
Beza usia 23 tahun sedikit pun tidak menjadi halangan buat selebriti terkenal Hollywood, Thalia hidup bahagia di sisi suami tercinta yang juga maestro muzik terkenal Amerika Syarikat iaitu Tommy Mottola.
Dia yang kini berusia 54 tahun dan ibu kepada dua cahaya mata menikmati alam rumah tangga penuh makna serta indah bersama Tommy yang mencecah usia 77 tahun.
Tanggal 2 Disember pastinya menjadi detik terbahagia bagi pasangan romantis ini apabila mereka akhirnya disatukan secara sah sebagai suami isteri.
Perkahwinan gilang-gemilang Thalia dan Tommy menjadi perhatian media antarabangsa kerana status kedua-duanya yang memiliki nama besar dalam industri muzik.
Perkahwinan Thalia & Tommy Mottola

View this post on Instagram
Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda mula dikenali penonton di Malaysia selepas lakonannya dalam telenovela Rosalinda dan Maria Mercedes disiarkan di negara ini kira-kira 33 tahun lalu. Bukan hanya tertawan dengan rupa paras cantiknya bahkan Thalia juga berbakat besar sebagai pelakon.
Mengimbau momen indah perkahwinan, Thalia menerusi media sosial meluahkan rasa gembira bergelar isteri kepada Tommy Mottola.
“Hari ini kita meraikan 25 tahun perkahwinan. Satu suku abad cinta, menemani dan menggalakkan kita setiap hari, setiap saat, setiap bab dalam hidup kita.
Saya melihat gambar-gambar ini dan video-video ini dan saya merasai kesejukan malam New York, keterujaan yang tidak muat di dada saya, tanggapan melihat begitu ramai orang cantik yang datang bersama-sama untuk mendoakan kami apa-apa melainkan rahmat. Hampir terapung di atas awan cinta, keriangan, impian!
Awak ialah cinta hebat dalam hidup saya. Saya cintakan awak dengan mendalam.
25 tahun perkahwinan! Selamat ulang tahun sayangku!”

Thalia Bahagia Di Sisi Keluarga
Thalia bergelar isteri kepada Tommy Mottola yang juga usahawan dan bekas CEO Sony Music pada 2 Disember 2000.
Hasil perkongsian hidup bersama jutawan kelahiran Amerika berkenaan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi dan Matthew Alejandro Mottola Sodi.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.

Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





