Ramalan Penata Gaya FARAH DINANA, Polka Dot & Retro Flower Akan Jadi Trend Fesyen 2019!

16

Memulakan karier sebagai pembantu penata gaya selepas menamatkan pengajian membawa satu lembaran baharu dalam kerjaya Nor Farah Dinana Abdul Fattah. Pengalaman yang diperoleh wanita yang berasal dari Ipoh, Perak selama ini membuatkannya cuba untuk mengorak langkah untuk bergerak secara solo dalam bidang yang diceburinya. Farah Dinana, 24 atau lebih mesra disapa Nana juga telah menata gaya beberapa selebriti terkenal termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ella, Lisa Surihani, Zahirah Mc Wilson dan ramai lagi. Di samping kerjaya sebagai penata gaya atau stylist, nana juag mempunyai perniagaan tudung jenamanya sendiri yang diberi nama Bimsquare.

MAKNA FESYEN

Fesyen adalah sesuatu yang bergerak pantas mengikut peredaran zaman. Fesyen juga menggambarkan personaliti seseorang individu. Fesyen bukan sahaja pada pakaian semata-mata malah ia juga dinilai dari pemakaian aksesori seperti kasut , beg dan lain lain lagi .Selain itu , fesyen juga dinilai dari segi hairstyle dan mekap. Its all about from your head to toe!

TREND FESYEN HANGAT MASA KINI

Trend fesyen hangat tahun ini ialah warna terang seperti merah, fuchsia pink, coral, lemon yellow dan electric blue. Dari segi corak pulak, tahun ini masih mengekalkan konsep corak stripe, gingham dan minimalis. Selain itu, trend fringe is definitely back this year dan oversized fit seperti oversized jacket dan bootcut pants menjadi pilihan. Tahun ini juga menyaksikan ramai wanita memakai suit yang berwarna terang dan neon untuk menampakkan lebih classy. Manakala untuk 2019, mainan warna earth colour dan corak yang akan menjadi trend pada tahun hadapan ialah polkadot dan retro flower.

FESYEN DAN HIJAB

Walaupun memakai hijab, anda juga boleh berfesyen tetapi imej anda haruslah sopan dan tidak keterlaluan.Selain itu, walaupun berhijab, penampilan harus dijaga agar kelihatan lebih berkeyakinan dan memberi contoh positif kepada hijabis yang lain di luar sana.

 

FESYEN TEPAT DAN SEMPURNA

Cara menentukan fesyen yang sesuai dan tepat buat seseorang individu ialah dengan meniliti bentuk badan dan tona warna kulit seseorang terlebih dahulu. Dari situ, kita boleh tahu cara menyuai padan pakaian  serta corak yang bersesuaian untuk seseorang individu.

 

BINA GAYA

Harus banyak mencari rujukan-rujukan yang fresh dan terkini serta membuat banyak research untuk trend yang akan datang.Selain itu, pastikan anda sentiasa yakin dalam apa jua yang anda lakukan. Ia memainkan peranan yang amat penting kerana setiap pakaian yang anda pakai akan dinilai oleh orang ramai.Anda haruslah berani mencuba sesuatu yang baru untuk menjadi lain dari yang lain.

IKON PILIHAN

I super fans and love Gigi hadid. Dia sangat berani dalam mengayakan stail dengan memakai warna-warna neon and everything looks fine on her even she only wear white t shirt and ripped jeans.I love her style. Sangat cool and trendy.Superb!

 

5 TIP TAMPIL TRENDY

  1. Must wear high heels or boots heels.Beauty is pain ! ketinggian penting untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang.
  2. Memakai warna yang cerah untuk mendapatkan perhatian. Dress to impress!
  3. Membuat research jenama baru dan trend terkini
  4. Sentiasa memakai aksesori even its only a simple belt.
  5. Cuba gayakan stail yang berbeza setiap hari

Jangan Lupa Komen