Jangan drastik buat kesimpulan bila dengar perkara buruk-buruk tentang keluarga mertua. Belum apa-apa sudah melatah, “Lepas kahwin nanti, Yah taknak tinggal rumah mak Abang. Yah tak rela. Kawan Yah yang tinggal dengan mertuanya kata azab!”

Kemudian tiba pula nasihat seorang makhluk Allah, berbunyi begini,

IKLAN

Tak kena mesej begitu. Tak detail. Sepatutnya ambillah pandangan ulama, bukan pandangan logik akal dengan kes-kes negatif yg telah berlaku sebelum ini, menghukumkan ia akan sama dengan mertua kita. Tak betul pegangan tersebut.

Suami hanya wajib mengasingkan isteri apabila berlaku perselisihan faham di antara ipar dan mertua saja. Bukan terus asingkan.

Sebenarnya banyak manfaat daripada mudarat bila tinggal dekat dengan mertua. Mereka bukannya orang lain pun, taraf ibu kita. Dan bukan semua mertua zalim macam yang diceritakan dalam filem ‘Ibu Mertuaku’ tu.

Apabila selalu dengan mertua, si isteri dapat belajar sedikit sebanyak tentang perangai dan kegemaran suami daripada ibunya sendiri. Kita harus ingat, ibu suami kita masih di tempat teratas daripada taraf kita sebagai isteri dalam senarai tanggungjawab suami, sebagai kebajikan anak lelaki. Isteri berada di tempat kelima dalam turutan tanggungjawab suami dalam Islam.

  1. Ibu kandung
  2. Bapa kandung
  3. Ibu mertua
  4. Bapa mertua
  5. Isteri
  6. Anak-anak

Berlainan dengan wanita, si isteri wajib meletakkan suaminya dalam senarai No. 1 kewajipan, tanggungjawab dan kebajikannya.

  1. Suami
  2. Anak-anak
  3. Ibu kandung
  4. Bapa kandung
  5. Ibu mertua
  6. Bapa mertua

Bagi mertua yang keseorangan dan uzur, haram bagi anak-anak dan menantu meninggalkannya demi kepentingan sendiri kerana dikhuatiri hilang berkat ibu pada anaknya.

Reda Allah terletak pada reda ibu. Jika ibu mati, ibu mertualah seterusnya. Jika tiada masalah, tak usah asingkan terus. Jangan sombong menerima teguran atau sindiran mertua kerana dia menegur seperti menegur anaknya, malah kalau difikirkan anak sendiri lagi teruk kena tegur, tapi tak pernah meninggalkan ibunya. Dia ibu, berhak menegur jika ada salah.

IKLAN

Maka ulama berpendapat, jika teguran atau sindiran yang sengaja membawa perbalahan, maka barulah wajib suami mengasingkan isterinya. Kena teliti satu persatu. Bukan drastik. Tak semua mereka baru berkahwin punya ilmu rumah tangga yang tinggi. Maka ibu bapalah tempat untuk kita mencari ilmu itu.

Adakah terlepas nafkah suami menyediakan tempat tinggal kepada isteri yang tinggal bersama mertua?

Dengan teliti ulama menjawab dan dinaqalkan dalam satu kuliah. Pertama sekali kena tanya isteri, adakah dia selesa tinggal di rumah mertua dan tiada masalah dalam menjaga auratnya? Jika selesa maka terlepas nafkah tempat tinggal.

IKLAN

Jika isteri berbalah dengan ipar atau mertua, maka tidak terlepas nafkah tempat tinggal dan wajib diasingkan. Dan apabila tinggal bersama mertua, beberapa perkara wajib diambil kira. Antaranya diadakan ruang untuk isteri membuka auratnya.

Sesetengah pendapat mengatakan aurat kaki dimaafkan jika ada ipar tinggal serumah. Maka, mereka yang dalam kepayahan menyediakan tempat tinggal yang melibatkan kewangan besar, mendapat manfaat daripada perkara-perkara yang disediakan hukum dengan syarat mentaati segala yg ditetapkan syarak.

Ulama menjawab persoalan ini untuk kemudahan orang ramai. Nak ikut silakan, taknak tak mengapa. Sebagai contoh, Rasulullah tidak melarang para sahabat memakan Dhab, tapi Baginda tidak makan Dhab. Nak makan silakan, tak makan pun tak apa.

Sama seperti tinggal bersama mertua. Nak tinggal skali boleh, tapi jagalah perkara-perkara yang sensitif. Nak tinggal asing pun boleh, tak mengapa. Wallahualam. Norzalina Mohd Alias

Kredit: Facebook Suami Isteri Bahagia