Baru baru ini, tanggal 24 Disember 2022 menjadi tarikh keramat buat pelakon Reen Rahim yang selamat diijabkabul dan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, pada majlis yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya.
Aktres jelita yang berumur 34 tahun itu dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya iaitu Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.
Dan semalam berlangsungnya majlis persandingan belah pihak pengantin perempuan, di mana Reen Rahim berkongsikan momen persandingannya di mana dia kelihatan sangat anggun dan jelita mengenakan persalinan songket berona coklat hasil ciptaan pereka fesyen duo ternama, Rizman Ruzaini.
Ads
Penampilan Reen turut memukau ramai apabila dipadankan dengan barangan kemas mewah tajaan Cerew Jewels, dan hasil solekan jurusolek artis terkenal Syed Faisal Syed Noh.
Untuk rekap, pasangan sama cantik sama padan ini telah berkenalan sejak 2 tahun lalu sebelum membuat keputusan untuk bertunang pada 12 Ogos lalu.
Ads
Meninjau di ruangan komen Instagram pelakon Daddyku Gangster ini, rata-rata ramai termasuk rakan-rakan artis yang terpesona dengan penampilan dan busana disarung Reen Rahim dan mendoakan agar perkahwinan dibina dirahmati dan kekal sehingga ke Jannah.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Makin cantik berseri-seri Datin Alyah Abu Hassan. Terpegun melihat penampilannya yang kelihatan lebih sihat dan ramping baru-baru ini. Kian rancak menerima jemputan nyanyian di majlis rasmi dan perkahwinan, rezeki Datin Alyah juga makin meluas lebih-lebih lagi sejak dia memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 yang lalu.
Dalam pertemuan bersama Nona, Datin Alyah dikaitkan dengan Ira Kazar kerana dikatakan mirip wajah isteri Syamsul Yusof berkenaan bagaimana pun enggan melenting dengan perkara tersebut.
Sebaliknya kekal positif dan menerima pandangan itu dari sudut yang baik.
“Saya ok je. Dulu masa saya berisi sedikit mereka kata muka saya macam influencer mekap. Lepas tu saya dah kurus, mereka kata macam seorang wanita yang tengah viral ni.
So, saya ok je sebenarnya. Yang saya buat dekat Instagram semua tu, melawak je. Cuma kadang-kadang rimas jugalah. Tapi I ok, tak ada masalah pun di situ. Saja-saja je.”
Malah sebelum ini pun Datin Alyah memberitahu followers di media sosialnya dan tidak menolak kenyataan bahawa di dunia ini akan ada individu yang mempunyai wajah serupa. Selain meminta warga maya menghentikan hal itu kerana dia juga ada kehidupan, keluarga dan suami.
Mengulas ‘rahsia’ kembali langsing di media sosial pada sekitar tahun lepas, tanpa berselindung isteri Dato’ Ramli MS ini membuka cerita.
“Ramai yang tanya macam mana boleh kurus? Orang tahu Alyah pernah besar dulu 68kg dan ada macam-macam penyakit yang paling teruk gastic sampai muntah-muntah.
Kalau siapa yang follow Alyah dari dulu pasti ada baca Alyah masuk hospital sebab gastic teruk. Dan bila badan makin naik, makin naik nak diet memang susah sebab gastic yang Alyah alami.
Sampai ada yang kata Alyah pregnant ke? Kalau betul takpa, alhamdulillah. Masalahnya belum ada rezeki lagi. Terus bersangka baik pada Allah SWT.
Kredit Instagram @alyah81Kredit Instagram @alyah81Kredit Instagram @alyah81
Cerita pasal kerja pula ya. Ada waktu Alyah tolak nak pergi show sebab tak boleh nyanyi dengan baik. Kejap-kejap semput, kejap-kejap lelah.
Dan bila orang sibuk menegur saiz badan kita, Alyah mula rasa down ya. Down sangat. Sebab kita tak pernah sebesar ini sebelum ini.”
Tanpa berselindung, penyanyi bersuara lunak ini memberitahu dia nekad membuat perubahan terhadap dirinya selepas berjumpa pakar bedah gasteroenterologist atau dikenali sebagai Dr Mustafa Mohammed Taher.
“Dari situ sedikit demi sedikit semua berubah dan kembali seperti saya 12 tahun lepas. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT bukan size yang Alyah nak tekankan tapi sihat yang selalu diminta. Mohon doakan kesihatan Alyah ok dan Alyah selalu doakan untuk korang juga.
Kredit Instagram @alyah81Kredit Instagram @alyah81Kredit Instagram @alyah81
Alyah pernah buat bariatric operation 5 bulan lepas. Dan tiada rahsia untuk Alyah sembunyikan. Mengenang kembali macam mana Alyah pernah ulang alik pergi klinik dan hospital.
Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah. Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi.”
Nona mendoakan agar Datin Alyah terus diberi kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usaha kuat dan kekal positif merupakan elemen penting yang perlu ada di dalam diri setiap usahawan, apatah lagi dalam mengharungi pandemik COVID-19.
Dua tahun berhadapan dengan pandemik COVID-19, turut memberi kesan kepada Alhumaira dalam meneruskan empayar perniagaannya.
Namun, berbekalkan semangat selama 12 tahun berkecimpung di perniagaan industri fesyen Muslimah tanah air, Alhumaira kini mengorak langkah dengan pembukaan flagship store pertama di dalam pusat membeli-belah iaitu di KL East Mall pada 26 Mac 2022.
Menurut pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli, naik turun sesebuah perniagaan itu adalah lumrah.
“Ini merupakan butik pertama Alhumaira di dalam pusat beli-belah dan juga batu loncatan buat Alhumaira untuk terus berkembang lebih maju.
Pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli.
“Keputusan saya untuk membuka cawangan butik di dalam pusat membeli– belah setelah kita menghadapi zaman pandemik COVID-19, ternyata bukanlah sesuatu yang mudah.
“Pemilihan lokasi di dalam pusat beli- belah ini tentunya memberi kemudahan kepada penggemar Alhumaira, juga untuk menarik minat orang baru untuk memilih jenama kami dan fesyen Muslimah yang kontemporari,” katanya.
Duta Alhumaira, si cantik manis Qasrina Qarim.
Mengutamakan keselesaan pengunjung, butik Alhumaira ini menitikberatkan ketelitian dari sudut dekorasi, gaya dan warna.
Rekaan dalaman butik mengetengahkan tema ‘seamless’ dan elegan. Turut diterapkan sentuhan feminin sebagai lambang identiti jenama fesyen Muslimah yang sofistikated.
KOLEKSI KHAS RAYA
Bersempena dengan pembukaan butik ini juga, Alhumaira mengambil kesempatan melancarkan koleksi khas Raya mereka, yang diberi nama #SempurnaRaya2022 sebagai persediaan awal menyambut bulan Syawal.
Hadir dengan 2 jenis tudung iaitu printed dan plain, koleksi #SempurnaRaya2022 mempunyai lebih daripada 6 barisan nama, yang mana Alhumaira akan memperkenalkan satu persatu pada setiap minggu bermula pada awal bulan Mac lalu sehingga awal Mei depan, melalui media sosial Alhumaira.
Alhumaira turut mensasarkan Shah Alam atau Setia Alam untuk pembukaan butik seterusnya bagi memenuhi permintaan para penyokong di kawasan itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Jihan Muse bagaikan sudah sinonim dengan program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza. Celoteh dan gaya bersahaja Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa berjaya menarik perhatian penonton.
Meskipun pembabitannya dalam bidang seni bermula sebagai seorang pelawak.
Kira-kira setahun berehat daripada dunia pengacaraan selepas melahirkan putera kedua, kemunculan Jihan di pentas All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini mengubat kerinduan peminat.
Berkongsi pentas bersama dua pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, pesona Jihan tetap bersinar.
Malah rata-rata peminat teruja melihat penampilan terkini Jihan. Apa tidaknya, makin cantik jelita!
Anggun mengenakan persalinan hitam dan biru, wajah Jihan kelihatan berseri-seri hasil sentuhan makeup artist Syamiel.
29 Ogos lalu, isteri Ungku Hariz ini genap berusia 40 tahun. Jihan mula mencipta nama dalam program lawak kian meningkat popular sebagai pengacara dan pelakon.
Bakat pengacaraannya mula terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan Gegar Vaganza selama lapan musim berturut-turut.
Dia yang sebelum ini bergandingan bersama pengacara popular, Nabil Ahmad selamat menimang cahaya mata kedua pada 6 September 2022 di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir...