Hari ini telah masuk hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan. Penguatkasaan selama 14 hari ini bermula semalam susulan COVID-19. Justeru, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan dan duduk di rumah dengan mengehadkan pergerakan keluar.

IKLAN

“Saya mohon anda untuk duduk di rumah. Kita hendak putuskan rantaian jangkitan supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 dapat dikurangkan.” Antara petikan daripada perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Jika kita semua ada kesedaran, keprihatinan dan kerjasama yang tinggi nescaya wabak ini mampu dibendung dengan segera. Salah satu caranya ialah dengan duduk di rumah dan tidak keluar tanpa alasan munasabah.

Praktik Tindakan Pencegahan Harian Di Rumah Bantu Cegah Wabak COVID-19

Maka, persediaan yang bagaimana perlu kita lakukan ketika duduk di rumah sepanjang dua minggu ini? Ingatkan seluruh ahli keluarga anda yang berada di rumah tentang pentingnya mempraktikkan tindakan pencegahan harian sekaligus membantu mencegah penularan wabak COVID-19.

  • Elakkan kontak rapat dengan orang yang sakit.
  • Tetap duduk di rumah ketika sakit kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan.
  • Jika batuk atau bersin tutup dengan menggunakan tisu.
  • Bersihkan permukaan dan benda yang kerap disentuh seperti tombol pintu, meja dan sebagainya.
  • Permukaan yang kotor haruslah dibersihkan dengan menggunakan detergen dan air terlebih dahulu.
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air selama 20 saat terutama selepas menggunakan tandas, sebelum makan atau setelah batuk atau bersin.
  • Anda juga boleh menjadikan satu ruang bilik di rumah yang boleh digunakan sebagai persediaan bagi mengasingkan ahli keluarga yang kurang sihat.
  • Sepanjang berada di rumah ambil tahu perkembangan semasa. Patuhi arahan yang disarankan dari semasa ke semasa.

Praktik Tindakan Pencegahan Harian Di Rumah Bantu Cegah Wabak COVID-19

IKLAN

Apa pula tindakan segera yang perlu diambil jika ada antara ahli keluarga dijangkiti wabak COVID-19.

  • Berbincang dengan ahli keluarga apa yang perlu dilakukan jika COVID-19 tiba-tiba muncul dalam kelompok tersebut.
  • Seterusnya rancang bagaimana untuk merawat mereka yang mungkin dijangkiti virus dan mempunyai risiko lebih besar untuk komplikasi serius. Contohnya, warga tua atau yang mempunyai penyakit kronik.
  • Kenali jiran tetangga. Berkomunikasi dengan mereka tentang perancangan darurat.
  • Menjaga akses informasi dengan jiran tetangga contohnya medium sosial media.
  • Kenal pasti organisasi bantuan dalam komuniti anda. Sediakan senarai organisasi tempatan yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan, memerlukan akses informasi dan sebagainya.
  • Sediakan senarai kontak darurat dan pastikan setiap keluarga mempunyai daftar tersebut.

Praktik Tindakan Pencegahan Harian Di Rumah Bantu Cegah Wabak COVID-19

IKLAN

Setelah semuanya telah disusun rapi praktikkan amalan penjagaan kesihatan peribadi yang baik antaranya melakukan tindakan pencegahan harian bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19 di dalam rumah.

Bersamalah kita berdoa semoga penularan wabak COVID-19 ini dapat diatasi seterusnya kita dapat menjalani kehidupan yang sejahtera seperti sedia kala.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI