Terkedu tengok penampilan Sara Ali Khan beberapa tahun kebelakangan ini. Makin cantik jelita bak supermodel! Jika dahulu nama-nama besar seperti Aishwarya Rai, Kajol dan Kareena Kapoor mewarnai industri filem Bollywood, kini muncul pelapis baharu yang memiliki pakej lengkap bergelar bintang di India.
Salah seorang personaliti wanita yang kian mencuri perhatian ketika ini ialah anak kepada lagenda Saif Ali Khan iaitu Sara Ali Khan.
Meniti usia 27 tahun, Sara dikagumi bukan hanya kerana mewarisi wajah cantik ibu dan bapanya malah berpewatakan menarik dan merendah diri.
Menerusi perkahwinan terdahulu Saif Ali Khan bersama Amrita Singh, aktor berbakat besar berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan yang kini berusia 22 tahun.
Sara dilahirkan di Mumbai, India pada 12 Ogos 1995 dan berketurunan bangsawan Pataudi. Sejak kecil hingga kini, dia dijaga dan dibesarkan oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal.
Credit Instagram @saraalikhan95Credit Instagram @saraalikhan95Credit Instagram @saraalikhan95 / Di samping ibu tersayangCredit Instagram @saraalikhan95Credit Instagram @saraalikhan95 / Di samping bapa & adik lelaki
Walau berasal dari keluarga berada namun jelitawan ini selesa berdikari dan amat mementingkan pelajaran. Pada Mei 2016 Sara berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Sejarah dan Sains Politik di Columbia University.
Mengenang momen graduasi, kongsi Sara dalam media sosial miliknya, “19th May 2016. Sometimes this feels like a minute ago, and sometimes it feels like another lifetime.”
Ads
Memetik laporan NDTV.com, pada awalnya Sara berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan namun setelah menyedari kemampuan diri dia memilih untuk mempelajari undang-undang.
Selain meneruskan pengajian dalam Sejarah dan Sains Politik. Pada tahun akhir pengajian, Sara turut mengambil kelas lakonan.
Bersandarkan kecantikan dan kecemerlangan akademik, Sara menjadi salah seorang bintang baharu kesayangan peminat di India ketika ini dan meraih populariti kerana keperibadian yang ada dalam dirinya.
Ads
Malah wanita yang mempunyai ketinggian 163 centimeter ini juga sering membuatkan penonton tertawan dengan rupa paras yang dimiliki dan menjadi inspirasi wanita kerana kejayaannya menurunkan berat badan.
Tidak malu berkongsi bentuk fizikal yang dialami suatu ketika dahulu, Sara mengaku pernah berdepan masalah berat badan sehingga mencecah 96 kilogram.
Lebih memeritkan, dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan gangguan hormon yang menyukarkan Sara untuk menurunkan berat badan.
Meskipun bertubuh gempal waktu itu namun dia tetap positif dan ceria di samping keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling.
Sara juga mendedahkan semasa akhir tahun kedua pengajian di Columbia University, dia bercita-cita mahu bergelar pelakon dan menyedari perlu melakukan sesuatu terhadap masalah berat badan yang dialami untuk menggapai impian tersebut.
Berkat usaha keras dan dedikasi untuk tampil lebih sihat, Sara berjaya menurunkan berat badan sehingga 30 kilogram hasil pemakanan sihat dan aktiviti senaman kardio ketika berada pada tahun akhir di universiti.
Sumber: ndtv.com, times of india
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik sungguh Madammu! Selamat bersalin anak sulung dan bergelar ibu pada 9 Jun lepas penampilan terbaharu usahawan Noir Health & Beauty ini benar-benar menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat yang sentiasa menantikan perkembangan terkini jelitawan tersebut.
Menerusi perkongsian Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid di media sosial miliknya, dia memuat naik foto terkini memperlihat dirinya bersolek cantik
sedang menolak stroller bayi dengan baju kemeja putih.
Meskipun baru melahirkan anak tapi dia tetap mengutamakan penampilan diri apatah lagi dia seorang public figure!
Kongsi isteri Muhammad Azri Che Noh ini, “First day keluar ke hospital. Jauh lagi perjalanan Madammu! 6 hari baru hilang 14 kg. Ada 15 kg lagi kena turun!”
Rata-rata followers setia kagum dengan penampilan usahawan berkenaan yang kembali mendapatkan tubuh langsing seperti sebelum ini. Mesra melayan agent dan peminat, Madammu turut meninggalkan komen kepada mereka yang bertanya mengenai ‘rahsia’ dia berjaya menurunkan berat badan.
“Madammu tak diet pun. Makan makanan pantang. Mungkin sebab masa pregnant bengkak air. So dah bersalin je turun semua terus.”
Tambahnya lagi, “Sebab I breast feeding (BF). Tapi memang dia turun dengan sendiri. Makan 3 kali sehari. Memang turun sebab bengkak air masa pregnant jadi turun cepat.”
Mengimbas detik kelahiran anak yang dinanti-nantikan selama ini, Madammu akhirnya dapat menimang zuriat sendiri secara IVF selepas genap hamil 39 minggu serta bersalin secara pembedahan.
Sehingga kini, dia dan suami masih belum mendedahkan wajah anak kepada umum. Selain memperkenal anak mereka sebagai Baby A.
Kisah kecekalan Madammu mengharungi dugaan bisnes dan menguruskan keluarga dalam satu-satu masa menjadi inspirasi ramai wanita. Madammu memiliki Diploma Penjagaan Kesihatan dan merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi massa.
Beliau berkahwin dengan duda anak tiga yang sudah kematian isteri, Muhammad Azri Che Noh berumur 45 tahun.
Tiga orang anak tirinya bernama Zahara, Qally dan Ahmadhi. Dia mengakui sudi berkahwin muda kerana terlalu menyayangi anak-anak suaminya dan melayan mereka
seperti anak sendiri.
Wanita jelita berusia 34 tahun dan berasal dari Besut, Terengganu itu mencuit perhatian ramai apabila tampil dari siri eksklusif ‘Diari Madammu’ pada setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran Astro RIA.
Tidak semua wanita dikurniakan rambut normal semula jadi. Perbezaan cuaca, gaya hidup, pemakanan dan peningkatan usia mampu menukar takdir rambut yang sihat kepada pudar tanpa tarikan. Selain itu, penggunaan produk rambut yang bertentangan dengan jenis rambut anda juga mendorong pelbagai masalah seperti kelemumur, rambut gugur dan bercabang.
Untuk mengetahui apakah jenis rambut yang anda miliki, cuba lakukan ujian mudah ini.
Langkah 1: Sehari sebelum membuat ujian ini, syampu rambut anda seperti biasa.
Langkah 2: Menggunakan sehelai kertas tisu, pedapkan ke akar/pangkal rambut di bahagian tengah kepala serta di belakang cuping telinga selama seminit. Jika kertas tisu nampak berminyak, ini menunjukkan kondisi rambut yang terlebih lembapan, dan begitu juga sebaliknya.
KENALI JENIS-JENIS RAMBUT
NORMAL
Rambut dari jenis normal begitu mudah diurus, bersinar dan tidak berminyak.
BERMINYAK
Lazimnya rambut hanya cantik bermaya sehari dua selepas bersyampu. Tetapi bila masuk sahaja hari ketiga, ia mulai ‘berat’ dan berminyak-minyak. Biasanya rambut dari jenis ini sering berdepan masalah kelemumur.
KERING
Rambut dari jenis ini sungguh sukar dikawal. Apalagi selepas bersyampu, ia tampak kusam dan terbelah di hujung. Kadangkala kepala terasa gatal, berkuping-kuping, begitu rapuh dan mudah putus.
KOMBINASI
Lahir dari kombinasi berminyak dan kering, rambut kombinasi mudah dikenalpasti kerana rona hujung rambut berwarna lebih cerah berbanding pangkalnya. Ini juga menunjukkan akar rambut anda berminyak tetapi bila sampai ke hujung, ia kering seperti akar kayu. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekilas pandang persis adik beradik. Ibunya berumur 44 tahun manakala si anak baru 23 tahun. Saida Tarudin dan Nyssa Ghazali, antara pasangan ibu dan anak selebriti yang cukup menarik perhatian ramai khususnya di laman sosial. Tidak sangka pula nama anak dara Saida ini menjadi tular dek kerana kecantikan yang diwarisi.
Cukup terinspirasi dengan Saida kerana biarpun kini usianya mencecah 44 tahun namun masih awet muda dan bertenaga. Paling kagum Saida berjaya mengekalkan bentuk tubuh persis anak dara biarpun memegang gelaran ibu beranak empat hasil perkahwinan terdahulu.
Mungkin juga ia satu kelebihan buat Saida yang dikatakan nampak seperti sebaya dengan Nyssa kerana dia berkahwin muda iaitu ketika usianya 20 tahun. Walaupun usia anak-anak sedang meningkat belasan tahun namun Saida masih bertenaga dan aktif.
Selain mementingkan kecantikan, Saida juga aktif bersukan. Itulah yang memberikan kelebihan buat bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini. “Saya dan Nyssa umpama sahabat baik yang berkongsi suka mahupun duka. Kalau Nyssa aktif di laman sosial saya tidak kisah kerana faham kebanyakan anak-anak muda hari ini mampu menjana pendapatan sendiri melalui platform tersebut.
Begitulah yang saya harapkan dengan Nyssa agar sukses dalam apa jua minatnya. Memandangkan Nyssa sangat berbakat dalam bidang kecantikan, fesyen dan seni kreatif apa jua yang Nyssa lakukan pasti dilakukan dengan baik. Antara topik yang sering kami bualkan semestinya tentang kecantikan dan fesyen. Nyssa juga suka menjadikan saya sebagai ‘bahan’ eksperimennya,” kongsi Saida yang mengamalkan petua makanan sihat dan kerap bersukan setiap minggu bersama rakan-rakan artis.
NYSSA WARISI KECANTIKAN IBU
“Saya tidaklah menganggap diri ini terlalu cantik, mungkin kerana mewarisi kecantikan ibu dan saya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan-Nya. Saya sangat kagum dengan ibu kerana beliau bukan sahaja cantik luaran malah dalamannya juga. Ibu seorang wonderwoman. Walaupun tegas ibu seorang penyayang.
Saya obses dengan kecantikan dan fesyen kerana sejak kecil saya sering melihat Makiti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) bersolek sebelum membuat persembahan. Dari situ saya mula minat dengan solekan. Kemudian saya belajar sendiri teknik-teknik solekan di YouTube.
Apa yang saya buat ialah pinjam muka ibu untuk praktis (tertawa). Sekarang saya kerap menyolek ibu dan Makerah (Siti Saerah) untuk ke majlis-majlis,” kongsi Nyssa.
NASIHAT
“Salah satu petua awet muda yang ibu amalkan dan selalu dipesan kepada saya ialah sentiasa murah dengan senyuman yang ikhlas. Barulah kecantikan dalaman terserlah sekaligus menampakkan seseorang itu awet muda. Itulah satu-satunya petua yang ibu kongsikan kepada saya, selebihnya bergantung kepada diri sendiri,” ungkap Nyssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.