Program realiti Pencarian Nona Superwoman terus menghamparkan kejutan. Dalam Episod 6, impian dua finalis iaitu Ayda Azlan dan Rina Hashim untuk mara ke minggu seterusnya berakhir apabila juri-juri sebulat suara menyingkirkan mereka kali ini.

Cabaran ‘Personal & Communication Grooming’ benar-benar menduga skil dan kemahiran gaya lapan finalis yang bersaing.

IKLAN

Selain mengasah pentingnya first impression untuk bisnes, mereka juga diajar tentang fesyen, penampilan yang betul dan cara pembawaan diri untuk mengembangkan prospek perniagaan.

Kehadiran pereka fesyen duo, Fizi dan Kai daripada FiziWoo serta penata gaya, Tym Fatimah menjadikan sesi perkongsian ilmu tambah bermanfaat.

Menariknya, berkali-kali mereka mengingatkan para finalis agar berniaga secara kreatif serta sentiasa keluar daripada zon selesa.

“Bila jadi usahawan ni, kita kena jadi very approachable. Dari cara berjalan pun orang boleh menilai personaliti kita.” Fizi Woo

Baju Hitam & Cakap ‘Macam Memaksa’ Buat Juri Geleng Kepala – Punca Ayda Azlan, Rina Hashim Tersingkir!
Sesi grooming bersama Kai, Tym dan Fizi

 

CABARAN

Dalam Styling Challenge kali ini, para finalis telah diminta menggayakan koleksi Amber Spring/Summer 2022 mengikut kreativiti masing-masing.

Himpunan multirona, motif tropika dan bercorak penuh kelihatan menguji skil fesyen mereka untuk disesuaikan dengan personaliti dan warna kulit, selain memastikan gaya yang dipilih tetap melambangkan keanggunan seorang usahawan.

Kemunculan pengacara popular yang juga personaliti TV terkemuka, Dato’ Aznil Haji Nawawi menambah semangat para finalis agar sentiasa menjaga penampilan diri di khalayak.

“Anda kena ada cita-cita menjadi seseorang yang belum ada. Inilah keyakinan yang mesti dibina untuk menjadi Superwoman.

Keyakinan tu juga datang dari komunikasi kita. Bukan setakat cara bercakap, tapi lenggok badan, suara…” Dato’ Aznil Haji Nawawi.

Baju Hitam & Cakap ‘Macam Memaksa’ Buat Juri Geleng Kepala – Punca Ayda Azlan, Rina Hashim Tersingkir!

 

Akhirnya masa penjurian pun tiba. Para finalis dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap pasangan akan ke depan, menerangkan tentang hasil styling challenge yang dijalankan.

Kumpulan pertama menampilkan gandingan Ana Najia dan Linda Roos, diikuti Syu Ramli dan Rina Hashim, Fazs Faozi bersama Ayu Omar, serta Ayda Azlan dan Fazlia Akma.

 

PENYINGKIRAN

Keputusan juri-juri tetap dan juri jemputan iaitu Datin Adzliana Prof Dr Hasan, Awal Ashaari serta Dato’ Aznil Haji Nawawi sebulat suara memilih Ayu Omar sebagai pemenang cabaran.

Sifat Ayu yang konsisten, berevolusi dan sentiasa memberi kelainan untuk bisnes mendapat pujian para juri.

Sayangnya perjalanan dua finalis lagi iaitu Ayda Azlan dan Rina Hashim terhenti setakat di sini.

 

Tonton video Rina Hashim di sini…

IKLAN

 

Mesra membahasakan diri sebagai Mama, Rina Hashim tampil meluahkan perasaan sebaik tersingkir.

Banyak pengalaman manis yang terukir dalam Pencarian Nona Superwoman umpamanya apabila memenangi cabaran, dapat berjumpa orang-orang hebat pada setiap episod dan merasai suasana rakaman, selain dapat melihat wajah sendiri di kaca televisyen serta disolek oleh mekap artis yang baik.

“Mama memang dah dapat rasa akan tersingkir kerana tak pakai baju penaja. Walaupun waktu presentation tu, juri-juri iaitu Pak Nil dan Awal Ashaari puji serta suka dari sudut penyampaian dan keyakinan Mama tatkala menjawab soalan tentang perniagaan.

Bukan Mama tak cuba pakai. Mama dah cuba tiga kali, tapi ia tetap tak menampakkan diri dan karakter Mama.

Baju Hitam & Cakap ‘Macam Memaksa’ Buat Juri Geleng Kepala – Punca Ayda Azlan, Rina Hashim Tersingkir!

 

Bila tak mengikut tema pakaian yang diberikan sahaja menyebabkan Mama tersingkir, jadi Mama sedikit pun tak ralat kerana Mama yakin bukan tak pakai baju tu sebab tak mahu ikut tema, tapi kerana Mama berpegang pada setiap apa yang kita pakai dan gayakan mencerminkan diri kita yang sebenar.” 

Tambahnya, dia bukan berada di depan kaca TV untuk berlakon atau melakonkan watak orang lain.

IKLAN

“Jika tertulis di situ Mama disingkirkan, maka pasti akan ada hikmah Allah di sebaliknya.” Rina Hashim

 

Tonton video Ayda Azlan di sini…

Ayda tidak menolak kemungkinan disingkirkan kerana masih mengulangi kesilapan yang sama dari episod 3 – 6 iaitu cara pertuturan yang berbunyi seperti memaksa, atau terlalu laju.

Wanita yang menetap di Negeri Sembilan itu juga sering mendapat komen yang sama setiap minggu iaitu memperbaiki cara pertuturan, namun dia mengakui agak sukar mengubahnya dalam masa yang singkat.

“Banyak pengalaman manis yang saya dapat dalam Pencarian Nona Superwoman. Antaranya bila dikelilingi circle orang-orang yang berjaya serta semua finalis pun tak lokek berkongsi ilmu.

Kemudian dapat jumpa juri-juri jemputan yang hebat seperti Pak Nil. Beliau memang sangat menginspirasikan dan menyenangkan. Di samping itu dapat mengenali juri tetap iaitu Datin Adzliana dan Awal Ashaari. Mereka sangat banyak memberi tunjuk ajar tentang kekurangan Ayda dalam bisnes.

Baju Hitam & Cakap ‘Macam Memaksa’ Buat Juri Geleng Kepala – Punca Ayda Azlan, Rina Hashim Tersingkir!

 

Itulah antara kenangan paling manis di sini. Sebenarnya Ayda pun tak sangka perjalanan bertahan sampai ke episod 6. Awalnya ingat mungkin bertahan sampai episod 2 je bila melihatkan semua peserta yang hebat dan berkebolehan.

Selama 6 episod ni bermacam ilmu perniagaan yang Ayda dapat jadi Ayda puas hati dengan pencapaian setakat ini. Ayda percaya rezeki Allah tak terhenti sampai di sini, insyaAllah pasti ada rezeki yang lebih baik pada masa akan datang.” Ayda Azlan

 

Beremosi sungguh episod 6 ni. Tak sabar nak tunggu sambungan episod 7 yang merupakan semi-final Pencarian Nona Superwoman. Program realiti yang berlokasikan hotel Four Seasons Kuala Lumpur ini dibawa secara eksklusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, serta diperkasakan sepenuhnya oleh USANITA.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI