
Genap seminggu umat Islam berpuasa, penyanyi bersuara emas kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melahirkan anak keduanya. Berita ini telah disampaikan oleh pihak pengurusan DS Siti Nurhaliza sendiri, Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd.
Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan tepat jam pukul 6.21 pagi, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H.
Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar. Agak-agaknya apa nama pilihan adik lelaki Siti Aafiyah ni.
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Permata Hati Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza baharu saja menyambut ulangtahun ke-42, 11 Januari yang lalu. Ketika mengikut rombongan DS Siti Nurhaliza ke Genting Highland dua tahun lalu menerusi Kempen SIMPLYSITI Di Hati, memang penyanyi lagu Cindai ini pernah berkongsi mahu mendapatkan anak kedua.
“Memang benar, saya tengah usaha, hanya Allah SWT yang akan menentukannya. Anda semua doakanlah, supaya tahun ini saya boleh dapat seorang lagi anak,” kata wanita kelahiran Kuala Lipis ini. Syukur kerana Allah SWT telah mengkabulkan doa penyanyi nombor 1 Malaysia ini.
Aktif Gaya Hidup Sihat, PUAN SRI SHARIFFA SABRINA Cergas Di Usia Lewat 50an!

Bukan 20an, 30an mahupun 40an tapi usia sebenar Puan Sri Shariffa Sabrina mencecah 59 tahun. Tapi kalau tengok kepada fizikal dan rupa paras, tidak langsung mencerminkan usia tersebut. Memang awet muda! Paling mengagumkan, stamina Puan Sri Sabrina pun tidak ubah seperti anak muda. Lasak dan aktif!
Ditemui ketika sesi fotografi bersama Nona kira-kira tiga tahun lalu, Puan Sri Sabrina yang merupakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) tetap ‘kaya’ dengan sikap ramah dan rendah diri. Peribadinya masih sama seperti kali pertama mengenali figura wanita hebat ini.
Juga disifatkan seorang yang lantang menyuarakan pendapat dan berjiwa besar, pertemuan kami ketika itu lebih berkisar tentang kecantikan dan gaya hidup sihat yang diamalkan ibu kepada lima orang anak berkenaan.
Terkejut dengar petua sihat dan ramping yang diamalkan beliau. Sebagai personaliti ternama dan langsing seperti anak dara, pasti ramai yang beranggapan ibu aktif ini sanggup berhabis wang untuk memiliki susuk tubuh menawan. Realitinya, terang pemilik nama Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil ini sejak umur 15 tahun lagi beliau sudah mula tidak makan nasi!
Gemar berkongsi kebaikan dengan masyarakat, Puan Sri Sabrina turut mendedahkan perwatakan sebenar beliau yang meminati aktiviti lasak dan mencintai senaman. “Dah lebih dua tahun saya buat exercise di Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam.
Setiap hari dari pukul 7.45 pagi kami akan berkumpul di sana dan lakukan senaman seperti Qi Gong. Memang ramai yang datang dan salah satu manfaat senaman ini ialah dapat kuruskan badan, melegakan lenguh badan dan macam-macam lagi.
Jujurnya saya tidak begitu menggemari zumba tapi saya suka menari. Boleh dikatakan semua jenis tarianlah. Paling saya suka, modern dance,” jelas pemilik Tanah Aina Cafe dan Tanah Aina Resort ini.
Jika kebanyakan wanita bersikap skeptikal bila diajukan soal berat badan, namun tidak bagi Puan Sri Sabrina. Enggan berselindung, dia lantas melontar bicara. “Berat saya sekarang 55 kg. Tinggi pula 5 kaki 5 inci. Zaman anak dara dulu berat badan cuma 50 kg je.”





“Puan Sri jenis tak kuat makan ke?” celah penulis. “Eh, saya suka makan. Cuma tak makan nasi itu je. Sebenarnya sejak umur 15 tahun sampailah sekarang saya dah tak makan
nasi. Saya gantikan nasi tu dengan pengambilan roti dan ubi… macam ubi keledek dan ubi kayu.
Memandangkan umur sekarang.. maknanya dah lebih 40 tahun saya tak makan nasi. Bagus kalau makan ubi ni sebab di Afrika contohnya, ia adalah negara di dunia yang paling kurang rakyatnya hidap kanser sebab mereka makan makanan dari sumber bawah tanah.”
Disebabkan kecintaannya terhadap dunia kecergasan dan sukan, Puan Sri Sabrina turut membuka pusat kecergasan Tanah Aina Fitness Centre di Shah Alam khas buat kaum wanita mengadakan aktiviti dan rutin senaman bersama-sama.
Kredit Foto: Instagram & Facebook Puan Sri Sabrina
Putera Raja ‘Sembunyi’ Identiti Masa Kenal, Princess Mary Kini Tinggal Di Istana & Kisah Cinta Jadi Bualan!

Siapa sangka, seorang atlet wanita yang aktif bersukan dan berjiwa lasak ini mampu menawan hati putera diraja Denmark. Princess Mary atau nama sebenarnya Mary Elizabeth Donaldson bukan sebarangan wanita.
Selain meminati sukan lasak, puteri diraja Denmark ini juga dikurniakan rupa paras yang cantik, berpendidikan tinggi dan mempunyai cita rasa yang hebat dalam dunia fesyen. Pendek kata, memang pakej lengkap lah jadi puteri diraja!
Pesona Princess Mary tidak hanya terletak pada wajah cantik semata-mata. Bahkan ibu berusia 51 tahun ini disenangi kerana sikap penyayang beliau terhadap rakyat.
Bercerita tentang kehidupannya yang berubah seperti kisah dongeng Cinderella, jelitawan ini menjelaskan, “Saya masih teringat lagi memori manis sewaktu menyaksikan perkahwinan Lady Diana di TV pada tahun 1981. Bagaimana pun saya tak pernah sangka akan menjadi puteri diraja sama sepertinya.”





Princess Mary dilahirkan di Tasmania, Australia. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, John Donaldson ialah profesor Matematik berketurunan Scotland sementara ibunya pula, Henrietta Clark Donaldson berkhidmat sebagai setiausaha di sebuah universiti.
Kedua-dua ibu bapanya berhijrah dari Edinburgh ke Australia pada awal tahun 60an dan mendapat kerakyatan Australia pada tahun 1975.
Disebabkan aksi lincah dan bakatnya dalam sukan, Princess Mary pernah dilantik sebagai kapten pasukan hoki dan renang di samping menyertai pelbagai lagi aktiviti lain
ketika menuntut di Taroona High School.


Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Hobart Matriculation College dan di sana, Princess Mary masih terlibat aktif dalam sukan terutamanya bola keranjang.
Bijak membahagikan masa di antara sukan dan akademik, jelitawan ini seterusnya berjaya memiliki segulung ijazah perdagangan dan undang-undang pada tahun 1994 dari
University of Tasmania.
Usai menamatkan pengajian, Princess Mary berpindah ke Melbourne untuk menceburi kerjaya profesional dan terpilih bertugas di sebuah agensi pengiklanan antarabangsa.
Dari situlah Princess Mary belajar tentang perhubungan awam dan mengasah kemahiran komunikasi setiap kali bertemu klien. Jawatan terakhirnya sebelum bergelar puteri
diraja adalah sebagai perunding projek bagi Microsoft Business Solutions di Denmark.



Fasa hidup Princess Mary berubah sepenuhnya sejak mengenali Prince Frederik di
sebuah hotel di Sydney pada Oktober 2000. Pada awal pertemuan itu, jejaka tampan tersebut hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Fred’.
Meskipun datang dengan teman masing-masing, namun kerana chemistry yang ada di antara kedua-duanya Princess Mary dan Prince Frederik dilihat cukup selesa dan
rancak berbual bersama-sama.
“Pertama kali berjumpa kami sempat bersalaman. Saya tak tahu sama sekali yang beliau adalah putera diraja Denmark. Hanya selepas 30 minit berkenalan, seseorang datang kepada saya dan bertanya sama ada saya kenal siapa sebenarnya jejaka tersebut.”





Tanggal 14 Mei 2004, Mary Elizabeth Donaldson akhirnya bergelar puteri diraja Denmark secara rasmi selepas melangsungkan perkahwinan bersama Prince Frederik dalam
upacara penuh gilang-gemilang.
Menariknya, veil yang dipakai Princess Mary pernah digayakan oleh Crown Princess Margret of Sweden pada tahun 1905 hasil rekaan pereka Denmark, Uffe Frank. Kini, Princess Mary dan Prince Frederik dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada sepasang kembar.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/tambat-hati-putera-raja-sweden-dari-gadis-biasa-sofia-kristina-kini-puteri-kayangan/
“Nampak Je Garang, Papa Sangat Penyayang & Sensitif Dengan Anak-Anak,” ANIS Dedah Sikap DATUK ROSYAM NOR!

Datuk Rosyam Nor sememangnya terkenal sebagai selebriti yang tidak gemar berkongsi kisah peribadi dan wajah keluarganya kepada umum. Tidak hairanlah, anak kedua beliau
iaitu Nur Anis atau lebih mesra dengan panggilan Anis Kiss kurang meraih populariti seperti anak selebriti lain. Mengakui tidak sedikit pun rasa kekurangan dengan keadaan itu, Anis bagaimana pun semakin dikenali dek kerana status wanita cantik ini selaku Instafamous!
Berkesempatan bertemu puteri kedua Datuk Rosyam Nor ini, Anis yang menginjak usia 27 tahun seorang yang sangat ramah dan berpekerti tinggi. Meskipun sudah bergelar isteri
pada September tahun lalu namun ujar Anis kehidupannya saat ini lebih bermakna selepas dikurniakan seorang suami. “Boleh dikatakan kehidupan Anis sekarang agak sibuk, biasanya akan balik awal sebab kena sediakan lunch, dinner termasuk barang-barang rumah. Tak ada apa yang berubah sangat.”
Selain sibuk dengan tugas sebagai Digital Content Creator, Anis juga sedang merancang untuk mengusahakan perniagaan biskut dan hamper. Terangnya, idea untuk menjalankan
bisnes ini datang dari dirinya sendiri. “Saya sedang dalam proses untuk berniaga cookies dan hamper. Ikut perancangan, akan mula beroperasi di rumah dan segala resipi disediakan oleh rakan kongsi dan saya sendiri. Idea ini sebenarnya datang sebab saya selalu beli cookies dan hamper dari partner saya ini yang juga seorang baker,” ungkapnya.
Ditanya bagaimana kehidupannya sebagai anak kepada Datuk Rosyam Nor, ini jawapan jujur Anis. “Sejujurnya saya tak rasa benda tu susah sebab papa tak beritahu kepada orang ramai tentang siapa anak-anak atau famili dia. Jadi, kami adik-beradik tak ada limelight sangat di media. Hanya orang yang tahu saja akan tahu. Macam saya, saya tetap hidup macam anak-anak lain dan kalau keluar rumah pun tak ada sampai kena serbu atau sebagainya.
Paling penting, kami adik-beradik kena tahu jaga nama papa dan tak buat benda yang boleh jatuhkan reputasi dan memalukan. Alhamdulillah dari dulu sampai sekarang, semuanya baik. Bercerita tentang papa ni, dia nampak je garang. Tapi sebenarnya dia sangat penyayang, very romantic and very sensitive dengan anak-anak dia.
Yang saya perasan bila dah kahwin ni kalau tak call dia dalam dua tiga hari, dia akan call dan tanya dekat mana, buat apa, ok tak, tak balik rumah papa ke. Pendek kata, papa memang sangat penyayang dan lembut sebenarnya.”
Tak pernah meletakkan sebarang kriteria tertentu terhadap kerjaya anak-anak, Anis berkata Datuk Rosyam Nor cukup terbuka dengan apa juga pilihan karier yang diminati
anaknya. “Bila kami dah habis belajar universiti, papa tak letakkan apa-apa syarat untuk anak kerja apa. Papa kata dia dah bagi education, tak kisah anak-anak nak jadi (kerjaya) apa. As long as tahu jaga batas, tahu balik rumah dan jaga kelakuan. Itu sudah memadai.”
Tatkala ditanya pernahkah Anis terdetik untuk menjadi selebriti dan pelakon seperti bapanya, sambil tersenyum dia menggelengkan kepala. Kata Anis, impian untuk bergelar
anak seni tidak pernah terlintas di fikiran kerana menyedari tidak memiliki bakat berlakon.
Walau enggan mengikut jejak langkah Datuk Rosyam Nor namun Anis sangat mengagumi
keperibadian bapa tersayang dan menyifatkan kegigihan kedua-dua ibu bapanya merealisasikan impian perkahwinan merupakan salah satu kenangan terindah dalam hidup Anis.
“Kenangan bersama papa memang banyak sangat tapi yang tak dapat saya lupa jasa mama dan papa ialah bila mereka buat perkahwinan saya menjadi momen paling bermakna dalam hidup. Apa sahaja idea yang saya nak, mereka akan cuba buat sampai dapat. Bukanlah bermaksud majlis tersebut kena mahal sebaliknya lebih kepada momen yang menyatukan kami sekeluarga,” akhirinya.
Selain Anis, Datuk Rosyam Nor turut dikurniakan empat lagi cahaya mata perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.
Kredit foto: Instagram Anis Kiss