Pernah beberapa tahun menyepi dari arena seni, kemunculan Linda Nanuwil dalam program hiburan popular Gegarvaganza 2020 memberi kejutan buat peminat. Sekaligus mengubati kerinduan mereka terhadap selebriti ini.
Populariti Linda dalam industri bukan hanya terletak pada wajah cantiknya semata-mata, bahkan penyanyi kelahiran Sabah ini juga punya bakat besar dan pakej lengkap serta mempunyai susuk tubuh ramping persis supermodel!
Ketika menjadi peserta Gegarvaganza, kejelitaan yang ada pada pemilik nama Norlinda Nanuwil ini dikatakan mirip selebriti dan aktres cantik, Nur Fazura Sharifuddin.
Ads
Malah setiap kali penampilan Linda muncul di kaca TV, peminat mengaku terdapat beberapa persamaan di antara wajah mereka berdua.
Pada Disember 2020, Linda dipilih sebagai Artis Tercantik 2020 berdasarkan undian pembaca Gempak yang mengenepikan pesaing terdekatnya, Siti Saleha dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Berterima kasih dengan peminat yang bertungkus-lumus mengundi dirinya, Linda bagaimana pun mengakui kecantikan itu sesuatu yang subjektif.
Ads
“Walaupun bagi Linda kecantikan seseorang bukan hanya pada rupa paras, tapi juga lahir dalam diri kita iaitu ketulusan, kebaikan, adab dan keikhlasan.
Dalamannya cantik, maka terpancarlah ‘nur’ pada wajahnya.”
Ads
21 Mac ini Linda menyambut ulang tahun kelahiran ke-39. Nama Linda mula meniti di bibir peminat muzik apabila bakat nyanyiannya disedari menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim Kedua.
Buktinya, Linda merangkul gelaran Naib Juara dan lagu-lagu dendangannya menjadi kegemaran peminat ketika itu
Linda sebelum ini melancarkan single berjudul ‘Ikhlaskan Hatimu’ dan terlibat dalam penggambaran telemovie Misteri Jam Vintage.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda perasan, berat badan tak naik pun tapi dagu berlapis. Bila lemak di bahagian leher tu dah berlebihan memang masalah double chin ni akan berlaku. Kadang-kadang nak selfie pun malu. Masalah dagu berlapis ini juga sangat ditakuti oleh kaum wanita terutamanya. Jangan risau, kini masalah tu boleh diatasi dengan mudah.
Ini ada beberapa contoh senaman mudah yang boleh anda praktikkan di mana-mana saja. Sedang duduk sambil layan movie kegemaran di laptop dan ketika jalan sesak dalam kereta pun boleh. Tiada masalah.
1. The Kiss
Sambil berdir, dongakkan kepala ke atas. Kemudian muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium selama 5 saat. Relaks dan kembalikan kepala kepada keadaan asal. Ulang langkah ini 15 kali.
2. STICK IT OUT
Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas. Kemudian jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5. Ulang langkah ini 10 kali.
3. JAW JUT
Dongakkan kepala ke atas.Tolak rahang dari bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu. Buat dalam kiraan 10 dan relaks semula rahang. Ulang langkah ini 10 kali.
4. NECK ROLL
Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dalam kiraan 5. Kemudian kembalikan kepala ke posisi asal. Pusing kepala ke kiri pula dalam kiraan 5. Ulang semula dalam masa 30 saat.
5. TONGUE ON TEETH
Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah. Kemudian, hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’. Lakukan selama satu minit, relaks dan ulang lagi sekali.
6. CHIN SLAP
Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan. Lakukan selama 30 saat.
7. IN AND OUT
Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi. Kemudian, tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang. Relaks dan ulang tiga kali.
8. LAYING LIFTS
Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada. Biarkan selama 10 saat. Kemudian kembalikan kepala pada sisi asal. Ulang dua kali.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita perlukan ‘penyelamat’ dalam hidupnya. Dalam dunia kecantikan, kulit yang sihat dan berseri selalu menjanjikan keceriaan yang tersendiri. Sebab itu kita perlukan sesuatu yang efektif untuk membantu menyelamatkan kulit dan menyerikannya semula sewaktu penat.
“Sebagai pengamal media dihambat tugasan yang tak tentu masa namun dalam masa yang sama mahu kelihatan menawan, saya benar-benar mengharapkan satu produk terbaik. Ditambah pula kulit saya sensitif dan cenderung berminyak jadi saya benar-benar selektif. Jika produk tersebut tidak sesuai dengan kulit maka jerawat akan muncul tanpa dipinta.
Norzalina Mohd Alias, Editor Majalah Nona
Namun saya benar-benar teruja setelah diperkenalkan dengan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence ini. Produk yang mengandungi salicylic acid ini mampu membersihkan pori-pori sekaligus menyeimbangkan kandungan minyak di kulit wajah,” terang Norzalina Mohd Alias, Editor Majalah Nona ini.
Tambah Norzalina setelah mencubanya, produk ini sesuai digunakan setiap hari dan tidak menyebabkan sebarang iritasi terhadap kulit. Kini kulitnya kelihatan lebih sihat dan berseri-seri secara semula jadi.
Sebagai wanita siapa yang tidak mahu memiliki kulit yang cantik dan sihat. Kunci kepada kulit wajah yang sihat dan berseri-seri adalah dengan memiliki kulit yang bersih dan terhidrasi. Hidrasi kulit bukan hanya di atas permukaan kulit malah jauh ke dasar kulit.
Justeru setiap wanita wajib memilih regim penjagaan kulit yang dirumus untuk membaik pulih dan menghidrat kulit agar lebih halus dan mengekalkan keremajaan kulit dari dalam. Kehadiran L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence bertekstur ringan dengan teknologi mikro ini wajib dimiliki oleh setiap wanita.
Esen ini mampu tembus dan meresap jauh hingga 10 lapisan kulit lantaran diformulasi dengan Centella Asiatica yang mempunyai kepekatan tinggi flavonoid, triterpenic steroid, asid amino dan gula. Kombinasi ini mampu memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit. Ciri-ciri anti-oksidatif tumbuhan juga digunakan untuk merawat parut jerawat dan mengurangkan kekeringan kulit.
Cuaca negara kita yang panas dan kering menjadi punca utama kulit kusam dan tidak sekata. Setiap titisan esen ini turut mengandungi bahan aktif mencerahkan kulit seperti Salicylic Acid dan HEPES untuk pengelupasan secara sederhana, menghaluskan pori-pori, memperbaiki tekstur kulit dan mempercepatkan regenerasi sel kulit.
Dengan penggunaan Crystal Micro-Essence yang kerap, impian untuk menikmati kulit halus, cerah dan bermaya, berkilauan bak pantulan kristal kini bukan lagi mustahil dari hanya penggunaan pertama!
Mudah Digunakan
Nona tertarik dengan cara penggunaannya yang ringkas dan mudah tapi menjanjikan kesan maksimum dengan tiga manfaat iaitu mencerah, menghidrat dan menganjalkan kulit. Caranya, titiskan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence di tapak tangan, tekap ke wajah dan tepuk-tepuk lembut di bahagian dahi, pipi dan dagu setiap hari. Mudah bukan?
L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence merupakan pilihan tepat sebagai booster untuk memaksimumkan produk perawatan kulit wajah yang akan digunakan seterusnya.
Istimewa bulan ini terdapat tawaran istimewa pembelian atas pembelian untuk menikmati diskaun sebanyak 30 peratus bagi pembelian botol kedua L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence (65ml) di seluruh rangkaian farmasi termasuk Guardian, Watson dan Aeon Wellness. Apa tunggu lagi, dapatkan botol pertama anda untuk kulit berkilauan sekarang!
Tip Cantik
Nutrisi harian yang diperoleh dari Crystal Micro-Essence akan lebih berkesan andai seminggu sekali kulit dirangsang dengan pemakaian masker yang diperbuat daripada tisu. L’Oréal Paris Revitalift Pro-Youth Face Mask ini adalah cara yang paling mudah dan efektif sebagai booster.
Masker ini begitu unik dan unggul melalui inovasi 0.3mm Ultra-Thin Cellulose Tissue umpama kulit kedua. Keistimewaan masker tisu ini kerana nipis dan melekap di atas kulit wajah menjadikan ramuan masker mampu menyerap jauh ke dasar kulit seterusnya menganjal dan menjadikan kulit berseri-seri secara semula jadi.
Menariknya, dengan kuasa 10 kali ganda daripada sebotol esen, L’Oréal Paris Revitalift Pro-Youth Face Mask mampu memberi kebaikan kepada kulit sepantas 15 minit. Gunakan L’Oréal Paris Revitalift Pro-Youth Face Mask sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membantu kesan yang efektif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada vokalis band Indonesia, Pasha Ungu iaitu Adelia Wilhelmina atau lebih mesra disapa sebagai Adel yang juga merupakan bekas pramugari Lion Airlines ini nekad mengubah penampilan dan memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga sejak berumah tangga 14 tahun yang lalu.
Adelia yang meniti usia 35 tahun pernah menjadi sorotan dan ‘buah mulut’ netizen dek kerana raut wajahnya yang cantik terutamanya ketika muncul dalam klip video nyanyian duet ‘Penghujung Cintaku’ sebelum mereka bernikah.
Adelia Kacukkan Belanda – Cina
Waktu itu, Adelia belum lagi berhijab namun pesona dan rupa paras menawannya menarik perhatian ramai. Dia juga dilapor berketurunan Sunda, Belanda dan Cina.
Kini selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, suri hati Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said masih menawan. Malah penampilannya lebih sopan sejak memakai tudung.
Pastinya ramai yang turut terpegun dengan kecantikan asli Adelia. Mana tidaknya, walau sudah dikurniakan empat orang anak namun tetap ramping. Ditambah pula penampilan Adelia yang anggun berhijab bagai tidak puas mata memandang!
Fokus Keluarga Buat Adelia Nekad Bersara Di Awan Biru
Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 35 tahun ini dilaporkan membuat keputusan untuk berhijab kira-kira tujuh tahun lalu. Sejak itu, jelitawan ini dilihat selesa menyarung busana labuh dan bertudung litup setiap kali berada di khalayak.
Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Adelia bagaimana pun nekad berhenti daripada kerjaya di awan biru semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak.
Pasangan romantis ini bernikah pada 23 Mac 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.
Terdahulu Pasha pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan mereka mempunyai tiga anak iaitu Kiesha Alvaro, Shakiena Azalea Putrina, Nasha Anaya Putri Valentina.
Adelia nyata seorang sosok ibu penyayang. Dia tidak hanya mengasuh dan menjaga semua anak-anak dengan baik bahkan akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya.
Pasha kini aktif menceburi bidang politik Indonesia dan turut mempengaruhi isteri tercinta untuk turut berkecimpung dalam kerjaya berkenaan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir...