Berjalan kaki banyak faedahnya! Selain itu, berjalan kami juga merupakan terapi kesihatan asas yang penting bagi manusia. Namun, satu kajian baru-baru ini mendedahkan rakyat Malaysia berada di tangga ketiga di dunia yang malas untuk berjalan kaki. Seriuslah!
Kajian dari Universiti Stanford dibuat berdasarkan maklum balas 717,527 responden yang memberikan gambaran tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia. Menariknya, kajian ini juga mendedahkan negara pertama di dunia yang paling malas berjalan kaki ialah Indonesia.
Berdasarkan laman web tempo.co, kajian itu turut menyatakan bahawa purata orang Indonesia berjalan hanya 3,513 langkah sehari. Manakala Malaysia pula berada di tempat ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari.
Ads
Dalam penelitian tersebut juga turut mendedahkan negara yang rakatnya paling rajin berjalan kaki adalah Hong Kong dengan 6.880 langkah sehari. Selepas Hong Kong, negara yang rakyatnya rajin berjalan kaki adalah China dengan rata-rata 6.189 langkah per hari. Di tempat ketiga ialah Ukraine (6,107), keempat Jepun (6,010) dan kelima ialah Rusia (5,969).
Ads
Ads
Menurut KOSMO Online, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu seperti mana yang disarankan oleh global adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari. Dalam pada itu, kajian yang sama berkata, negara dengan masalah obesiti rendah adalah merujuk kepada sikap rakyatnya gemar melakukan aktiviti berjalan kaki setiap hari.
Untuk rekod, jalan kaki ternyata banyak manfaatnya. Antara kelebihanya adalah ia mampu mencegah penyakit jantung, mengurangkan risiko alzheimer, mencegah diabetes, menurunkan risiko terkena strok dan mencegah osteoporosis.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agak sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran kakak kepada pelakon Shaheizy Sam dan juga isteri kepada ahli politik, Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mukhtar Radin. Kali terakhir berita yang melibatkan Zizie dia dan suami hadir ke mahkamah berikutan kes yang melibatkan rasuah berjumlah RM 2.8 juta.
Dan baru-baru ini, pelakon jelita ini menjadi perhatian warga maya selepas seorang jurusolek terkenal berkongsi wajahnya selepas disolek di laman sosial Instagram. Yang pasti ramai yang terkesima dengan kejelitaan Datin Seri Zizie Izette yang masih tampak anggun dan jelita.
Zizie yang kelihatan anggun menyarung persalinan hitam dari pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini dan hanya memakai topi dan menutup sebahagian rambutnya turut mendapat perhatian warga maya dan ada juga yang mempersoalkan gaya Zizie yang terkini seperti tidak dimamah usia meskipun sudah nampak agak berlainan jika hendak dibandingkan sebelum ini.
Biarpun gaya terbaru pelakon ini menjadi pertikaian netizen di media sosial disebabkan dirinya yang hanya mengenakan topi untuk menutup rambutnya, Zizie Izette tetap mendapat pujian peminat yang terpukau dengan kejelitaannya itu.
Di hantaran tersebut, walaupun ada yang mengecam penampilan terkini Zizie namun ada juga warga maya yang masih terpukau dengan kejelitaan ibu kepada lima cahaya mata ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Terpegun tengok kecantikan Dato’ Sri Maziah Musa. Meniti usia 58 tahun, pesona usahawan berjaya yang juga ibu selebriti berbakat besar, Ummi Nazeera ini nyata cukup menawan.
Setiap kali kelibatnya hadir ke majlis rasmi mahupun menemani anakanda tersayang, penampilan Dato’ Sri Maziah pasti meraih tumpuan khalayak.
Tidak keterlaluan kalau Nona katakan wanita berjiwa cekal ini kelihatan seperti adik-beradik apabila bergambar di samping anak-anak tersayang. Dato’ Sri Maziah turut dilihat menemani anak-anak tersayang ke Kuala Lumpur Fashion Week pada Ogos lepas.
Kredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusa
Kemunculan Dato’ Sri Maziah yang tampil dengan gaya elegan ketika menghadiri pertunjukan fesyen pereka ternama Alia Bastamam mendapat perhatian ramai khususnya dalam kalangan peminat Ummi Nazeera.
Memiliki raut wajah lembut, Dato’ Sri Maziah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Pointray (M) Sdn Bhd.
Kredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusa
Sebelum ini, anak perempuannya yang juga aktres popular drama Rindu Kasih mendedahkan ibunya mempunyai perniagaan dalam bidang perkilangan, perabot dan fabrik.
Menjengah Instagram milik Dato’ Sri Maziah, kredibilitinya sebagai ahli perniagaan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Antaranya merangkul Woman Entrepreneur Excellence, Top 10 Most Enterprising Company dari SME & Entrepreneurship Business Award 2017.
Kredit Instagram @maziahmusaKredit Instagram @maziahmusa
Dato’ Sri Maziah turut pernah menerima Anugerah Usahawan Wanita Kebangsaan 2014 dan Usahawan Cemerlang Negeri Terengganu 2016.
Selain Ummi Nazeera, Dato’ Sri Maziah juga ibu kepada Nazreem Musa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah jadi macam satu kewajipan kepada wanita menjelang raya ni semua nak nampak cantik, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kecantikan rambut pun bukan boleh dipinggirkan. Yang berhijab pun tetap nak rambut cantik dan terurus menjelang raya Jumaat ini.
Tak perlu susah-susah, guna bunga raya jer pun, rambut boleh cantik beralun. Khasiat bunga raya sudah diperakui sejak turun-temurun dan dipercayai dapat membantu merawat masalah rambut, melebatkan dan menghitamkan rambut.
Hanya dengan meramas bunga raya bersama air, lendir jernih yang terhasil perlu disapu pada rambut dan dibiarkan seketika. Kemudian bilas dengan air dan keringkan rambut secara semula jadi. Sejak dahulu juga masyarakat kita telah menggunakan bunga raya untuk menjaram rambut agar dapat meredakan panas badan akibat demam. Cara tradisional ini juga boleh digunakan untuk merawat bisul, luka dan kegatalan kulit.
Kuasa bunga raya begitu hebat kerana mengandungi zat besi, vitamin A dan C, kalsium serta kaya dengan kandungan serat. Bukan sahaja baik untuk kecantikan rambut, kalsium tinggi yang terkandung di dalamnya membantu pertumbuhan serta kekuatan gigi dan tulang. Selain bagus untuk tulang juga berguna untuk kesihatan mata dan kulit. Seratnya sangat diperlukan untuk memperbaiki sistem pencernaan. Bunga raya juga mampu memperbaiki dan menjana metabolisme tubuh.
Khasiat luar biasa yang terkandung di dalamnya mampu mengatasi masalah rambut nipis dan mencegah tumbuhnya uban pada usia muda. Bunga raya juga berkhasiat untuk mengatasi rambut gugur dengan cara meningkatkan pertumbuhan rambut. Malah dikatakan mampu menguatkan akar rambut sehingga membuat rambut kelihatan berkilau dan sihat.
Manfaat bunga raya untuk rambut terlihat melalui minyak bunga raya. Ia telah menunjukkan hasil yang luar biasa ketika meningkatkan pertumbuhan rambut. Minyak bunga raya kaya dengan vitamin C yang meningkatkan produksi kolagen (rantai asid amino yang memberi kekuatan rambut) dan memastikan pertumbuhan rambut sihat. Bunga raya juga berkhasiat untuk merangsang pertumbuhan kembali rambut daripada folikel yang tidak aktif dan kulit kepala tidak sihat. Selain itu, bunga raya juga membantu menebalkan rambut.
Bukan itu sahaja bunga raya juga membantu rambut daripada kekeringan, kerinting dan rosak teruk. Bunga raya bermanfaat untuk membantu mengatasi masalah kulit kepala gatal dan pertumbuhan kelemumur. Malah daun bunga raya membantu mencegah rambut bercabang dan menjaga rambut tetap kuat, mempunyai nutrisi dan terhidrasi.
KUASA BUNGA RAYA
Topeng Rambut
Khasiat daripada kelopak bunga raya boleh dijadikan topeng atau masker agar dapat melancarkan peredaran darah atas kulit kepala. Nutrisi yang hadir melalui masker ini dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur dan merangsang pertumbuhan rambut. Jika diamalkan selalu boleh memperlambat proses tumbuhnya uban dan menghitamkan rambut secara semula jadi. Ambil beberapa kelopak bunga raya dan kisar bersama air. Kemudian biarkan seketika di atas kepala sebelum dibersihkan.
Pewarna Rambut
Bunga raya juga boleh menjadi agen pewarna rambut. Sangat mudah untuk menyediakannya hanya dengan segenggam bunga raya dan segenggam kelopak ros merah. Kisar halus dan ditambah sedikit air. Lumur di atas kepala, semakin lama dibiarkan di atas kepala semakin maksimum efek warnanya.
Syampu Rambut
Terdapat banyak syampu dan perapi rambut yang berasaskan bunga raya di pasaran. Tetapi jika mahu menggunakan resipi semula jadi boleh mencuba dengan merebus 15 helai daun bunga raya bersama bunga raya. Campur 1 gelas air dan rebus selama 15 minit. Setelah sejuk kisar sehingga halus dan gunakan ramuan ini untuk mencuci rambut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan insan tersayang cukup memilukan. Apatah lagi ibu bapa yang telah banyak berkorban jiwa dan raga membesarkan anak-anak. Baru-baru ini, pelakon Adam Corrie berdepan detik duka apabila ibu tersayang ‘pergi’ untuk selama-lamanya.