Ketika pertama kali memuat naik gambarnya berpenampilan sopan dan bertudung labuh di Instagram sekitar Ogos tahun lalu, pelakon jelita Izara Aishah menarik perhatian peminat dan warganet sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah mula bertudung.
Ketika itu, pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011 ini terus mencetuskan tanda tanya apabila dia turut menutup ruangan komen di posting tersebut.
Lebih menguatkan spekulasi, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini bertindak memadam semua gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram.
Penghijrahan Izara Di Sambut Baik Peminat!
Ads
Penghijrahan pelakon berusia 29 tahun ini yang tampil sopan dan bertudung labuh mendapat reaksi positif di kalangan warganet yang turut gembira dengan perubahannya.
Menurut menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.
Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan. Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.
Ads
Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri.
Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mereka dikurniakan seorang puteri bernama Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.
Sebagai Muslim kita wajib percaya bahawa rezeki sudah diatur oleh Allah SWT. Cuma tinggal bagaimana cara seseorang itu menjemput rezeki dalam kehidupannya. Jangan hanya memandang kebendaan sahaja sebagai rezeki.
Ini kerana kesihatan dan kebahagiaan juga tergolong dalam kurniaan rezeki. Dalam perkahwinan, salah satu pembawa rezeki buat suami ialah isteri yang solehah seterusnya membentuk keluarga yang sakinah mawadah warohmah.
Namun begitu, suami juga wajib bertanggungjawab buat keluarganya agar rezeki akan ikut terus mengalir tanpa henti. Berikut ciri-ciri seorang isteri pembawa rezeki.
TAHU BERSYUKUR
Mensyukuri rezeki pendapatan suami sama ada besar atau kecil. Bersyukur menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anak.
Kesimpulannya sentiasa bersabar dan bersyukur dengan apa yang diperolehi.
SUKA BERSEDEKAH
Apabila diberikan nafkah dia menggunakannya untuk bersedekah.
Maka dengan izinNya, rezeki keluarga akan bertambah, boleh jadi rezeki itu diperolehi dari pendapatan suami atau dari orang lain.
SELALU MENDOAKAN SUAMI & KELUARGA
Selain berusaha bersungguh-sungguh, banyakkan berdoa kepada Allah SWT.
Wanita yang selalu mendoakan suami dan keluarga, dengan izinNya doa itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Suaminya akan selalu mahu berada di rumah untuk bersama keluarga.
Selain itu, pandai menjaga adab dan tingkah laku di hadapan suami seterusnya menunjukkan kesetiaan sehingga rezeki dapat mengalir kerana membahagiakan hati suami.
SUKA BERSILATURRAHIM
Menjaga hubungan dengan orang tua, saudara mara, keluarga suami, jiran tetangga dan rakan-rakan.
Ini bukan saja membantu melancarkan rezeki suami bahkan keluarga.
SERING SOLAT DHUHA
Jika seorang isteri sering melakukan solat dhuha pada setiap hari, dengan izinNya dapat menjemput rezeki buat dirinya, suami serta keluarga.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada usia 17 tahun, Rizky Langit Ramadhan sudah berjaya melakar pencapaian membanggakan. Pastinya kejayaan yang diraih anak teruna ini membuatkan ibu tersayang yang juga selebriti popular Indonesia, Dato’ Sri Rossa tersenyum bangga.
Pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan Rossa terhadap Rizky Langit Ramadhan nyata tidak sia-sia apabila jejaka kacak tersebut membesar sebagai individu berwawasan.
Sepanjang bergelar ibu tunggal, Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handayani tidak pernah lelah membesarkan satu-satunya zuriat kesayangan. Bukan sekadar setia berada di sisi Rizky dalam apa juga keadaan malam dia juga sentiasa menyokong minat anak.
Terbaharu Rossa melahirkan rasa teruja apabila Rizky atau nama penanya Skyler berjaya menerbitkan buku komik pertama, Elektrickha. Sebagai tanda sokongan, pelantun lagu Tegar ini turut hadir menyerikan majlis pelancaran komik berkenaan pada hujung Jun lepas.
Ujarnya, “His 1st comic is out now! Congratulations Rizky Langit aka Skyler, all the effort has paid off. Over 100 books are sold on the first day of release.”
Idea buku komik Elektrichka ialah ilham Rizky dan penghasilannya turut dibantu penulis Ockto Baringbing yang berpengalaman dalam penerbitan pelbagai jenis komik.
Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berpisah pada tahun 2009 selepas lima tahun melayari alam rumah tangga. Rizky dilahirkan pada 3 Oktober 2006.
Biarpun sudah 14 tahun berpisah namun Rossa dan Yoyo masih berhubungan baik. Kedua-duanya juga saling bertolak-ansur demi anak tersayang.
Malah ketika sambutan ulang tahun kelahiran Rizky yang ke-17, Yoyo sanggup datang ke kediaman Rossa untuk meraikan hari istimewa anak tunggalnya.
Semoga kekuatan dan semangat Rossa membesarkan anak menjadi ikutan wanita senasib dengannya agar terus tabah mendepani ujian hidup. Juga, Rizky menjadi insan berguna kepada masyarakat dan membanggakan ibu bapa tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah Cukupkah Masa Kita Luangkan Bersama Anak-anak? Kita sebagai mak-mak selalu sibuk, ada sahaja kesibukan kita. Sibuk dengan kerja rumah, sibuk dengan kerja di pejabat dan yang paling sedih sibuk dengan handphone. Sebenarnya kita tidak punya banyak masa untuk diluangkan bersama anak-anak.
Perkongsian tentang perlunya kita meluangkan masa bersama anak-anak telah dikongsikan oleh Adlil Rajiah. Coretan wanita ini sangat menyentuh hati setiap wanita yang bergelar ibu.
“Hakikat yang kita selalu lupa, anak-anak ‘ada’ dengan kita 12 tahun je. Lepas 12 tahun, mereka mula lebih fokus kepada kawan-kawan. Lepas tu dah sibuk menjaga hati pasangan dan rakan sekerja. Tak lama lepas tu, sibuk fokus keluarga dan anak-anak mereka sendiri pula.
Semakin lama, ranking kita dalam hati mereka semakin rendah. Tak percaya? Tengok diri kita sendiri sebagai anak. Tengok kat mana keutamaan ibu bapa kita dalam urusan hidup kita hari ini. Macam mana ‘jarak’ kita dengan ibu bapa kita bila kita semakin dewasa.
Of course, we never hate them. We still love them unconditionally. They’re still the king and the queen of our life. Of course. Tapi secara hakikatnya kita tak lagi letakkan mereka nombor 1 dalam banyak perkara. Why? Circumstances – Life cycle – Work demands – Bla bla bla.
Ini lah lumrah yang kita sedang lupa. Bila dah ada anak sendiri, kita lupa, mereka juga akan ‘tinggalkan’ kita satu hari nanti. 12 tahun itu tak lama. Sebelum keadaan memaksa anak-anak untuk lebih mengutamakan kawan-kawan, pasangan, keluarga, kerja, instead of kita ibu bapa mereka. Adakah kita dah sehabis baik memanfaatkan masa yang ada bersama mereka sekarang ni?
Kita cepat sangat marah anak, lempang anak, maki anak, rotan anak, abaikan anak, sebab kita sangka mereka akan ada dengan kita sampai bila-bila. Rupanya tak. In fact, mereka tak pernah pun jadi milik kita. Walau macam mana besar pun peranan kita dalam membentuk anak-anak mereka tetap tertakluk kepada percaturan dan perancangan Allah.
Soon, they’ll surely leave. Sepanjang 12 tahun anak-anak letakkan kita nombor 1 dalam hati mereka, adakah kita juga letakkan mereka nombor 1 dalam hati kita? Satu hari nanti, bila anak-anak dah dewasa, dah sibuk kejar cita-cita, dah kahwin, kita akan bangun tidur tanpa mereka di sisi. Dan masa tu kita akan bertanya sendiri.
Have i played with them enough? Have I enjoyed the opportunity to be a part of their lives?
Itu sebab penting untuk kita bina jambatan yang kuat dengan anak pada 12 tahun pertama. Because research shows that anak-anak yang rapat dengan ibu bapa sepanjang 12 tahun pertama akan sentiasa rapat dengan ibu bapa mereka sampai bila-bila walau sejauh mana pun mereka terbang.
I always admire parents yang very close to their children walaupun dah besar panjang. Bila mereka berjumpa, macam best friends! In fact, Rasulullah saw pun suruh ibu bapa layan anak seperti kawan baik bila anak mencecah 14 tahun kan. I observe some senior parents that I know yang rapat dengan anak-anak, dan tanya apa yang diorang buat sampai jadi rapat sangat dengan anak-anak walaupun dah dewasa. Most of them jawab.
“It’s in the routine. Good relationship tak dibina dalam sehari dua. Tapi dibina setiap hari since day 1.” Even David Beckam & Victoria Beckam pun cakap benda yang sama bila ditanya tentang hubungan rapat diorang dengan anak-anak.
So let’s learn from these parents yang dah berjaya bina jambatan kukuh dengan anak-anak. According to Dr Laura Makham, these are some routines we can do to build a closer relationship with our child:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Nordiana akui berat hati melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie ke asrama. Kisah menyentuh hati seorang ibu sempena semangat Awal Muharram dan penghijrahan ke fasa baharu.