Happy birthday Bunga Citra Lestari! Tanggal 22 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi kelahiran Indonesia ini yang ke-40. Tampil muda remaja dan terpancar wajah penuh bahagia, ulang tahun kelahiran Bunga diraikan meriah di samping ahli keluarga dan kenalan rapat.
Daripada foto-foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, kelihatan Bunga dikelilingi beberapa jambak bunga-bungaan segar dan hadiah berjenama mewah pemberian insan-insan tersayang.
Tidak cukup itu, pelantun lagu Cinta Sejati ini turut menerima beberapa biji kek hari lahir! Lebih bermakna, hari istimewa tersebut diraikan bersama anak tersayang, Noah.
Tampil dengan dress bercorak abstrak biru putih, gaya dan wajah Bunga nyata tidak makan dek usia. Tetap anggun dan awet muda persis anak dara.
Berkongsi rasa terharu dan gembira dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada orang sekeliling, Bunga menerusi media sosial mengungkapkan terima kasih.
Ads
“Thank you for all of you who came and celebrated my 40th birthday. I feel so blessed and thankful for your wishes and joy for me.
Thank you for the love. And life might be full of ups and downs, but cheers to 40 wisdoms with 20 spirit!”
Kehidupan Bunga Citra Lestari menjadi perhatian peminat lebih-lebih lagi sejak suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Ads
Cekal mendepani hidup, Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia tersebut pada 9 November 2008 turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang bakal menginjak usia 13 tahun.
Lisa Blackpink baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-26 tahun pada 27 Mac 2023 lalu.
Meneruskan sambutan itu, satu muat naik terbaharu di akaun Instagram Lisa berkongsi beberapa foto menunjukkan majlis sambutan hari jadinya.
Antara foto yang dikongsi, penyanyi lagu Money ini mempamerkan hadiah mewah daripada Bvlgari dan Celine, dua jenama global yang diwakili oleh Lisa.
Bvlgari memberikan hadiah berupa rantai dengan coretan kata:-
“Dear Lisa, you are our source of inspiration.”
“Teruskan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.”
Di akhir ucapan, jenama barang kemas tersohor ini menyelitkan tandangan “Team BVLGARI.”
BEG TANGAN BERJENAMA MEWAH
Sementara itu, ucapan daripada Celine turut dikongsi oleh Lisa bersama sejambak bunga mawar putih serta beg Large Voyage Bag In Triomphe Canvas.
Ucapan buat Lisa berbunyi:-
“Selamat hari lahir Lisa. Nikmati hari yang paling indah bersama keluarga dan rakan tercinta.”
Berserta dengan kad ucapan tersebut, Lisa turut menghulurkan beg dengan monogram tandatangan rumah fesyen itu yang terukir nama belakangnya “Manobal.”
Selain dua hadiah berjenama mewah itu, Lisa turut berkongsi detik menerima pelbagai kek dan sambutan hari jadi yang berbeza.
Rata-rata para pengikut dan peminat menitipkan ucapan tahniah kepada idola mereka yang berdarah Thailand itu.
Kredit Foto: Instagram Lisa Blackpink
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi peminat pertandingan ratu cantik terutama sekali pentas Miss Universe, pastinya ramai yang ternanti-nanti siapakah wakil yang akan dihantar oleh salah sebuah negara yang banyak menggungguli pertandingan berprestij tersebut, tidak lain tidak bukan negara Filipina.
Baru dinobatkan baru-baru ini, memperkenalkan Michelle Dee dari Makati Town, Miss Universe Filipina.
Bakal membawa nama negara tersebut yang akan diadakan hujung tahun di El Savador, berikut adalah lima fakta menarik tentang Michelle Dee.
Selain menggondol gelaran Miss Universe Philippines 2023, Michelle juga merupakan bekas Miss World Philippines 2019. Pada Disember 2019, dia mewakili Filipina dalam Miss World 2019 di England, menamatkan saingan dalam Top 12.
Michelle bukan sahaja seorang ratu cantik tetapi juga seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah. Sewaktu Anugerah Bintang PMPC ke-36 untuk kategori Filem pada 2021, Michelle memenangi Pelakon Filem Baharu Terbaik. Beliau baru-baru ini turut membintangi drama perdana GMA “Mga Lihim ni Urduja.”
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Darah ratu cantik pastinya mengalir dalam darah Michelle! Bagi yang tidak tahu, Michelle adalah anak kepada Miss International 1979 Melanie Marquez. Selain ibunya, sepupu Michelle juga tidak asing dalam dunia ratu cantik di mana sepupunya ialah Miss Reina Hispoamericana 2017, Winwyn Marquez.
Beberapa minggu sebelum malam pertabalan Miss Universe Filipina 2023, Michelle menjalani pembedahan akibat pendarahan semasa ulang tahunnya yang ke-28. Walaupun begitu, ia tidak menghalang semangat Michelle yang kembali pulih selepas pembedahannya dan kembali bersaing.
Michelle merupakan graduan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Psikologi dari Universiti De La Salle. Beliau juga menamatkan kursus sijil dalam Entrepreneurial Essentials di Harvard Business School Online.
Tahniah Michelle! Adakah Michelle akan mengikut jejak langkah Pia dan Catriona? Sama-sama kita nantikan!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Garam laut sememangnya telah terbukti secara saintrifik baik untuk kesihatan. Selain baik untuk kesihatan, ia juga mempunyai khasiat yang baik untuk kecantikan. Tidak hairanlah mengapa garam laut telah digunakan sebagai elemen utama untuk merawat kecantikan tubuh serta mengembalikan kesegaran tubuh yang baik. Antara kebaikannya termasuklahmeredakan tekanan, mengurangkan hidrasi, baik untuk sistem pencernaan,mencegah rambut gugur dan sebagainya.
HerbaLine Spa, antara spa terkemuka yang menawarkan teknik rawatan menggunakan kebaikan garam laut untuk menyerlahkan lagi kecantikan dan kesihatan. Sebaik melangkah masuk ke HerbaLine Facial Spa, hati terasa nyaman dan tenang. Spa itu bukan saja mementingkan kecantikan luaran, bahkan kesihatan dalaman juga diambil berat.
Sea Salt Spa merupakan bilik perawatan kecantikan yang umpama pantai bergaram, dipenuhi dengan butiran garam yang diambil daripada Slovenia, Tengah Eropah yang menawarkan pelbagai fungsi kecantikan dan kesihatan. Sea Salt Spa yang pertama di negara ini, ia menjanjikan satu pengalaman yang berbeza untuk setiap orang yang pernah mencubanya.
“Pelanggan yang melangkah ke spa ini akan merasa tenang dan selesa. Setiap pelanggan yang datang juga akan menerima perawatan ‘fish spa’ sebagai complementary daripada pihak spa, tidak kira apa jenis perawatan yang mereka pilih. Di sini juga, polisi kami adalah tidak mendesak pelanggan untuk menanda tangani pakej-pakej tertentu, sebaliknya menyerahkan kepada pelanggan untuk menilai menerusi khidmat yang kami berikan.
“Sea Salt Treatment khas untuk wanita adalah yang pertama diperkenalkan di negara ini dan sambutan sangat menggalakkan. Semua orang boleh mencubanya dan sesuai untuk dilakukan bersama rakan-rakan baik. Pelbagai kebaikan daripada sudut kesihatan dan kecantikan boleh diperoleh dengan perawatan tersebut. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih perawatan lain seperti perawatan wajah dan sebagainya,” ujar Jocelyn Liao, mewakili HerbaLine Facial Spa.
Bagi pelanggan yang ingin mencuba rawatan spa berasaskan garam ini, terlebih dahulu mereka akan melalui proses konsultasi dan pelanggan akan memilih perawatan yang dikehendaki. Sebelum meulakan rawatan, pelanggan akan dibawa ke bahagian dikenali sebagai ‘fish spa’.
Pelanggan akan dibawa ke bilik ‘salt spa’ yang mendapat sentuhan bagaikan berada di pantai penuh pasir. Pelanggan akan diminta berbaring dan badan akan ditimbus dengan garam. Setelah itu pelanggan akan dibungkus dengan kain selama 15 – 20 minit.
“Seterusnya, rawatan Salt scrub akan dijalankan dengan pelanggan beralih ke bilik lulur. Di situ pelanggan akan berbaring di atas katil dan ahli terapi akan menjirus badan pelanggan dengan air suam. Kemudian badan pelanggan akan disapu dengan skrub yang dicampurkan dengan body mask. Tubuh akan disental untuk menghilangkan sel kulit mati, daki dan segala kotoran. Kemudian badan akan dicuci dengan air suam.
Rawatan seterusnya pula dikenali sebagai Salt Mask di mana tubuh pelanggan akan disapu dan diratakan dengan body mask (Ocean Mineral Mud). Kemudian badan badan akan ditutup dengan selimut dan dibiarkan kira-kira 20 minit. Penggunaan masker itu adalah untuk melembapkan kembali kulit selepas proses lulur. Selepas itu masker akan dicuci bersih. Untuk membersihkan tubuh serta mengembalikan kesegaran, teknik rawatan Japanese bath akan digunakan dimana pelanggan akan dibawa mandi dan membersihkan badan. Selepas satu perawatan sudah dapat dirasai kesannya apabila pelanggan akan rasa kulit lebih lembut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.