YATIE KAMARZAMAN

Memang terinspirasi setiap kali tengok perkongsian Yatie Kamarzaman. Selain kejayaannya sebagai usahawan, gaya hidup dan kediaman mewah Yatie sentiasa menjadi perhatian.

IKLAN

Apa tidaknya, mahligai indah Noor Hayati Kamarzaman ini tersusun kemas dan menjadi idaman setiap keluarga! Tak ubah seperti hotel bertaraf lima bintang.

Aktif berkongsi aktiviti harian dan produk niaga di media sosial, Yatie tidak hanya dikagumi kerana keupayaannya mengurus empayar niaga tetapi juga kerana cita rasa wanita ini dalam menghias kediaman.

Daripada perkongsian Yatie di Instagram, rata-rata followers rasa teruja setiap kali anak kepada usahawan ternama Bonda Rozita ini memuat naik foto mahupun video kediaman miliknya.

Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn

Daripada rekaan ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik wardrobe sehinggalah bilik air, semuanya cukup mengagumkan. Malah, Yatie juga menata hias kediaman dengan rona putih bersih yang berkonsepkan klasik kontemporari.

Paling mencuri tumpuan ialah ruang dapur kediaman Yatie yang tidak hanya luas dan mewah tetapi juga bersih serta praktikal. Lebih menarik, ia juga terbuka dan menghadap terus ke halaman rumah nan menghijau.

Sejuk dan tenang dapat memasak untuk keluarga di ruang dapur serba eksklusif macam dapur Yatie.

IKLAN

Biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai Pengasas The Hijab Co, The Skin Co dan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi tapi Yatie tidak pernah letih menyediakan masakan seisi keluarga. Sebelum memulakan hari di pejabat, dia akan masuk ke dapur untuk memasak dan membawa bekal untuk juadah makan tengah hari.

Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn
Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn
Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn
Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn

Kagum bila ibu bekerjaya rajin masak! Kalau tengok media sosial Yatie, memang banyak video masakannya dan pelbagai resipi masakan dikongsikan.

IKLAN

Selain dapur, rekaan bilik tidur Yatie yang kemas dan minimalis juga menarik tumpuan. Begitu juga bilik air yang cukup mewah dan eksklusif. Keindahan corak marmar, perabot dan hiasan di bilik air Yatie berada dalam kelas tersendiri.

Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn
Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn
Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn
Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn
Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn
Rajin Masuk Dapur & Masak, Ramai Idam Rumah Mewah Bak Hotel YATIE KAMARZAMAN!
Credit Instagram @yatie_kmrzmn

Bagi yang sering mengikuti perkembangan Yatie pasti sedar usahawan berusia 38 tahun ini seorang pencinta kucing. Memelihara lebih daripada seekor, Yatie turut menyediakan satu ruang khas buat kucing peliharaannya di luar rumah yang dinamakan sebagai playhouse.

Yatie merupakan isteri kepada Mohamad Zaidi Aziz dan ibu kepada dua cahaya mata perempuan iaitu Noor Uzma Raisah dan Noor Aleya Baheerah.

Urus kerja-kerja rumah jadi lebih mudah bila ada Karcher K2 Winner High Pressure Cleaner. Guna kod NONGSP5 untuk harga diskaun dan klik di sini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI