Benarlah kata orang, jodoh dan ajal itu sebuah percaturan dari Yang Maha Esa. Adakalanya, jodoh tiba lebih awal, mungkin ada hikmahnya. Kadang-kala jodoh tiba sedikit lewat, mungkin ada juga kebaikannya. Perancangan Allah SWT itu sesungguhnya lebih baik dari segalanya. Sebagai umatnya, kita harus tawakal dan redha dengan apa yang sudah tertulis dalam perjalanan kehidupan kita.

IKLAN

“Pintu Hati Terbuka Selepas Pulang Dari Umrah”- Bakal Berkahwin Hujung Disember, REEN RAHIM Kongsi Kisah Cinta Bersama Jejaka Pilihan

Berbicara soal jodoh, seorang lagi selebriti terkenal negara bakal membina mahligai cinta bersama pasangan pilihan. Reen Rahim, 34, bakal bergelar isteri dalam masa terdekat ini. Pengumuman gembira ini dikongsikan dalam sebuah majlis eksklusif yang diadakan di Irama Dining Kuala Lumpur. Menurut Reen, kisah cinta bersama bakal suaminya itu bermula pada dua tahun lepas. 

“Pintu Hati Terbuka Selepas Pulang Dari Umrah”- Bakal Berkahwin Hujung Disember, REEN RAHIM Kongsi Kisah Cinta Bersama Jejaka Pilihan “Pintu Hati Terbuka Selepas Pulang Dari Umrah”- Bakal Berkahwin Hujung Disember, REEN RAHIM Kongsi Kisah Cinta Bersama Jejaka Pilihan

Jujurnya, di awal perkenalan, saya yang suka pada dia. Namun dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi untuk membalas perasaan saya. Jadi, saya pendam sendiri perasaan ini selama dua tahun perkenalan sehinggalah kami pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama

“Pintu Hati Terbuka Selepas Pulang Dari Umrah”- Bakal Berkahwin Hujung Disember, REEN RAHIM Kongsi Kisah Cinta Bersama Jejaka Pilihan

Tambah Reen, bakal suaminya itu yang merupakan seorang ahli perniagaan dan juga turut berkecimpung dalam industri hiburan tempatan berusia enam tahun muda darinya. Lebih senang dengan panggilan Mr. H, Reen tidak memandang perbezaan usia itu sebagai sebuah penghalang. 

Reen dan pasangan mula membina cinta selepas pulang dari umrah apabila hati kedua-duanya terbuka untuk membawa hubungan persabahatan yang sudah terjalin selama dua tahun ke fasa yang lebih serius. 

Allah buka pintu hati kami selepas pulang mengerjakan umrah bersama-sama. Ibu saya juga turut berdoa saat di Mekah agar kami berdua disatukan menjadi pasangan suami isteri.

Mereka yang pada awalnya tidak memasang hasrat untuk berkahwin, akhirnya yakin dengan keputusan yang dibuat.

 

IKLAN

Saat dia melamar saya, dia bertanya sekiranya saya mahu menerima dia sebagai imam hidup saya. Sejurus selepas itu, saya terus berselawat dan berdoa kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk sama ada ini ialah sebuah ujian ataupun rezeki yang diturunkan kepada saya.

Ternyata, selepas beberapa kali meminta petunjuk, kedua-dua hati kami berasa yakin untuk menghalalkan hubungan ini.

Bertanya mengenai kariernya selepas berkahwin, Reen bersyukur kerana pilihan hatinya itu seorang yang memahami rentak kariernya yang kadang-kala sibuk dan memiliki jadual yang padat. Malah, kedua-dua mereka saling menyokong dan ingin mencapai impian yang sama.

“Pintu Hati Terbuka Selepas Pulang Dari Umrah”- Bakal Berkahwin Hujung Disember, REEN RAHIM Kongsi Kisah Cinta Bersama Jejaka Pilihan

Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang lelaki yang benar-benar memahami kerjaya saya. Semestinya dia tidak akan membataskan kerjaya saya hanya kerana status saya sudah menjadi seorang isteri. Kami saling memahami dan menyokong antara satu sama lain. Kami juga memiliki impian yang sama.

Bagi diri pelakon 7 Hari Mencintaiku ini yang akan menamatkan zaman bujangnya serta bakal memulakan sebuah fasa baru dalam hidupnya, dia hanya berserah kepada Allah SWT agar diberikan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.

IKLAN

Jujurnya, saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia ataupun tidak. Tetapi, saya tidka berasa was-was, ragu-ragu ataupun tidak yakin, Hati saya tenang dan senang menanti hari perkahwinan yang bakal tiba. Begitu juga dengan si dia.

Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada akhir Disember ini mendapat tajaan yang berjumlah RM 15 juta. Menurut Muhammad Nur Arham dari The Kenduri yang menggalas tanggungjawab untuk menjayakan majlis perkahwinan rakannya itu, acara akad nikah akan diadakan di BoraOmbak Marina Putrajaya manakala majlis resepsi akan diadakan di Forest Valley Hall Cheras. Tambah Nur Arham lagi, antara busana yang akan disarungkan oleh Reen ialah daripada pereka terkenal Rizman Ruzaini.

“Pintu Hati Terbuka Selepas Pulang Dari Umrah”- Bakal Berkahwin Hujung Disember, REEN RAHIM Kongsi Kisah Cinta Bersama Jejaka Pilihan

Terdahulu, Reen sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka 28 tahun itu pada Ogos lalu namun merahsiakan hal tersebut atas permintaan keluarga.

Team NONA mendoakan agar ikatan cinta Reen dan pasangan kekal hingga ke jannah dan disemikan dengan kebahagiaan dalam alam rumah tangga.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI