Sejak beberapa hari lalu, foto Maya Karin bergambar di dalam air tular di Tweeter dan menjadi ikutan di kalangan peminatnya. Di sebalik kariernya sebagai pelakon dan penyanyi berjaya, Maya Karin juga aktif memperjuangkan pemuliharaan dan kesedaran alam sekitar.
Tidak hairanlah mengapa Maya Karin Roelcke dilantik sebagai duta ikon River of Life (ROL) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Maya dilantik selaku duta ROL oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun bermula tahun ini.
Sementara itu, memetik artikel daripada akhbar Wilayahku, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pemantauan dan Projek Khas) Bahagian Pengurusan Pembangunan kementerian, Rosidawati Abdul Rashid berkata, Maya Karin merupakan pilihan yang tepat untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Melalui sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh Maya Karin, pihak kementerian percaya mesej penjagaan alam sekitar dapat disampaikan kepada masyarakat,” ujarnya.
Umum sedia maklum bahawa pelakon jelita ini merupakan seorang yang amat mengambil berat soal penjagaan alam sekitar dan Maya berbesar hati menerima tanggungjawab berkenaan untuk mengajak masyarakat bersama-sama memelihara dan menjaga sungai-sungai daripada diperlakukan seperti tong sampah.
Malah Maya mencetuskan kelainan apabila menghadiahkan doorgift berupa sebuah mentol lampu yang menjimatkan tenaga elektrik yang ditaja OSRAM di majlis perkahwinannya dengan bekas suami, Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2008 yang diadakan dalam suasana kehijauan di FRIM, Kepong.
Pelakon berusia 40 tahun itu melahirkan rasa terharu apabila kerja-kerja amal dilakukan dalam usaha menjaga alam sekitar diiktiraf oleh banyak pihak terutamanya pihak kementerian.
“Kami (saya dan pihak kementerian) banyak berbincang pendekatan tentang pendekatan dan taktik yang boleh diambil demi memelihara kebersihan sungai.
Ads
“Projek ROL ini sudah siap hampir 80 peratus, tetapi kesedaran awam masih terlalu kurang. Kerajaan membelanjakan RM500,000 sebulan untuk menjaga kebersihan sungai dengan perbelanjaan RM6 juta setahun.
Untuk rekod, pada 2007, Maya menggunakan platform sebagai selebriti untuk merealisasikan kempen sendiri iaitu MayaLovesNature. Kempen tersebut membabitkan sekolah dan turut bekerjasama dengan agensi kerajaan.
“Kita perlu menghargai sungai-sungai kita. Sungai bukan tong sampah, sungai adalah sungai dan tong sampah adalah tong sampah.
“Jangan satukan dua perkara ini. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat untuk memahami usaha oleh kakitangan awam dalam menjaga kebersihan sungai,” katanya yang dikenali umum sering memperjuangkan isu alam sekitar.
Sumber: Astro Awani & Kementerian Wilayah Persekutuan.
Ads
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Baginda Raja United Kingdom, Raja Charles III, di Istana Buckingham, London, United Kingdom semalam (12 Oktober 2022). Kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London, dari 10 Oktober hingga 16 Oktober 2022.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pada sesi kunjungan hormat itu yang berlangsung selama 40 minit bermula pada jam 3.00 petang waktu tempatan, Baginda Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Seri Paduka Baginda berdua.
Baginda Raja Charles III dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dan UK termasuk isu alam sekitar dan pelancaran Battersea Power Station, sebuah projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London, yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda selepas sesi kunjungan hormat itu.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua melakukan kunjungan hormat itu mencerminkan keakraban Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Baginda Raja Charles III. Kedua-dua pemimpin telah menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad, bermula dengan bersukan polo bersama-sama ketika remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa.
Kunjungan hormat ini, yang juga pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin pada tahun ini, turut mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dan United Kingdom sejak kemerdekaan 65 tahun lalu.
Pada 18 September 2022 lalu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi Bersama Baginda Raja Charles III yang telah dihoskan oleh Baginda di Istana Buckingham.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan berangkat menghadiri istiadat pemakaman negara Baginda Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey pada 19 September 2022 lalu.
Meskipun tiada lagi kelibat suami tercinta di sisi namun titipan doa buat arwah tidak pernah habis. Bertandang ke Tanah Suci pada awal Disember lepas, Nora Ariffin bukan hanya berkesempatan melaksanakan umrah buat dirinya.. lebih bermakna, dia turut berpeluang menunaikannya untuk arwah suami, Johan Nawawi.
Selesai melaksanakan ibadah umrah terakhir untuk arwah semalam, kenangan menjejakkan kaki ke Mekah empat tahun lalu bersama suami nyata sukar dilupakan. Terang Nora, “Alhamdulillah, empat tahun lepas saya datang ke sini bersama suami dan hari ini saya telah melaksanakan umrah untuk arwah suami saya.
Semoga Allah menerima amal ibadah saya untuk arwah suami dan diri saya sendiri. Siapa kita untuk menolak takdir Allah dan siapa kita untuk melawan ketentuan Allah. Kita kena sentiasa reda dengan semua yang terjadi kepada kita. Pasti ada hikmah.”
Tambahnya lagi, “Arwah Johan selalu berpesan.. hargai dan bersyukur dengan setiap pemberian ikhlas seseorang tak kira hadiah besar atau kecil. Apa nilai sekalipun, banyak atau sedikit. Bersyukurlah. Kerana bila kita bersyukur maka Allah akan menambah lebih lagi.”
Mengikuti trip umrah bersama Zainal Kembara, pemergian Nora ke sana rupa-rupanya turut mendapat tajaan daripada seorang usahawan terkemuka.
“Alhamdulillah saya syukur pada Allah. Kerana membuka hati Dato’ Seri Vida untuk membawa saya ke sini. Tempat yang paling tenang di dunia.. menjadi tetamu Allah. Saya hanya mampu membalas dengan berdoa kepada Allah.
Semoga Dato’ Seri Vida diberikan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik, diberkati, dirahmati paling penting dilindungi setiap masa. Berjaya dunia akhirat. Dato’.. wanita yang sangat cekal. Allah lebih mengetahui.”
Bekas komposer terkenal, Johan Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Kredit: Instagram Nora Ariffin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap tahun kaum wanita yang paling sibuk menyediakan persiapan menyambut kehadiran Syawal. Segala persediaan dirancang rapi mengikut keperluan dan bajet masing-masing. Baju raya dan tudung raya menduduki senarai teratas persediaan hari raya saban tahun.
Bagi yang masih tiada idea dan tercari-cari tema baju untuk dipakai pada 1 Syawal ini boleh cuci mata selepas Fesyen Show FloRaya Ariani Lebaran 2019 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) jam 2.00 petang nanti.
Majalah Nona pula secara eksklusif membawakan majlis ‘Red Carpet’ Fesyen Show FloRaya Ariani Lebaran 2019 secara live di Facebook Majalah Nona & Facebook Mingguan Wanita.
Bagi peminat-peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ayda Jebat, Mira Filzah dan Bella Dally jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penampilan istimewa mereka pada tahun ini. Busana yang mana bakal digayakan oleh personaliti tersohor ini dan tudung yang mana menjadi pilihan mereka pula pada tahun ini.
Ariani bakal menampilkan koleksi terindah mereka dengan tema FloRaya. Lebih 70 koleksi baju yang akan ditampilkan. Pastinya meriah! Ariani bakal menawarkan lebih dari 30 pilihan koleksi corak terkini yang merangkumi selendang, instant dan juga square. Tidak lupa juga, koleksi polos pilihan ramai yang juga akan ditawarkan pada jualan yang cukup berwarna-warni ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!