peminat MK adalah sama.
“Ini kali pertama pihak ARMAAN cuba bekerjasama dengan selebriti terkenal seperti MK K-Clique. Selain popular, peminat MK dan juga penggemar jenama ARMAAN berada di kelompok yang sama.
Ads
“Sebab itu, pihak kami memilih MK K-Clique kerana dia cukup sesuai dengan jenama ARMAAN. Dia juga berwajah kemelayuan dan kelihatan cukup segak ketika menyarungkan baju Melayu. Ciri-ciri itu yang pihak kami lihat ada pada MK K-Clique,” tutur Hafizi.
MK K-Clique ketika disoal mengapa bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama ARMAAN, jelasnya, dia melihat keikhlasan pemiliknya yang mahu menghasilkan pakaian berkualiti selain yakin bahawa jenama ini mampu pergi jauh pada masa depan.
Ads
“Saya berbesar hati untuk sama-sama terlibat dalam kempen raya ARMAAN pada tahun ini. Saya berharap dengan penglibatan saya mampu membuat jenama ini lebih dikenali ramai. Niat saya adalah mahu membantu lebih ramai usahawan kecil menjadi lebih besar.
“Memang sebelum ini saya ada menerima tawaran daripada jenama yang lebih besar, tetapi apa yang saya suka tentang ARMAAN adalah mereka bermula dari bawah dan melakukan semuanya sendiri. Mereka sangat ikhlas dalam berniaga, itu yang sangat penting.
“Biarpun jenama mereka baru sahaja hendak meningkat naik, saya sangat yakin dengan momentum yang mereka ada sekarang ini, ARMAAN akan menjadi sebuah jenama yang besar pada masa depan,” ujar MK K-Clique.
Bagi koleksi tahun ini ARMAAN muncul dengan Baju Melayu Premium, Baju Melayu Exclusive, Kurta Moden, Kurta Klasik dan Baju Kanak-Kanak.
Selain boleh dibeli di www.armaan.com.my koleksi baju raya ARMAAN juga boleh didapati di booth sekitar Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masjid Al Noor, namanya mungkin tidak terkenal dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Namun sejak 15 Mac lalu, masjid yang terletak di Christchurch, New Zealand ini bukan hanya mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia bahkan terus menjadi bualan di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Semuanya gara-gara insiden berdarah yang dicetuskan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang kini ditahan pihak berkuasa New Zealand sebagai suspek utama.
Mengimbau detik tragis yang mengorbankan seramai 49 jemaah ketika berada di dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat… suspek yang lengkap bersenjata melepaskan tembakan secara meluru ke arah umat Islam yang berada di dalam masjid. Lebih menyedihkan, aksi tembakan tersebut dirakam dan dikongsikan secara live di media sosial yang jelas kedengaran suara Tarrant ketawa saat melepaskan tembakan! Difahamkan serangan turut berlaku di sebuah lagi masjid iaitu Masjid Linwood.
Sebagai rakyat New Zealand yang sudah 23 tahun menetap di negara yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi itu, Rachel Dickison… seorang pelukis muda kelahiran New Zealand yang terkesan dengan tragedi berkenaan ‘menghadiahkan’ sebuah lukisan cukup bernilai buat penganut agama Islam seluruh dunia. Meskipun berlainan agama tapi itu bukan halangan bagi Rachel menghasilkan lukisan Masjid Al Noor.
Melalui lukisan itu, kelihatan Masjid Al Noor seolah-olah dilingkari tumbuhan paku pakis atau Silver Fern… simbolik kepada lambang kebanggaan New Zealand. Memuat naik lukisan indah tersebut di Instagram miliknya, kongsi Rachel, “They are us.Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku di Christchurch dan simpati terhadap mangsa terlibat kerana tempat ini tidak lagi selamat. Tak sangka ia berlaku di New Zealand.
Kepada mereka yang terjejas dengan insiden ini, marilah kita bersatu dan saya juga ingin meluahkan apa yang saya rasa terhadap insiden ini dengan cara terbaik yang saya tahu iaitu melalui lukisan.
Lukisan Rachel mengenai Masjid Al Noor
New Zealand tetap berdiri teguh bersama komuniti Islam yang telah memilih negara ini sebagai ‘rumah’ mereka dan kami turut berduka atas apa yang berlaku. Tidak kira apa pun, kami tetap bersama anda dengan penuh kasih sayang dan bukan kebencian.”
Terharu bila insan berbeza fahaman agama seperti Rachel sangat menghormati dan setia bersama-sama umat Islam menangani keganasan yang berlaku. Biarpun dengan hanya melalui lukisan… namun ia melegakan hati para muslimin dan muslimat yang menghargai sokongan murni rakyat New Zealand. Moga kebaikan Islam terus dihayati oleh semua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin selamat berangkat ke Tanah Suci hari ini. Memetik kenyataan dari Bernama, Seri Paduka Baginda berdua ke Kota Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.
Difahamkan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin mengerjakan ibadah haji bermula 20 Jun hingga 4 Julai.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Bernama, pesawat khas yang membawa Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3 petang.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri mengenakan persalinan serba putih sambil diiringi bacaan doa sebelum berangkat ke Mekah.
Turut kelihatan ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Zatashah, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @Selangor Royal OfficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Sultan Selangor juga berkenan memaklumkan pada 28 Julai 2023, Baginda akan berangkat ke London untuk menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate.
Baginda dijangka akan kembali ke tanah air pada 15 Ogos dan sekiranya kesihatan mengizinkan Baginda akan berangkat balik lebih awal daripada tarikh yang berkenaan.
Baginda berharap rakyat mendoakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor ketika menjalankan ibadah haji dan memperoleh haji yang mabrur.
Bagi anda yang membesar menonton filem malar segar The Parent Trap dan Freaky Friday, nama Lindsay Lohan semestinya tidak asing lagi. Aura dan pengaruh pelakon berbakat besar ini sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi walaupun kehidupannya selepas popular cukup mencabar.
Dan baru-baru ini, Lindsay berkongsikan khabar gembira yang dirinya telah selamat melahirkan anak pertamanya. Bersalin di Dubai, bintang berusia 37 tahun itu kini ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.
Turut mendapat perhatian adalah nama yang diberikan Lindsay pada anak sulungnya itu.
Luai ialah nama Arab yang bermaksud “perisai” atau “pelindung.” Lohan mengumumkan kehamilannya pada bulan Mac menerusi gambar yang dikongsikan di laman Instagramnya.
Lindsay dikhabarkan telah lama menetap di luar negara selama beberapa tahun dan telah berkahwin dengan Bader Shammas, seorang pakar kewangan sejak tahun lalu. Kali terakhir Lindsay berlakon ialah menerusi filem Netflix “Falling for Christmas” Netflix.
Dalam temu bual bersmaa majalah Allure, Lohan berkata dia sangat teruja untuk menjadi seorang ibu, dan terbuka dalam mengimbangi kerjaya dan keluarga serta kehidupan peribadinya.
Ibu Lohan, Dina Lohan, baru-baru ini memberitahu majalah People bahawa anak perempuannya dah lama teringin menjadi seorang ibu. Malah gembira sekali dengan perkawinan anaknya itu. Tahniah NONA ucapkan kepada Lindsay Lohan, dan selamat berpantang!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!