Memilih hidangan enak dan menyelerakan untuk berbuka puasa sememangnya menjadi kemestian untuk setiap individu. Lari dari citarasa kampung untuk sajian berbuka, hidangan dari Nusantara menjadi pilihan. Sajian unik dari Kepulauan Bali dan kawasan sekitarnya menjentik rasa dan selera di bulan yang mulia ini. Yang penting, ia tidak sukar disediakan dan enak dinikmati bersama tersayang! Cef Amar Abd Rahim dari Hotel One World Petaling Jaya berkongsi resipi Kambing Semur khusus untuk pembaca NONA.
KAMBING SEMUR
BAHAN-BAHAN A:
Ads
100gm bawang merah
20gm bawang putih
10gm halia
50 gm cili padi hijau
10gm serai
BAHAN-BAHAN B:
10gm kulit kayu manis
10gm buah pelaga
10gm bunga lawang
10gm bunga cengkih
10gm minyak
BAHAN-BAHAN C:
Ads
1kg daging kambing|dihiris
100gm ubi kentang
200gm kicap manis
10gm kicap pekat
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Ads
Kisar bahan-bahan A dan tumis bersama bahan B sehingga pecah minyak. Tambahkan bahan C dan kecilkan api. Masak sehingga daging kambing menjadi empuk. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga pekat dan kering secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Hidup tanpa warna umpama sebuah kanvas putih. Ia perlu diwarnai agar hidup ini ada serinya. Tahukah anda, setiap warna mempunyai kesan dari sudut psikologi? Contohnya kombinasi dekorasi ruang makan dan pilihan warna sedikit sebanyak memberi kesan terhadap selera makan.
Mungkin ini boleh menjadi alternatif buat mereka yang mempunyai masalah kurang selera makan. Berikut 3 warna yang boleh anda cuba terapkan di ruang makan bertujuan agar nafsu makan meningkat.
Warna ini dianggap baik serta membawa pengaruh positif untuk meningkatkan nafsu makan sekiranya berada dalam ruang makan. Sememangnya warna kuning mempunyai pesonanya yang tersendiri di samping memberikan kesan ceria dan semangat.
Warna kuning juga mampu memberikan impak positif untuk meningkatkan nafsu makan. Selain itu, warna ini juga menjadikan suasana di ruang makan menjadi lebih hangat sehingga ketika makanan dihidangkan anda akan terus berselera untuk menikmatinya.
Warna berikutnya ialah jingga. Ronanya yang terang sememangnya membuka selera. Ia mengingatkan kita buah oren/limau yang rasanya sangat sedap terutama jika dibuat jus. Biasanya warna jingga dipadankan dengan warna coklat untuk mencetuskan ambient yang hangat dan intim di ruang makan.
Namun jika anda mahu nuansa makan yang santai dan ringkas maka kombinasi warna jingga dan putih atau kelabu boleh jadi pilihan. Anda boleh mendekor ruang makan dengan hiasan buah oren agar nuansa warna jingganya kian terasa. Selain cerah dan berwarna, jingga juga memberi kesan positif untuk meningkatkan nafsu makan.
Warna merah menjadi identiti kepada definisi semangat. Warna merah punya pesonanya yang tersendiri. Selain mempunyai aura berani serta elegan, warna merah juga sesuai untuk diaplikasikan di ruang makan.
Ia biasanya akan mencetuskan impak elegan dan mewah. Secara psikologinya warna merah juga mampu meningkatkan nafsu makan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang penyelidik kardiovaskular yang berasal dari Malaysia, Syabira Yusoff telah memenangi musim ke-13 program popular, The Great British Bake Off. Wanita berusia 32 tahun itu, yang berpindah ke Britain pada 2013 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD diumumkan sebagai pemenang pada episod akhir pada malam Selasa, menewaskan Abdul Rehman Sharif, 29, dan Sandro Farmhouse, 30.
Syabira berkata, kemenangan itu adalah pencapaian terbesar dalam hidupnya, sambil memaklumkan dia mencipta resipi pada pukul 5 pagi dan merujuk Instagram dan Pinterest bagi mendapatkan inspirasi.
“Semua kerja keras, percubaan dan kesilapan, semuanya berbaloi. Saya sangat berbangga,” kata penyelidik di King’s College London, yang mula membuat kek pada 2017 bagi melepaskan rasa rindu pada kampung halaman.
Merupakan peserta kegemaran peminat sejak awal, Syabira digambarkan sebagai seorang pembuat kek yang unik dengan memberi rasa Malaysia kepada masakan klasik British, seperti menggunakan rendang ayam dalam Cornish pasties.
“Ada beberapa rasa yang kami tidak pernah temui sebelum ini dan tidak mungkin akan temui lagi. Dia seorang pembuat kek yang luar biasa,” kata salah seorang juri rancangan itu, chef selebriti Paul Hollywood.
Untuk cabaran penutup, Syabira mereka ‘arca’ orang utan besar yang memegang hutan hujan, sesuai dengan tema Our Beautiful Planet.
Ia diperbuat daripada lapisan shortbread tarragon dan Genoese sponge berperisa lada hitam dengan sandwich jem beri hitam. “(Arca) Orang utan itu bijak. Ia bukan hasil paling kemas yang pernah saya lihat, tetapi rasanya sangat hebat,” tambah Hollywood lagi.
Sumber: ASTRO Awani | Kredit foto: Instagram @syabirabakes
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi tradrisi dari bonda tercinta, Tengku Faizah telah turun kepada anakanda tercinta YM Tengku Datin Sri Zawyah. Dan ternyata bagi mereka yang dekat dengan keluarga ini, pasti pernah merasa air tangan Tengku Zawyah membuat Roti Kerca yang sangat enak dan sedap. Kalau menu lain, sudah semuanya diperturunkan buat menantu kesayangan Alisa, Izara dan Tya. Mungkin selepas ini, anak menantu perempuan pula bakal mewarisi resipi ini untuk hidangan suami tercinta!
RESIPI ROTI KECA
Bahan-bahan untuk roti:
1 kg tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar air kapur
Bahan-bahan untuk kuah:
½ kg daging kisar
1 biji buah pala (ditumbuk)
2 inci halia (dikisar)
3 sudu besar bawang merah
1 sudu besar bawang putih
1 peket rempah kari daging Adabi
1 tin Heinz tomato
1 biji kelapa – Santan
Cara membuat:
Untuk membuat roti, bancuh tepung gandum dengan air secukupnya. Masukkan sebiji telur dan air kapur untuk bancuhan seterusnya bersama garam secukup rasa. Tepung yang sudah dibancuh tadi kemudian dilenggang dan digulung panjang. Sebelum disajikan, roti tersebut perlu dipotong nipis secara menyerong. Untuk membuat kuah pula, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, sedikit bunga lawang, bawang merah, bawang putih, rempah kari dan daging kisar. Apabila sudah naik minyak, masukkan santan dan Heinz tomato. Akhir sekali, masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Apakah hidangan kegemaran Tengku dan keluarga?
Saya cukup gemar dengan hidangan kari. Apa sahaja juadah berkaitan kari seperti ikan atau daging memang saya suka. Begitu juga suami yang menggemari sajian kari ikan sardin. Berbeza pula dengan anak-anak kerana mereka lebih sukakan masakan lemak cili padi seperti ketam atau lala.
Berapa kerap Tengku memasak untuk suami dan anak-anak? Apa pentingnya memasak untuk keluarga?
Setiap hari saya akan memasak untuk suami sebab dia suka makan di rumah. Kalau tidak hidangan lauk-pauk, saya akan memasak spagetti atau makanan bergoreng seperti bihun. Anak-anak saya akan datang setiap minggu jadi saya hanya dapat memasak untuk mereka sekali seminggu sahaja. Pada saya, apabila anak-anak dan menantu dapat merasai air tangan ibu mereka serta duduk makan semeja, ikatan kekeluargaan akan menjadi lebih erat.
Petua memasak yang diamalkan Tengku?
Apabila hendak memasak daging, saya akan pastikan bau daging tersebut dihilangkan terlebih dahulu. Caranya, saya akan gunakan tepung gandum untuk mencuci daging sehingga bersih dan hilang bau. Inshaallah, bau kurang enak pada daging akan hilang.
Apakah yang Tengku perolehi daripada masakan?
Memasak memberi saya kepuasan. Lebih-lebih lagi apabila makanan yang saya sediakan habis dimakan. Saya memang suka menjamu keluarga dan rakan-rakan dengan aneka jenis hidangan. Melihat mereka berselera dengan air tangan saya sudah cukup menggembirakan. Memasak sendiri bagi saya lebih terjamin dari segi kualiti dan rasa. Kita boleh letak sebanyak mana bahan-bahan yang kita mahu mengikut citarasa yang diinginkan.
Masakan ibu yang masih ingat sehingga ke hari ini?
Apa jua masakan ibu sejak dulu masih saya ingat sampai ke hari ini. Kebanyakan menu masakan yang saya masak untuk keluarga, saya ambil resipinya daripada ibu agar anak-anak dan suami dapat merasai sajian tradisi ini. Misalnya, roti keca, ayam masak percik dan otak-otak ikan. Ada ketika, ibu pula yang meminta resipi daripada saya seperti begedil daging dan rendang ayam kerana kata ibu masakan saya lebih sedap berbanding air tangannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tumpang gembira melihat kehidupan Dr Fie Tawfek sekarang. Ternyata dia seorang wanita cekal dan berfikiran optimis terhadap hikmah di sebalik ujian yang dilaluinya selama ini. Enggan lagi menoleh ke belakang, Dr Fie kian berani melangkah ke hadapan dan semakin rancak merencana masa depan.