Dalam bulan yang mulia ini, pelbagai hajat dan niat disemat dalam hati agar mampu mengubah pendirian diri yang dulunya rosak. Ada juga bercita-cita untuk mula berhenti merokok sebab dah alang-alang kena menahan diri seharian tanpa rokok.

Bagus untuk membina azam untuk menjaga diri. Sebenarnya, dalam azam tu tersimpan juga ‘bahagiannya’ untuk orang lain. Bayangkan, andai termakbul niat untuk berhenti merokok tu, bukan saja diri sendiri sihat, lebih penting lagi isteri dan anak-anak pun rasa best je. Taklah rumah penuh asap!

Ads

Ok, jom kita baca satu per satu tip untuk anda yang dah tanam azam untuk berhenti merokok…

  1. Cari sebab

Bukan cari pasal tau! Anda tanya diri sendiri kenapa anda memilih untuk berhenti rokok. Cari alasan yang paling power supaya semangat anda pun lebih kuat untuk berhenti merokok. Mulakan dengan niat dan akhiri dengan satu pencapaian ok!

Pilih RAMADAN Untuk BERHENTI MEROKOK, Anda Memilih Untuk SAYANGI DIRI Dan KELUARGA!

2.Persediaan awal

Memang susah untuk berhenti merokok kerana ia bukan sekadar berhenti begitu sahaja. Otak yang sudah lama ‘dipenuhi’ nikotin perlukan masa beransur-ansur untuk pulih. Terdapat kes di mana perokok yang berhenti merokok mengalami gejala gian atau withdrawal. Tanda-tandanya:

  • Perasaan murung
  • Sukar tidur
  • Mudah marah
  • Rasa runsing dan bimbang
  • Sukar berfikir dengan jelas dan tenang
  • Merasa lapar dan peningkatan berat badan

Jika anda berazam untuk berhenti merokok, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyalurkan perkhidmatan berhenti merokok di seluruh negara menerusi lebih dari 200 klinik dan hospital terpilih.

Pilih RAMADAN Untuk BERHENTI MEROKOK, Anda Memilih Untuk SAYANGI DIRI Dan KELUARGA!

3.Tahan nafsu

Apa kata selepas berbuka, anda tahan diri daripada terus merokok. Selama mana anda mampu mengelakkanya, cubalah elak. Ini akan membantu keinginan diri untuk belajar menahan nafsu.

Pilih RAMADAN Untuk BERHENTI MEROKOK, Anda Memilih Untuk SAYANGI DIRI Dan KELUARGA!

4.Sokongan yang tersayang

Khabarkan kepada pasangan, keluarga dan teman-teman rapat azam baharu anda. Mereka pastinya akan memberikan galakan dan membantu anda untuk mencapai matlamat diingini. Kalau boleh, cuba elakkan diri daripada bersama dengan perokok kerana anda mungkin akan terjebak sama.

Pilih RAMADAN Untuk BERHENTI MEROKOK, Anda Memilih Untuk SAYANGI DIRI Dan KELUARGA!

5.Berikan ‘me time’

Ads

Salah satu sebab mengapa ramai memilih untuk merokok adalah atas alasan, merokok menenangkan (mungkin hanya secara psikologi). Cuba cari ketenangan itu dengan kunjungan ke spa atau melakukan senaman di taman-taman. Anda juga boleh mula berjinak-jinak dengan muzik, bergaul dengan teman atau cari hobi menarik.

Pilih RAMADAN Untuk BERHENTI MEROKOK, Anda Memilih Untuk SAYANGI DIRI Dan KELUARGA!

6.Membersihkan rumah

Sebaik sahaja anda sudah memasang niat untuk berhenti merokok, bersihkan dan buang punting rokok dan mancis api yang digunakan. Cuci pakaian yang terkesan dengan bau asap rokok serta segarkan rumah dengan haruman yang boleh menghilangkan bau asap.

Pilih RAMADAN Untuk BERHENTI MEROKOK, Anda Memilih Untuk SAYANGI DIRI Dan KELUARGA!

Ads

7.Jangan putus asa

Jangan mudah mengalah. Kembali kepada niat asal anda untuk berubah.

Pilih RAMADAN Untuk BERHENTI MEROKOK, Anda Memilih Untuk SAYANGI DIRI Dan KELUARGA!

8.Sayuran dan buah-buahan

Setiap kali anda terasa untuk merokok, cuba alihkan perhatian dengan menikmati snek ringan yang enak. Saderi, lobak merah, pisang dan betik mempunyai rasa yang kuat dan boleh membantu menghilangkan rasa untuk merokok. Cubalah!

Pilih RAMADAN Untuk BERHENTI MEROKOK, Anda Memilih Untuk SAYANGI DIRI Dan KELUARGA!

9. Reward untuk anda

Selain untuk menjaga kesihatan, berhenti merokok juga memberikan kelebihan lain iaitu penjimatan. Bayangkan harga sekotak rokok yang melambung tinggi itu digunakan untuk membeli barangan kegemaran anda. Atau gunakanlah untuk melancong atau apa sahaja yang boleh menggembirakan anda.

Pilih RAMADAN Untuk BERHENTI MEROKOK, Anda Memilih Untuk SAYANGI DIRI Dan KELUARGA!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI