Ke mana tumpahnya kuah. Puteri Charlotte, anak kepada Putera William dan Kate Middleton telah mendapat jolokan sebagai salah seorang kanak-kanak selebriti paling bergaya. Sama seperti ibunya, Puteri Charlotte sentiasa kelihatan kemas dan sweet apabila muncul di khalayak ramai.

IKLAN

Sering Tampil Sweet, PUTERI CHARLOTTE Dinobat Sebagai Salah Seorang Anak Selebriti Paling BergayaMemetik laporan Marie Claire, Puteri Charlotte dinobatkan sebagai antara kanak-kanak selebriti paling bergaya dilakukan berdasarkan laporan Electric Ride On Cars iaitu Celebrity Child Style Report. Electric Ride On Cars merupakan syarikat kereta mainan kanak-kanak berkualiti tinggi berpangkalan di United Kingdom.

Sering Tampil Sweet, PUTERI CHARLOTTE Dinobat Sebagai Salah Seorang Anak Selebriti Paling BergayaKaedah yang digunakan oleh Electric Ride On Cars untuk laporan ini ialah menganalisis hasil carian pada enjin carian Google yang berkaitan dengan fesyen; menganalisis bilangan artikel fesyen selebriti kanak-kanak; serta menganalisis penglibatan daripada artikel fesyen selebriti kanak-kanak ini.

Sering Tampil Sweet, PUTERI CHARLOTTE Dinobat Sebagai Salah Seorang Anak Selebriti Paling BergayaDipetik daripada Express, carian di Google yang dianalisis untuk laporan ini termasuk kata kunci ‘pakaian’, ‘fesyen’ dan ‘gaya.’ Selepas mengumpul data yang disusun melalui analisis tersebut, skor Puteri Charlotte mencapai 9.4 daripada maksimum.

Sering Tampil Sweet, PUTERI CHARLOTTE Dinobat Sebagai Salah Seorang Anak Selebriti Paling BergayaHasilnya, Puteri Charlotte menduduki tempat ketiga sebagai selebriti kanak-kanak paling bergaya. Menurut laporan Electric Ride On Cars, Puteri Charlotte menduduki tempat ketiga dengan jumlah 26,000 carian di Google. Sementara abangnya, Putera George dan Putera Louis menduduki tempat keempat dan kelima.

IKLAN

Sering Tampil Sweet, PUTERI CHARLOTTE Dinobat Sebagai Salah Seorang Anak Selebriti Paling BergayaAnak kedua pasangan Cambridge ini tidak asing dengan barangan fesyen mewah dan bergaya, daripada pakaian berwarna-warni atau baju sejuk oleh rumah fesyen Ralph Lauren, kegemaran Keluarga Diraja Britain.

IKLAN

Sering Tampil Sweet, PUTERI CHARLOTTE Dinobat Sebagai Salah Seorang Anak Selebriti Paling BergayaBukan itu sahaja, pakaian yang dipakai Charlotte di majlis-majlis awam sering terjual serta-merta. Sebagai contoh, seperti yang dilaporkan oleh Express, pakaian yang dipakai Charlotte semasa Sukan Komanwel pada awal Ogos dijual dalam talian. Pada masa itu, dia memakai gaun Rachel Riley.

Manakala tempat pertama dan kedua diduduki oleh North West, anak perempuan pertama Kim Kardashian dan Kanye West. North dikatakan mempunyai estetika yang sangat spesifik, diilhamkan oleh gaya ibu bapanya. Manakala tempat kedua disandang oleh Jaden Smith, anak kepada pelakon Will Smith dan Jada Pinkett Smith.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI