Seperti yang kita tahu, rata-rata wanita Indonesia sinonim dengan penjagaan kecantikan semula jadi. Antaranya amalan pemakanan jamu untuk penjagaan luaran serta dalaman.

IKLAN

Genap Usia 51 Tahun, Kakak Kris Dayanti Dedah 3 Rahsia Awet Muda & Kekal Cergas!

Yuni Shara serta adiknya yang merupakan diva pop Indonesia, Krisdayanti memiliki raut wajah yang cantik dan seakan-akan sama. Tak sekadar cantik, kedua-duanya tak kalah dalam berfesyen!

Genap Usia 51 Tahun, Kakak Kris Dayanti Dedah 3 Rahsia Awet Muda & Kekal Cergas!Apa yang menariknya tentang pelantun lagu ’50 Tahun Lagi’ ini, ialah biarpun usianya baru menginjak 51 tahun tetapi Yuni Shara sering tampil elegan dan gemar berkongsi OOTD di Instagram. Bukan saja penampilan, Yuni Shara juga amat menitikberatkan soal kecantikan.

Menurut ibu anak dua ini, semua wanita dilahirkan cantik dan memiliki kecantikan tersendiri.

Genap Usia 51 Tahun, Kakak Kris Dayanti Dedah 3 Rahsia Awet Muda & Kekal Cergas!
Yuni Shara bersama dua anak lelakinya.

Bagi Yuni Shara, faktor kerjaya turut mempengaruhi agar sentiasa menjaga penampilan diri. Salah satu gaya Yuni Shara yang sering menjadi perhatian ialah gaya kasualnya yang ringkas tapi stylish. Contohnya, padanan celana ripped jeans yang menyerlahkan ‘sisi muda’ Yuni Shara.

Genap Usia 51 Tahun, Kakak Kris Dayanti Dedah 3 Rahsia Awet Muda & Kekal Cergas!Genap Usia 51 Tahun, Kakak Kris Dayanti Dedah 3 Rahsia Awet Muda & Kekal Cergas!PETUA DAUN LIDAH BUAYA
Salah satu rahsia awet muda Yuni Shara ialah menjadikan daun lidah buaya sebagai masker. Seperti kita tahu lendir daun lidah buaya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit wajah. Salah satu kebaikannya membantu melambatkan proses penuaan.

IKLAN

Genap Usia 51 Tahun, Kakak Kris Dayanti Dedah 3 Rahsia Awet Muda & Kekal Cergas!Menurutnya, masker daun lidah buaya dapat mencegah kedutan termasuk jerawat jika diamalkan secara konsisten. Selain digunakan sebagai masker, Yuni Shara turut memakan isinya pada setiap pagi yang dicampur bersama madu.

RAJIN BERSENAM
Satu lagi rahsia wanita jelita ini ialah tak pernah meninggalkan rutin senamannya setiap hari antaranya yoga dan pilates. Namun sejak pernah mengalami kecederaan, Yuni Shara kini hanya melakukan senaman ringan seperti push up, sit up dan plank.

IKLAN

Genap Usia 51 Tahun, Kakak Kris Dayanti Dedah 3 Rahsia Awet Muda & Kekal Cergas!Yuni Shara turut berpesan kepada wanita-wanita di luar sana agar mengubah mindset tentang senaman.

“Ubah mindset, senaman bukan semata-mata untuk kurus atau awet muda tetapi untuk sihat,” kongsi Yuni Shara atau nama sebenarnya Wahyu Setyaning Budi.

BERFIKIRAN POSITIF
Bagi Yuni Shara, untuk nampak awet muda bukan hanya bergantung kepada amalan petua saja. Berfikiran positif dan saling memberi motivasi juga salah satu rahsianya. Hal yang kecil tetapi besar manfaat dan ganjarannya bukan saja buat followers bahkan dirinya sendiri.

Genap Usia 51 Tahun, Kakak Kris Dayanti Dedah 3 Rahsia Awet Muda & Kekal Cergas!Kredit Foto: Instagram @yunishara36

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI