Memiliki sebuah alam rumah tangga yang kekal bahagia bersama cinta hati semestinya menjadi impian semua orang. Baik Adam mahupun Hawa, membina sebuah mahligai cinta itu umpama mimpi indah. Namun, tidak semua hubungan berakhir dengan sebuah titik noktah yang manis. Ada kalanya, kita harus akur dengan percaturan Allah yang lebih baik, disulami dengan hikmah yang memberi manfaat kepada diri kita.

IKLAN

Pertama Kali Bertemu Pada 2017, ANITA BAHAROM Bakal Kahwini Usahawan Dari Pahang Hujung Disember

Bagi pelakon Anita Baharom, 39, pemergian suaminya merupakan sebuah kehilangan besar buat dirinya. Ternyata, ditinggalkan oleh arwah suaminya, Allahyarham Ismadi Ismail umpama hilang sebahagian dirinya. Namun, dia redha dan akur dengan ketentuan Illahi. 

Jodoh pertemuan semuanya rahsia Allah SWT. Lama menyendiri menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar, hatinya kini kembali terbuka untuk mengisi kekosongan di hati. Bakal mengikat hubungan cinta bersama pasangan baru, Anita Bahrom kini tersenyum apabila bakal dikurniakan seorang jejaka yang menerima diri dan anak-anaknya dengan hati yang ikhlas.

Pertama Kali Bertemu Pada 2017, ANITA BAHAROM Bakal Kahwini Usahawan Dari Pahang Hujung Disember

Berbicara mengenai cinta hati baru yang mengisi kekosongan diri, Anita kongsikan kepada NONA, bakal suaminya, Engku Isyamuddin Tuan Losin, merupakan seorang usahawan yang berasal dari Maran, Pahang. Ditanyakan mengenai pertemuan pertama saat cinta mula berputik,  Anita mengenali pemuda tersebut ketika ingin meminta tiket bola.

Perkenalan kami bermula pada tahun 2017. Ketika itu, saya memintanya tiket bola untuk perlawanan akhir bola sepak diantara Malaysia dan Thailand dalam acara Sukan Sea yang diadakan di Stadium Shah Alam. Namun, kami kembali berhubung selepas tamat tempoh eddah pada Mei lalu.

Pertama Kali Bertemu Pada 2017, ANITA BAHAROM Bakal Kahwini Usahawan Dari Pahang Hujung Disember

Biarpun dirinya sudah bergelar ibu kepada tiga orang cahaya mata, namun bakal suaminya itu menerima dirinya dengan hati yang ikhlas. Menurut Anita, Engku Isyamuddin merupakan seorang lelaki yang sukakan kanak-kanak.

IKLAN

Alhamdullilah, saya berasa bersyukur kerana bakal suami menerima keluarga saya seadanya. Malah, dia juga turut meluahkan rasa bahagianya kerana memiliki anak ‘express’. Dia memang sukakan kanak-kanak. Jadi, tiada isu yang timbul berkaitan anak-anak saya.

Pertama Kali Bertemu Pada 2017, ANITA BAHAROM Bakal Kahwini Usahawan Dari Pahang Hujung Disember

Pastinya bukan mudah untuk menerima kehadiran cinta baru dalam hidupnya. Barangkali, segala memori manis bersama arwah suaminya sering berlegar-legar di mindanya. Pun begitu, kongsi Anita, kehadiran Engku Isyamuyddin seolah-olah memberinya harapan baru untuk membina mahligai cinta yang bahagia hingga ke akhir hayat.

IKLAN

Jujurnya, dia merupakan seorang yang tenang, penyabar dan tidak pernah mendesak. Perkara utama yang membuatkan hati saya terbuka menerima kehadirannya ialah apabila dia sukakan kanak-kanak dan begitu mudah menerima saya dan keluarga dengan seikhlas hati.

Pertama Kali Bertemu Pada 2017, ANITA BAHAROM Bakal Kahwini Usahawan Dari Pahang Hujung Disember

Bakal melangsungkan perkahwinan pada 22 dan 23 Disember ini, segala persiapan berjalan dengan lancar. Malah, rakan-rakannya juga tampil membantu untuk meraikan hari istimewa pelakon Keluarga Iskandar ini. Kongsinya lagi, dia bakal menggayakan busana mewah yang direka khas oleh Dato’ Seri Anas Abdullah.

Team NONA mendoakan agar segala urusan perkahwinan dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. Semoga Anita dan pasangan kekal bahagia hingga ke jannah. InsyaALLAH..

Sumber gambar: Instagram Anita Baharom

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI