‘Kuca, kuca…’ atau bermaksud kacau dalam dialek Kelantan menjadi permulaan Kucate di pasaran. Bukan kacau sebarang kacau, tapi rupanya kacau teh herba berbentuk kiub yang dihasilkan daripada madu dan pelbagai bunga kering. Sebagai ibu muda, Neelofa sendiri mengakui beliau mengamalkan minuman teh herba ni untuk tambah susu badan!
Sebagai seorang ikon terkenal dan usahawan berjaya, dah tentu amalan Neelofa sejak melahirkan Muhammad Bilal, si comel yang kini menginjak usia 8 bulan jadi tumpuan ramai.
Biarpun masih merahsiakan wajah Bilal, tapi kecomelan bayi itu sudah terasa kalau melihat dari genetik ibu bapanya.
Keluarga kecil Haris Ismail, Neelofa dan Bilal
Foto terkini Lofa dan anak sulungnya
Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022
Berusia 33 tahun, Neelofa tanpa berselindung berkongsi di TikTok tentang cara menambah susu badan yang diamalkan dari hari pertama beliau berpantang sampai sekarang.
Ads
“Masa Lofa mengandung lagi, Lofa dah niat untuk bagi susu terbaik untuk Bilal. Dan banyak belajar dari Mama juga untuk penjagaan berpantang.” Neelofa
Ujarnya lagi, sejak hari pertama berpantang beliau sudah mula mengamalkan Kucate Superwoman, iaitu varian teh yang diformulasi 7 jenis herba. Minuman teh herba ini dikatakan sangat membantu menambah susu ibu, memandangkan Neelofa sendiri sudah berhajat mahu menyusukan anak kecilnya secara eksklusif.
Kandungan herba dari buah-buahan dan bunga organik
“Alhamdulillah luka bersalin Lofa cepat sembuh.
Ads
Lofa akan consume yang terbaik saja untuk hasilkan susu yang berkhasiat untuk Bilal.
Buah-buah dan bunga nilah yang banyak bantu Lofa agar kembali sihat, bertenaga dan cepat turun berat badan.
Susu pun pekat dan banyak masa berpantang.
Ads
Minum Kucate Superwoman dah jadi macam terapi. So beautiful and delicious!” Neelofa
@nurcollections99 Untuk APA kucate Superwoman ni?✅ Tingkatkan pengeluaran susu ibu✅ Mengurangkan tekanan dan keletihan✅ Mencegah masalah kesihatan berkaitan mata dan keguguran rambut terutamanya selepas bersalin✅ Membantu melancarkan penghadaman✅ Melancarkan peredaran darah dan memanaskan badan#kucate #neelofa #fyp #noorkartini♬ original sound – YatzBrilliantbiz
Beliau turut menambah, masih mengamalkan minuman yang diasaskan oleh ibunya, Datin Noor Kartini sampai sekarang secara konsisten.
“Alhamdulillah tengok anak membesar sihat cerdik adalah nikmat yang paling besar.”
Kucate Superwoman ni juga selain dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu, dapat juga mengurangkan tekanan dan keletihan, mencegah masalah berkaitan mata dan keguguran rambut lepas bersalin, melancarkan penghadaman serta peredaran darah.
Memang sesuai sangat diamalkan oleh wanita-wanita untuk kembali cergas! Rasa-rasa nak cuba jugalah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru 10 minit bersenam, dah terus makan nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik. Lagi sedap makan kalau makan dengan geng sekepala. Akhirnya masing-masing pun timbullah rasa bersalah kerana makan selepas penat berhempas pulas bersenam.
Persoalannya, adakah benar makan setelah bersenam akan membuat tubuh bertambah gemuk dan senaman menjadi sia-sia?
Sebenarnya makan setelah bersenam amat penting kerana dapat membantu tubuh menerima nutrien yang betul dan membantu menghasilkan otot protein dan penyimpanan glikogen. Sumber nutrisi ini juga membantu merangsang penghasilan otot baru.
Pentingnya makan selepas bersenam
Penting untuk menambah glikogen yang telah habis digunakan semasa latihan.
Makan makanan berunsurkan protein selepas senaman menjadi kemestian untuk proses pemulihan otot dengan cepat, terutamanya selepas latihan berat badan (weightlifting).
Makan makanan yang mengandungi elektrolit (mineral yang perlu dibakar oleh neuron anda), yang perlu diganti akibat kehilangan semasa berpeluh.
Selepas bersenam, tubuh boleh mengalami keletihan dan gula dalam darah menurun. Tanpa kemasukan nutrisi juga menghalang proses pembaikan otot dalam badan. Jika secara rutin mengelak makan selepas melakukan senaman, ia akan menjadi lebih sukar untuk mencapai matlamat kecergasan tubuh badan anda.
Berikut adalah tip pemakanan selepas bersenam
(a) Pastikan anda makan sesuatu
Badan anda baru saja menggunakan tenaga yang diperlukan untuk mencapai kapasiti yang maksimum. Seeloknya, ambil snek dalam masa 20 minit sebelum daripada latihan senaman dan kemudian makan makanan yang seimbang 3 jam hingga 4 jam selepas senaman.
(b) Tambahkan dengan karbohidrat dan protein
Semasa bersenam, tenaga telah digunakan daripada glikogen dan memberi kesan kepada otot. Oleh itu, hidangan selepas senaman adalah penting dan anda perlu mengambil makanan yang tinggi dalam karbohidrat kompleks seperti roti bijirin penuh, oat, quinoa dan ditambahkan dengan protein yang sihat seperti tofu, ikan dan sebagainya.
(c) Jangan berlebihan
Pengambilan snek selepas bersenam adalah sangat mudah tetapi perlu berhati-hati dengan kandungan kalori makanan tersebut. Ini kerana kemungkinan kalori makanan tersebut adalah lebih tinggi daripada kalori yang telah dibakar melalui senaman. Cuba untuk menyimpan snek selepas latihan anda sekitar 150 kalori seperti 1 gelas jus epal, dan makan pasca kerja anda di bawah 500 kalori seperti sandwic tuna.
(d) Hidrasi dengan segera
Minum air secukupnya selepas bersenam. Mendapatkan air secukupnya selepas latihan bergantung kepada banyak faktor, iaitu panjang dan intensiti latihan, keadaan persekitaran, dan fisiologi individu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mekap mineral kini semakin mewarnai lambakan produk kosmetik tempatan. Walaupun penggunaannya baik untuk kulit tetapi sebagai wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan perlu menyelidik terlebih dahulu kelebihan dan kekurangan mekap mineral ini.
Selain itu anda perlu mengetahui kelebihan dan kekurangan kulit anda. Adakah tergolong dalam kumpulan kulit bermasalah seperti jerawat atau kulit sensitif.
Kelebihan Mekap Mineral
(a) Sesuai untuk semua jenis kulit
Kosmetik mekap memang dibuat khusus tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet, bebas wangian dan tiada pewarna. Oleh itu, mineral mekap ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat. Antara kandungan bahan mineral yang terdapat di dalamnya bersifat anti-radang dan boleh meredakan kulit yang sedang berjerawat teruk. Kebiasaannya produk mineral mekap ini berbentuk serbuk untuk mengelak penggunaan bahan pengawet.
(b) Non-comedogenic
Mineral kosmetik juga bebas minyak sehingga penggunaannya tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat atau menimbulkan alergi. Namun, itu bukan alasan untuk tidak menyemak label yang terdapat di setiap produk mineral. Baca isi kandungan dalam setiap produk kosmetik yang mahu dipakai dan elak bahan yang boleh menimbulkan iritasi seperti paraben.
(c) Halang sinar matahari
Mineral mekap telah dibentuk mengandungi SPF untuk menghalang kesan bahaya sinar matahari kepada kulit. Walaupun begitu, tetap disarankan untuk menyapu krim pelindung matahari terlebih dahulu sebelum menggunakan mineral mekap sebagai perlindungan tambahan. Ini kerana mineral mekap tidak mengandungi banyak SPF di dalamnya.
(d) Antioksida
Mekap mineral mengandungi antioksida yang tinggi. Antioksida ini membantu kulit menangkis tumbuh jerawat dan mengeluarkan kolagen demi memelihara kelembapan kulit.
Kekurangan Mekap Mineral
Hasil tidak sekata
Mekap mineral secara umumnya datang bentuk serbuk dan sangat ringan. Serbuk ini biasanya tidak menyerap di kulit seperti kosmetik biasa. Hasil solekan jika tidak dilakukan dengan teliti pasti tidak sekata berbanding dengan kosmetik biasa.
Tidak tahan lama
Mekap mineral diketahui diperbuat daripada bahan-bahan mineral yang tidak mengandungi pengikat seperti kosmetik lain yang mampu bertahan lebih lama di kulit. Mekap mineral memerlukan anda melakukan touch up untuk hasil yang maksima.
Pilihan terbatas
Produk mekap mineral ini tidak banyak di pasaran dan juga tidak mempunyai banyak pilihan. Pilihan rona juga tidak banyak kerana kandungannya tidak menggunakan pewarna tiruan dan ditambah dengan harga yang lebih sedikit daripada kosmetik biasa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 2 Julai lalu genap 15 tahun usia anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim! Tidak dinafikan, semakin meningkat dewasa semakin cantik Marissa.
Saling tak tumpah rupa paras jelita ibunda tersayang. Baru menyambut ulang tahun kelahiran kira-kira seminggu yang lepas, penampilan Marissa yang anggun dalamn persalinan gaun labuh rona merah jambu sekali lagi menarik perhatian khalayak.
Disifatkan seorang gadis pemalu dan memiliki wajah yang sejuk mata memandang, kemunculan Marissa dalam majlis sambutan hari lahir ke-15 tersebut tidak ubah seperti seorang puteri muslimah. Seiring dengan pertambahan usia dan meminati kecantikan, Marissa dilihat sudah bijak memilih gaya yang diinginkan.
Padanan gaya tudung bawal dan gaun kembang ala puteri warna senada lembut merah jambu sememangnya menyerlahkan sisi penuh kelembutan gadis ini.
Seloroh Abby di Instagramnya, “Tak sangka Mama. Anak Mama pandai melawa sudah. Kurang sikit je dari Che Ta. Orang Kelantan sebut apa? Cantik bedo oh?”
Kongsi isteri kepada Faizal Zakaria ini, sejak Marissa umur setahun lagi dia sudah menyambut hari lahir puteri sulungnya itu. Malah Abby turut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meraikan hari lahir Marissa yang ke-15 tahun ini. “Alhamdullillah. Besar dah anak Mama. Umur setahun pun dapat sambut, umur 15 pun ALLAH masih izinkan. Syukur. Semoga jadi anak yang baik dan mendengar kata ye sayang. Belajar dan terus belajar supaya menjadi manusia yang bermanfaat kepada semua umat.”
https://www.instagram.com/p/CCQYBygDBWa/
Walau majlis berkenaan diadakan secara kecil-kecilan di kediaman Abby dan suami namun segalanya nampak teratur. Lebih meriah, Norman Hakim yang juga bekas suami Abby
dan Memey Suhaiza serta anak-anak mereka turut hadir menyerikan majlis istimewa Marissa. Bahagia tengok keakraban keluarga besar ini!
Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim (17 tahun) dan Maria Danisha (12 tahun).
Yang pasti, kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.
Kredit: Instagram Abby Abadi & Marissa Dania Hakim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!