Wanita kini sangat beruntung kerana mempunyai banyak peluang dan ruang untuk memantapkan diri. Dengan pelbagai ruang yang terbuka luas, wanita bernama Eriyca Baiduri ini bingkas merebutnya.

Orangnya masih muda dan memiliki pakej beauty with brain. Mungkin itulah kekuatan Eriyca hingga mampu membina empayar perniagaan kosmetik sendiri.

IKLAN

Rezeki wanita ini dalam perniagaan terbuka luas ketika menyambung pelajaran di peringkat Diploma dalam Penjagaan Diri. Seterusnya tercetuslah idea untuk menceburi perniagaan berkaitan kecantikan. Pengasas kepada produk kecantikan Noir Health & Beauty ini optimis terhadap perniagaan yang telah mencipta namanya.

“Saya berkahwin pada usia yang terlalu muda. Tetapi itu bukan alasan untuk saya duduk bergoyang kaki sahaja. Saya mahu merealisasikan cita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri walaupun pada mulanya suami tidak menggalakkan. Suami lebih suka saya duduk di rumah sahaja.

Tetapi, apabila melihat kesungguhan dan komitmen saya terhadap perniagaan, suami membenarkan malah menjadi penyokong kuat di belakang saya.

Rahsia Miliki Segala-Galanya Pada Usia 28 Tahun, ERIYCA BAIDURI Kongsi Ilmu Perniagaan Ini!

Adat dalam membina perniagaan sudah pasti ada pasang dan surutnya. Berkecimpung dalam dunia perniagaan di usia yang sangat muda dan mengalami saat jatuh beberapa kali dalam perniagaan telah mematangkan diri. Akhirnya kini saya mampu memiliki apa yang saya impikan walaupun perjalanan saya masih jauh lagi.

Saya berusaha keras bagi memastikan perjalanan produk Noir ini terus melekat di hati masyarakat terutama wanita yang mementingkan kecantikan. Produk serum dan krim pelindung tabir suria merupakan star product yang meniti dari bibir ke bibir. Saya juga ada beberapa rancangan pada tahun ini untuk mengembangkan lagi produk Noir di pasaran luar seperti Indonesia dan Singapura,” ulas wanita berkulit putih gebu ini bersungguh-sungguh ketika berbicara tentang produk yang telah diusahakannya.

Cabaran dalam bidang perniagaan bukan suatu yang mudah untuk diatur. Percaturan yang besar seperti untung sabut timbul untung batu tenggelam tidak pernah singgah dalam kamus kehidupan wanita mudah mesra ini.

Rahsia Miliki Segala-Galanya Pada Usia 28 Tahun, ERIYCA BAIDURI Kongsi Ilmu Perniagaan Ini!

IKLAN

“Seperti yang kita sedia maklum produk kecantikan kini tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Setiap hari pasti muncul jenama baharu di pasaran. Itu belum termasuk lagi jenama luar negara yang telah bertapak kukuh di kaunter-kaunter kecantikan pasar raya besar.

Saya menganggap persaingan adalah suatu yang sihat dan setiap produk masing-masing mahu menjadi yang terbaik. Situasi ini paling menguntungkan kepada pengguna kerana dapat manfaat yang terbaik dalam setiap produk. Cabaran ini telah menyuntik semangat dalam diri ini dan perlu bekerja lebih keras kerana persaingan di dalam bidang kosmetik terlalu banyak .

Bagaimanakah cara mahu agar terus kekal dalam bidang perniagaan? “Pada saya tiada jalan mudah untuk berjaya. Sesiapa sahaja yang mengusahakan perniagaan sendiri mempunyai percaturan yang tersendiri.

IKLAN

Saya perlu konsisten, sentiasa menambah ilmu tentang perniagaan, menambah baik ilmu dalam pemasaran, produk dan perkhidmatan serta yang paling penting disiplin diri,” jelas wanita yang turut menjual produk secara atas talian ini.

Ketika diajukan pertanyaan tentang rancangan masa depannya dengan tegas wanita ini mahu mengembangkan lagi produk kecantikannya. Tambahnya perniagaan berasaskan kecantikan yang diusahakan bukan membabitkan dirinya seorang diri. Terdapat ejen dan stokis yang berdiri kukuh di belakangnya sentiasa menyokong di antara satu sama lain.

Rahsia Miliki Segala-Galanya Pada Usia 28 Tahun, ERIYCA BAIDURI Kongsi Ilmu Perniagaan Ini!

“Sebagai pengasas produk saya tahu peranan ejen dan stokis sangat penting dalam meningkatkan perniagaan. Saya tidak akan menjadi seperti sekarang tanpa sokongan padu daripada mereka.  Hubungan saya dengan ejen dan stokis juga sangat rapat umpama adik-beradik. Kami sering berbincang bagaimana mahu meningkatkan perniagaan dan mahu menyasarkan perniagaan ke tingkat mana.

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih dan tanpa kenal erti jemu. Bagi saya untuk berjaya perlu sentiasa  yakin pada diri sendiri, tidak pernah kenal erti malu untuk berjaya atau meningkatkan perniagaan dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara.

Apakah ketakutan dalam perniagaan? “Untuk sukses dalam perniagaan tidak perlu ada istilah takut dalam diri. Tetapi bagi saya perasaan ini perlu ada agar tidak sentiasa mendongak ke langit tanpa memandang bumi di bawah. Saya sentiasa takut tidak berada di arah yang betul dalam perniagaan atau tersasar pada matlamat asal untuk membina perniagaan ini,” ujar Eriyca sambil tersenyum. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI