Kafe Eatropica adalah dari singkatan dua ayat EATat TROPICA mengetengahkan konsep tropikal. Memulakan operasi sekitar Mac lalu, kafe yang membuka pintu di Menara 1 Sentrum, bersebelahan KL Sentral (rooftop NU Sentral Mall) ini cukup sesuai untuk anda yang mahukan kedamaian tatkala menjamu selera tanpa sebarang gangguan.
Ads
Pemiliknya, Azlin Zulkarnian, berkata pilihan konsep sedemikian mampu memberikan ketenangan dan kedamaian kepada penghuninya sebaik melangkah masuk. Terutamanya apabila ingin “melarikan diri” daripada kesibukan suasana ofis hutan konkrit Kuala Lumpur.
Memahami bagaimana tekanan di tempat kerja mampu mempengaruhi kehidupan dan emosi seseorang, Azlin mengilhamkan dekorasi kafe yang mendamaikan dan dipenuhi kehijauan bagi memberikan elemen ketenangan sambil para pelanggan menjamu selera dengan hidangan yang enak dalam suasama yang santai dan harmoni.
“Eatropica merupakan outlet pertama dan tidak terdapat di mana- mana lokasi sebelum ini. Terdapat banyak hidangan istimewa di Eatropica di antaranya adalah Pulled Lamb Burger. Ia merupakan daging kambing dicarik halus, menjadi patty burger (bukan daging kisar), digandingkan dengan keju feta dan sos tzatziki ala greek.
Hidangan ini sering menjadi pilihan untuk dinikamti oleh golongan korporat untuk hidangan makan tengahari kerana ianya mudah dan mengenyangkan terutamanya di kala sibuk dengan mesyuarat dan tugasan lain di pejabat. Selain itu, kami juga ada Melting Moroccan Lamb Shank, kambing yang dimasak hingga empuk, dinikmati dengan kemanisan apricot chutney dan kentang putar.
Ads
Hidangan lain yang turut mendapat sambutan termasuk Crispy Chicken Tenders, Melted Leek Risotto dan Crispy Skin Salmon Fillet dan Naked Burger (burger tanpa roti untuk pengamal sihat Keto diet). Manakala untuk pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai pengunjung adalah Sticky Date Pudding, iaitu puding kurma borsama sos butterscotch dan aiskrim vanila”, jelasnya.
Kafe yang memulakan operasi dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari isnin sehingga Jumaat ini turut beroperasi pada hari sabtu pula pada jam 8.00 pagi hingga 6 petang dan turut menerima tempahan untuk sebarang majlis yang hanya dibuat pada hari Ahad sahaja.
Ads
Selain hidangan yang menarik, lokasi yang strategik dan hiasan dalaman Eatropica ini amat sesuai sebagai lokasi alternatif bagi business meetings, workshop, majlis pelancaran produk, family gathering dan lain-lain lagi kerana mempunyai keluasan kapasiti 160 tempat duduk dan 300 tetamu untuk jamuan secara berdiri atau koktel.
Impian Eatropica di masa akan datang adalah untuk mempunyai rantaian cawangan restoran pelbagai konsep unik. Keunikan rasa setiap hidangan dengan konsep dekorasi yang menawan pastinya menjadikan Eatropica sebagai salah sebuah kafe pilihan masyarakat kini yang mementingkan kualiti makanan setanding dengan konsep dekorasi yang diterapkan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam situasi berada di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan, sudah pasti kaum hawa mempunyai banyak masa menyediakan hidangan istimewa untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Kemahiran memasak di dapur di asah hari demi hari bagi memastikan juadah tersedia di meja makan.
Dalam suasana menyambut kedatangan Ramadan yang berbeza dari norma biasa, apa kata anda mencuba dessert yang tidak kurang hebatnya ini. Selamat mencuba!
BERRY TART
BAHAN SHELL TART
250 gram mentega
120 gram gula aising
2 biji telur
480 gram tepung gandum
BAHAN KRIM PASTRI:
4 biji kuning telur
¼ tepung jagung
½ cawan gula kastor
2 cawan susu
Ekstrak vanilla
1 cawan krim putar
CARA MEMBUAT:
Untuk menyediakan tart shell, ayak gula aising terlebih dahulu. Pukul gula aising dan mentega. Jangan pukul terlalu lama.
Masukkan telur dan adun sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati. Jika masih lembik, tambah tepung.
Bakar selama 17 minit pada suhu 170 darjah Celsius atau sehingga masak.
Sementara itu, panaskan susu di dalam periuk dengan api kecil. Masukkan tepung jagung, gula dan kuning telur dalam satu mangkuk. Kacau sebati.
Setelah susu berbuih, masukkan separuh susu ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau sebentar untuk melarutkan gula, kemudian tuang semula ke dalam periuk susu tadi.
Gaul menggunakan whisker atau senduk kayu sehingga adunan likat. Adunan sudah masak jika ia mengeluarkan letupan angin.
Tutup api dan masukkan ekstrak vanila. Biarkan sejuk. Akhir sekali, pukul krim putar dan gaulkan ke dalam adunan kastard yang sudah sejuk.
Paipkan ke dalam tart shell dan hias bersama pilihan buah beri anda.
CHOCOLATE PANNA COTTA
BAHAN-BAHAN:
220 gram krim
65 gram gula
300 gram susu
14 gram gelatin
70 gram coklat gelap
CARA MEMBUAT:
Mula-mula cairkan coklat gelap dan larutkan gelatin di dalam air. Biarkan seketika dan didih krim bersama gula, susu dan gelatin tadi.
Angkat dan ketepikan supaya campuran berkenaan sejuk seketika. Seterusnya, tuang coklat yang telah cair ke dalam bekas.
Lapisi permukaan atasnya dengan sos buah beri. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam atau semalaman.
Akhir sekali, hidangkan bersama buah beri dan mousse untuk rasa yang lebih memikat.
TAT KELAPA LEMON
BAHAN LEMON MOUSSE:
300 gram krim putar
60 gram gula
30 gram jus lemon
10 gram serbuk gelatin
25 gram air
200 gram susu
BAHAN KRIM KELAPA:
200 gram santan
80 gram krim putar
40 gram gula
6 gram serbuk gelatin
20 gram air
BAHAN CRUST TART:
190 gram gula
370 gram mentega
200 gram tepung
220 gram serbuk kacang badam
65 gram kuning telur
CARA MEMBUAT:
Sediakan crust atau lapisan bawah tart dengan mencampurkan krim mentega bersama gula.
Pukul sekata dan masukkan pula tepung serta serbuk kacang badam. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan kacau sekali lagi.
Balut doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Sesudah itu, keluarkan doh dan bentukkan secara segi empat memanjang. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius hingga masak. Ketepikan.
Semenatara itu, larutkan gelatin di dalam air. Tuang susu, gula dan panaskan kedua-duanya hingga cair sebelum dicampurkan bersama gelatin tadi dan jus lemon.
Akhir sekali, masukkan krim putar.
Untuk menyediakan krim kelapa, didih santan dan gula. Biarkan ia sejuk seketika dan masukkan gelatin hingga cair bersama krim putar.Ambil crust yang telah siap dan hiaskan krim kelapa serta lemon mousse. Jika mahu boleh tambahkan hiasan buah-buahan seperti buah beri dan sebagainya.
KEK KEJU CITRUS
BAHAN INTI
400 gram krim keju
50 gram gula aising
250 gram krim putar
30 gram jus lemon
10 gram serbuk gelatin
30 gram air
BAHAN KEK:
8 biji telur
300 gram gula
60 gram susu
60 gram minyak jagung
280 gram tepung naik sendiri
50 gram parutan kulit lemon
50 gram parutan kulit limau
BAHAN LAPISAN BAWAH KEK:
190 gram gula
370 gram mentega
200 gram tepung
220 gram serbuk kacang badam
65 gram kuning telur
CARA MEMASAK LAPISAN BAWAH KEK
Campurkan krim mentega bersama gula. Kacau hingga sekata
Kemudian masukkan tepung dan serbuk kacang badam. Apabila sudah sebati, masukkan kuning telur dan gaul sebati.
Balut doh dan letakkan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, keluarkan doh tadi daripada peti sejuk dan bentukkan di atas getah ‘silpat’.
Angkat acuan yang dibuat dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius atau hingga berwarna kuning keemasan.
UNTUK KEK SPAN:
Pukul telur dan gula hingga berbuih menggunakan mesin pengadun, masukkan tepung ke dalam adunan telur tadi dengan kelajuan perlahan.
Tuangkan susu, parutan oren dan lemon serta minyak jagung. Pastikan sebati sebelum dibakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15 minit.
Akhir sekali, sediakan isi kek dengan melarutkan gelatin di dalam mangkuk berisi air.
Pukul krim keju bersama gula aising hingga berbuih dan kembang kemudian masukkan jus lemon serta krim putar. Ambil lapisan bawah kek dan bubuh isi krim yang telah siap.
Hiaskan dengan kek span untuk menutupinya. Siap dinikmati.
Resipi:Majalah RASA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nabila Razali, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Si pelantun lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua kini kian ligat dengan karier seninya. Namun begitu, sesibuk mana pun dirinya sepanjang bulan Ramadan ini, Nabila tetap memilih untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
Nabila Razali yang popular dengan lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua.
“Detik ini bukan selalu ada memandangkan saya sentiasa sibuk dengan karier. Kesempatan itu saya manfaatkan pada bulan Ramadan. Semoga tahun ini kami sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa bersama. Antara juadah berbuka yang sentiasa saya nanti-nantikan setiap kali Ramadan ialah Murtabak Daging, Puding Karamel, Nasi Beriani Daging dan Kuih Lompang.
Kecur tengok Murtabak Daging ni!Kuih Lompang makanan tradisi Melayu yang tak ditelan zaman.
Selain Datuk Chef Wan saya juga menjadikan ibu sebagai idola. Ibu bukan saja pandai memasak malah kreatif dalam mencipta menu-menu baru tanpa perlu merujuk buku dan sebagainya. Salah satu menu kreatif ibu ialah Ikan Bilis Goreng Cili yang dicampur dengan anggur. Rasanya sangat sedap!
Menu air tangan ibu yang lain yang turut menjadi kegemaran saya ialah Kari Baba Nyonya, Rendang Ayam dan Ayam Goreng Cili. Bagi saya keenakan rasanya sangat unik.
Nabila menginspirasikan ibunya serta Datuk Chef Wan sebagai inspirasi dalam masakan.
Nona kongsikan resipi Puding Karamel yang menjadi juadah kegemaran Nabila setiap kali Ramadan.
PUDING KARAMEL
Enaknya Puding Karamel.
Bahan-bahan:
4 biji trelur saiz A
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
170 ml air
Sedikit vanila esen
Cara Membuat:
Untuk karamel masak gula dan air di dalam kuali. Kacau sehingga keperangan lalu segera masukkan ke loyang. Ratakan karamel dan biar sejuk. Untuk puding, pukul telur sehingga rata jangan sampai berbuih. Masukkan susu cair, gula, air dan vanila esen. Kacau sehingga gula larut. Kemudian tapis adunan dan masukkan ke loyang yang telah dituangkan karamel tadi. Bungkus loyang dengan kertas aluminium lalu kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk barulah diterbalikkan loyang. Simpan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap orang mempunyai selera yang berbeza ketika berbuka puasa. Selebrti awet muda, Amy Mastura memilih makanan yang ringkas sebagai hidangan berbuka puasa. Bukan sahaja ringkas, Amy juga gemar makan sesuatu yang masam sebagai pembuka seleranya untuk berbuka puasa.
Foto: Instagram @amymasturalerr
“Tomyam adalah hidangan berkuah yang makin sedap kalau dipanaskan. Jadi sesuailah kalau saya masak banyak sikit ketika berbuka puasa untuk dimakan lagi ketika bersahur. Masam-masam rasa tomyam tu memang menaikkan selera,” ujarnya yang menjadi kebiasaan masak dalam kuantiti lebih sedikit ketika berbuka kerana lauk yang sama akan dipanaskan untuk dimakan ketika bersahur.
Amy mengakui ada tabiat pelik sikit mengenai masakan. Dia selalunya memilih untuk tidak belajar memasak hidangan yang dia suka makan. Katanya, apabila sudah mengetahui cara memasak, dia tidak akan suka lagi menikmati sesuatu makanan itu.
TOMYAM UDANG
(Resipi: Datuk Chef Wan)
BAHAN-BAHAN:
20 ekor udang
2 helai daun limau purut
2 batang serai
1 sudu makan pes cili thai
1 sudu makan sos ikan
1 biji bawang holand
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
2 keping hirisan lengkuas
5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan air hingga menggelegak dan masukkan udang.
3. Masukkan daun limau purut dan serai dan masukkan cili padi yang telah ditumbuk tadi bersama hirisan lengkuas
4. Masukkan pes cili thai dan kacau.
5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Kemudian masukkan sos ikan. Kacau seketika dan masukkan air limau nipis. (Seimbangkan rasanya)
7. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan sesenduk susu cair. Jangan banyak sangat kerana tidak mahu rasa bersantan. Kemudian masukkan daun ketumbar. Biarkan mendidih.
Sumber: Majalah RASA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!