Acara Met Gala 2019 yang berlangsung semalam masih hangat diperkatan. Barisan selebriti terkenal antarabangsa tampil hebat memperagakan rekaan unik pereka handalan dunia. Ramai bintang Hollywood yang mencuri tumpuan netizen dengan gaya mega bertemakan Camp untuk tahun ini. Namun, Nona cukup tertatik dengan penampilan bekas aktres remaja Disney iaitu Zendaya.
IKLAN
Wanita yang dikabarkan berpacaran dengan Tom Holland ini tampil cantik dengan gaun persis karakter Cinderella. Gaun ini mulanya tampak biasa namun menjadi semakin menarik apabila gaun rekaan Tommy Hilfiger mengeluarkan cahaya seperti seorang puteri yang diberi kuasa magis.
Zendaya dan penata gaya peribadinya, Law Roach pastinya menampilan penampilan cukup berbeza pada Met Gala tahun ini. Keduanya tampil dengan karakter sebagai Cinderella yang disandang Zendaya dan pari-pari, Law Roach yang memberi magis pada gaun Zendaya menjadi bersinar pada acara karpet merah Met Gala 2019.
IKLAN
IKLAN
Zendaya juga tampil dengan tas kecil dan headband yang menghiasi rambut blondenya. Untuk menyempurnakan penampilan, Zendaya juga meninggalkan sepatu kacanya saat menaiki tangga Metropolitan Art Museum, New York.
Kehidupan dalam laut seolah-seolah mempersona beberapa pereka couture kali ini dalam mengilhmakan koleksi Couture Spring/Summer 2019. Sesungguhnya ia merupakan inspirasi yang paling mudah untuk sebarang koleksi musim panas. Ini adalah koleksi couture di mana lautan telah dibayangkan seperti fantasi yang memberi kisah penuh magis. Tidak seperti tanah lapang yang tercemar plastik, dilanda pencemaran yang sebenarnya dilakukan oleh manusia itu sendiri.
Kehidupan laut tersebut dirujuk dalam koleksi dramatik Zuhair Murad terbaharu, di mana nada mewah dicampur dengan siluet 80 an yang diberi sentuhan moden. Namun, Zuhair menginterpretasikan inspirasi hidupan laut yang agak terkawal tanpa terjemahan yang terlalu literal melainkan untuk rekaan ball gown berbulu multilayered yang bertatahkan perincian berbentuk batu karang bersulam. Walau bagaimanapun, hiasan indah yang disempurnakan mempunyai jalan cerita tersendiri.
Palet warna yang dipertaruhkan buat koleksi ini cukup menawan. Palet rona kedam hingga rona terang seperti biru gelap, turquoise, aqua, shell pink, dan coral menjadi simbolik kepada kedalaman laut. Perincian yang diberi sentuhan rona senada tampil menakjubkan yang nyata memberi sentuhan hidupan lautan yang cukup jelas.
Jom lihat koleksi penuh magis daripada Zuhair Murad!
Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, perkongsian terkini Datin Seri Maria Farida disamping ibu tersayang cuit perhatian ramai. Sama cantik dan awet muda, macam tak makan usia!
“Happy Birthday to my beautiful Queen Mummy. Love you one billion.” Datin Seri Maria Farida
Menyifatkan ibunya sebagai wanita terhebat di dunia, Datin Seri Maria Farida turut mendoakan kesihatan dan kebahagiaan berpanjangan buat ibu tersayang, Aunty Mahani, yang menyambut ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian, gambar nostalgia ibunya sewaktu muda. Wah cantiknya, macam ratu cantik!
Sama manis dengan senyuman yang seiras, tak hairanlah kalau melihat kecantikan Datin Seri Maria Farida sendiri yang bakal mencecah 54 tahun tak lama lagi. Gaya wanita campuran Melayu-Filipina itu nampak cukup menawan!
Berikanlah apa saja busana, gaya Datin Seri Maria Farida pasti tidak akan menghampakan. Dengan raut wajahnya yang jelita dan tubuh tinggi lampai, beliau mampu membawa ‘jiwa’ tersendiri pada pakaian yang digayakan.
Dalam satu hantaran beliau ketika menghadiri sebuah majlis makan malam korporat bertemakan ‘The Great Gatsby’, jelitawan ini tampil dalam sepasang dress sekuin labuh yang menampakkan tubuh badannya yang langsing. Memang cantik, ramai puji Datin Seri Maria Farida persis anak dara!
Justeru tak menghairankan nama beliau kekal relevan dalam industri. Sebagai aktres dan model fesyen setanding model-model lain yang masih muda di negara ini. Datin Seri Maria Farida juga kerap menghiasi acara fesyen Yan’s Creation di dalam dan di luar negara.
Masih segar lagi kenangan bersama Datin Seri Maria saat beliau menjadi penghias Nona Mac 2019. Dalam pertemuan waktu itu, dia mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, tetapi bersyukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.
Mengulas amalan yang dipraktikkan, ini jawapan jujur Datin Seri Maria.
“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang.
Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout.
Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula.
Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga.” Datin Seri Maria Farida
Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Seri Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan.
RAHSIA KECANTIKAN
“Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.
Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging.
Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.” Datin Seri Maria Farida
Baru sebulan lalu NONA menulis tentang Tan Sri Michelle Yeoh yang namanya disebut-sebut mengungguli senarai pencalonan awal untuk anugerah Oscar tahun hadapan. Adakah ianya bakal menjadi kenyataan? Mungkin. Baru-baru ini Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mengharumkan nama negara selepas bakal dianugerahkan ijazah kehormat dari Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangan besar beliau dalam industri perfileman Hollywood.
Michelle yang berumur 60 tahun dan berasal dari Ipoh Perak itu mencipta kejayaan luar biasa dengan naskah filem komedi, Everything Everywhere All at Once, baru-baru ini yang mendapat sambutan luar biasa.
Everthing Everywhere All at Once merupakan film komedi multiverse mengisahkan Michelle Yeoh sebagai pemilik sebuah kedai dobi yang sedang diaudit Perkhidmatan Pendapatan Dalaman yang mendapati bayangan dirinya wujud dalam alam-alam selari yang perlu dihubungi agar dapat menumpaskan suatu unsur jahat yang mahu memusnahkan alam.
Menerusi sumber Berita Harian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AFI, Bob Gazzale berkata, impak ditinggalkan Michelle di seluruh dunia sangat luar biasa dan selayaknya menerima pengiktirafan itu.
“Michelle Yeoh menjadi inspirasi seluruh dunia menerusi bakat luar biasanya. Dedikasi ditunjukkan terhadap bidang seni amat membanggakan AFI.”. Acara penganugerahan akan berlangsung pada 13 Ogos ini di TCL Chinese Theatre in Hollywood.