
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda bersama Sultanah Nur Zahirah disambut Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Terengganu YB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim dan Ketua Pesuhruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Jeyadhevi Subramaniam.

Pada majlis yang bertemakan Dunia Kita, Masa Depan Kita Yang Damai: Persekitaran Dan Keamanan, Seri Paduka Baginda yang juga Penaung Diraja PPPM bertitah supaya semua pemimpin dan ahli PPPM menerapkan dan mempraktikkan sepenuhnya program Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) bagi menangani isu-isu semasa berkaitan kanak-kanak, remaja dan wanita.

Seri Paduka Baginda bertitah model kepimpinan WAGGGS dapat membentuk ahli PPPM menjadi insan yang berdisiplin tinggi dengan akhlak terpuji, seterusnya menjadi contoh dan tonggak kepada kepimpinan negara pada masa hadapan.

Seri Paduka Baginda turut bertitah program Stop The Violence (STV) yang diberi penekanan dalam WAGGGS, berupaya membantu menangani keganasan terhadap wanita, kanak-kanak dan remaja perempuan melalui aktiviti peningkatan kesedaran, sokongan, pendidikan serta penyelidikan dalam komuniti.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut mengingatkan semua pemimpin dan ahli PPPM supaya berkongsi ilmu program Surf Smart dengan masyarakat bagi memperkasa dan menggalakkan penggunaan Internet secara bertanggungjawab dan selamat.

Sumber & Foto: Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
















Atas keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar, Hard Rock Hotel Desaru baru-baru ini menyahut seruan dengan melaksanakan Earth Hour untuk memberi kesedaran dan ruang untuk para tetamu untuk sama-sama menjadikan aspek penjagaan alam sekitar sebagai amalan gaya hidup.
Hard Rock Hotel Desaru telah turut serta dalam kempen Earth Hour dengan memastikan sebahagian besar Hard Rock Hotel Desaru meminimakan penggunaan elektrik selama 1 jam dari jam 8.30 malam ke 9.30 malam. Kesemua lampu di bahagian lobi, restoran, bar dan kawasan umum dimatikan selama 1 jam.
Bertemakan “Shape Our Future”, rakan media telah dibawa melihat sendiri bagaimana Hard Rock Hotel Desaru mengaplikasi semangat kitar semula dan selamatkan alam sekitar untuk para tetamu lebih menghargai kepentingan memelihara alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Sepanjang tempoh tersebut, para tetamu yang menginap di Hard Rock Hotel Desaru berpeluang melihat sendiri bagaimana baja organik atau semulajadi dihasilkan dengan menggunakan sisa makanan yang dibuang. Sekaligus, baju organik ini digunakan sebagai baja untuk tanaman herba-herba yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh pihak hotel.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah bagaimana Hard Rock Hotel Desaru membuat proses kitar semula cadar serta sarung bantal terpakai dan sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan bag tote dengan gabungan psychedelic art dari plant dyes. Para tetamu berpeluang membuat sendiri beg tote mereka mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing!
Tidak cukup dengan itu, Hard Rock Hotel Desaru turut melancarkan “Hornbill Villas”, sebuah projek untuk menggalakkan burung enggang datang ke persekitaran Hard Rock Hotel yang merimbun dengan pelbagai pepohon menghijau sekaligus menjadi sarang untuk burung istimewa tersebut bertelur dan seterusnya menambahkan lagi populasi burung istimewa tersebut. Projek istimewa tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru, Murray Aitken.
“Hard Rock Hotel Desaru Coast sentiasa menitikberatkan soal penjagaan alam sekitar dan projek ini adalah antara usaha kecil Hard Rock Hotel Desaru untuk memastikan kesinambungan hidupan semulajadi di kawasan Desaru ini sentiasa terpelihara sekaligus menjadi daya penarik untuk para tetamu berkunjung ke Hard Rock Hotel Desaru,” ujar Murray yang mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai pengusaha hotel dan restoran yang profesional.