Tahukah anda, gandingan teh dengan pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia mampu melahirkan citarasa antarabangsa yang eksotik dan rasa penuh kemewahan?
Dilmah Tea, jenama teh dipelopori oleh keluarga pengeluar teh terkemuka dunia telah memberi penghormatan terhadap hasil bumi ini dengan menganjurkan Hari Penghargaan Teh di samping turut memperkenalkan konsep serba baharu bagi minuman teh Dilmah kepada para profesional daripada industri hospitaliti serta pengguna dan penggemar teh di Malaysia.
Bertemakan “Crafting a 21st Century Luxury Tea Experience”, Dilmah yang telah pun mempelopori ciptaan teh Ceylon yang asal terus didorong untuk menjaga asal-usul dan kesegaran teh serta memperkukuhkan dengan inovasi teh yang baharu. Sememangnya teh Dilmah sudah tidak asing di kalangan masyarakat Malaysia. Dilmah membawa revolusi baharu dalam secawan teh dengan memperkenalkan pelbagai kegunaan rangkaian teh premium yang enak jika digandingkan dengan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia termasuklah nasi lemak dan sate ayam.
“Dalam bentuk bumi, tanah sehinggalah ke daun teh, kami mempercayai tenaga alam semula jadi dapat mempengaruhi setiap rasa dalam teh yang dihasilkan di Dilmah,” ujar Dilhan C. Fernando, penanam teh serta Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea.
Ads
Antara pilihan rangkaian teh premium ini termasuk:
Tea Makers Private Reserve: Koleksi eklektik teh yang jarang dijumpai, dipilih sendiri oleh Pengasas Dilmah, Merril J. Fernando, menjadikannya antara pilihan teh terbaik dan paling eksklusif di dunia. Tea Makers Private Reserve boleh didapati dalam daun teh longgar atau pek makanan secara pukal.
Silver Jubilee Gourmet Tea: Pilihan campuran daun teh Gourmet Black, Green, White dan Infusions ini disediakan untuk meraikan warisan jenama Dilmah; semangat dengan tujuan penubuhannya. Herba teh ini telah menerima sentuhan abad ke-21, membentuk pilihan cita rasa teh gourmet seperti infusi elderflower bersama epal, ros Ceylon dan pudina dan banyak lagi. Rangkaian teh ini boleh didapati dalam pek makanan secara pukal, uncang, atau daun teh longgar.
Ads
t-series Designer Gourmet Tea: Rangkaian teh ini merupakan gandingan sempurna untuk setiap emosi, sesuai untuk dinikmati pada waktu berbeza dalam sehari. Ia merupakan koleksi eksklusif dan sangat jarang ditemui kerana ia merupakan hasil daripada fenomena bermusim yang hanya berlaku dua kali setahun.
Ads
Dilmah Exceptional: Ia merupakan campuran infusi herba yang elegan, penuh dengan rasa dengan sentuhan lembut dan wangian yang halus dan menyenangkan.
Yum Teas & Infusions: Merupakan gabungan sempurna keenakan teh dan herba, penuh dengan antioksidan. Setiap teh dibungkus secara individu dalam uncang teh terbiodegradasi 100%.
Seorang pakar pembancuh turut hadir untuk menampilkan beberapa resipi koktel dan mocktail baharu, masing-masing dengan rasa unik tersendiri.
Dilmah turut berinovasi dengan meneroka pelbagai cara teh boleh dinikmati sebagai pencuci mulut! Teh boleh dicampur dengan coklat dan pencuci mulut biasa, atau ia juga lazat sebagai pencuci mulut yang berasaskan teh. Di acara itu juga, sesi gandingan makanan ini turut menggandingkan teh t-series Dilmah dengan pencuci mulut yang lazat seperti fudge coklat, biskut dan aiskrim krim, serta pai epal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pencuci mulut dalam bentuk crepe semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana ia mudah untuk dinikmati di samping filling yang telah dipelbagaikan. Bagi penggemar hidangan seperti lempeng nipis ini, ia bertambah menyelerakan apabila ramuan tambahan disertakan di dalamnya seperti hirisan strawberi, taburan cip coklat, hirisan pisang, krim dan sebagainya.
Terkini, penggemar hidangan pencuci mulut ini usah ketinggalan mengunjungi Marion Crepe, salah sebuah jenama yang begitu popular di Harajuku, Jepun. Membuka ruang perniagaannya di Plaza Mont Kiara, lebih 60 variasi filling boleh dipilih mengikut citarasa anda, sama ada manisan mahupun savory.
Umum sedia maklum akan ketelitian masyarakat Jepun dalam menghasilkan hidangan, Marion Crepes juga tidak terkecuali dari memberikan persembahan hidangan yang bukan sahaja menarik, tetapi memastikan kualiti bahan yang digunakan adalah pada tahap terbaik.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Marion Crepes, Tsutomu Yumoto, Marion Crepes amat mementingkan kualiti bahan utama dalam penyediaan crepe yang enak. Dengan pilihan sebanyak 60 perasa asli dan unik yang ditawarkan, sudah pasti penggemar hidangan ini wajib berkunjung ke Marion Crepes untuk menikmati sendiri keenakan hidangan yang jenamanya telah 40 tahun berada di pasaran Jepun.
Pelanggan boleh memilih crepe berasaskan variasi buah-buahan seperti strawberi, pisang, aprikot, mangga, blueberi dan sebagainya. Di samping itu, lengkapkan crepe dengan topping yang terdiri daripada krim, sos karamel dan banyak lagi.
Jadi, usah berlengah lagi. Jika teringin hidangan yang menghilangkan stres, crepe boleh dijadikan pilihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nasi dan lauk-pauk sememangnya menjadi juadah utama untuk berbuka puasa. Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam nasi dan pelbagai nutrisi lain yang terangkum dalam hidangan lauk-pauk, sudah cukup memadai untuk membekalkan semula tenaga yang hilang sepanjang hari. Namun, jika makan sajian sama setiap hari pun jemu, kan?
Apa kata anda ubah sikit menu hidangan berbuka dengan memasak sajian pasta pula hari ini. Bukan saja mudah disediakan, malah mengandungi nutrisi yang sama seperti nasi. Selamat mencuba!
SEAFOOD AGLIO OLIO PASTA
Bahan-bahan:
200 gram spageti (siap direbus)
1 peket campuran makanan laut
5 sudu besar minyak zaitun
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 sudu teh serbuk cili
2 tangkai daun parsli segar (dihiris halus)
4 biji tomato (dibelah dua)
1 sudu teh cuka sayur
1 sudu teh lada hitam kasar
3 sudu besar keju parmesan
Cara membuat:
Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Tumis bawang putih hingga naik bau. Seterusnya, masukkan cuka sayuran dan kacau diikuti campuran makanan laut. Kacau hingga separuh masak. Kemudian, masukkan serbuk cili, daun parsli, tomato ceri dan spageti yang telah siap direbus. Akhir sekali, masukkan keju parmesan dan kacau hingga sebati. Sedia untuk dihidang.
CAJUN SHRIMP PASTA
Bahan-bahan:
200 gram spageti (siap direbus)
5 ekor udang
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
½ ulas bawang putih (dicencang halus)
4 sudu besar rempah Cajun
1 sudu teh lada hitam kasar
200 ml krim masakan
4 sudu besar keju parmesan
1 peket salad roket
3 biji lada benggala (pelbagai warna dipotong dadu)
4 biji tomato ceri (dibelah dua)
Cara membuat:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih bersama bawang besar hingga layu dan naik bau. Masukkan rempah cajun, lada hitam dan udang. Kacau sebati dan masukkan pula krim masakan serta keju parmesan. Biarkan hingga mendidih. Seterusnya, masukkan spageti dan digaul sebati. Sesudah itu, masukkan lada benggala, tomato ceri dan buah zaitun. Gaul sebati dan hidangkan bersama salad.
Resipi: Terima kasih Kamilah’s Lifestyle Cafe
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis merupakan sebuah negara yang terletak di Eropah Barat. Di sepanjang ibu kota metropolitan ini terdapat deretan kafe menyediakan pelbagai pencuci mulut istimewa Perancis yang dinikmati bersama secawan espresso mahupun latte. Manisan popular dan sering menjadi sebutan dan turut digemari di seluruh dunia! NONA berkongsi resipi Creme Brulee yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan putar sehingga timbul buih.Tuangkan campuran adunan ke dalam mangkuk kecil. Letakkan mangkuk dalam dalam dulang berisi air sehingga separuh mangkuk casserole.Bakar lebih kurang 40 minit, kemudian keluarkan dari dulang. Masukkan pula dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam. Sebelum dihidangkan taburkan gula di atasnya kemudian panaskan gula menggunakan torch sehingga gula menjadi keperangan atau menjadi seperti karamel.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik, anak kesayangan Datuk Remy Ishak dan Datin Ezza Yusof genap melangkah umur dua tahun baru-baru ini. Makin menginjak usia, makin ...