Haruman segar bunga mawar menyelubungi segenap ruang di Nizza Sofitel telah menyuntik perasaan indah yang sukar digambarkan. Setiap sudut telah diserikan dengan kelopak mawar yang mampu memikat hati sesiapa sahaja. Jenama produk penjagaan dan kecantikan kulit telah mengangkat bunga mawar sebagai elemen utama rangkaian produk terbaharunya, The Absolue Rose Drop.
Produk yang terbaharu ini menjanjikan keputusan yang menakjubkan dan pasti menjadi produk penjagaan diri yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Absolue Precious Cells Rose Drop Night Peeling Concentrate adalah kunci kepada kecantikan kulit kerana mampu melakukan proses eksfoliasi kulit dalam tidur anda. Diperkaya dengan konsentrasi minyak yang dirumuskan khas berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati yang tidak diperlukan oleh kulit.
Ads
Ads
Ads
Krim mewah ini akan menghasilkan kulit cerah berseri secara semula jadi dan boleh menerima nutrisi penting yang diperlukan oleh kulit secara maksimum. Kulit juga akan kekal muda kerana kelembapan bawah kulit terpelihara secara semula jadi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jakarta, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 September ini.
Kesempatan tersebut turut digunakan oleh beliau untuk menghadiri sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Program yang diberi nama Temu Anwar merupakan program dialog Perdana Menteri yang julung kalinya diadakan di luar negara.
Program tersebut turut menampilkan beberapa selebriti terkenal Indonesia antaranya termasuklah Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina. Selain itu, turut kelihatan menghadiri program tersebut termasuklah penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani, Nur Fazura dan ratusan anak muda dalam suasana penuh harmoni serta santai.
Momen pertemuan pemimpin nombor satu negara itu dikongsikan oleh beberapa selebriti Indonesia yang nyata teruja menerima kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia. Penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani menganggap perjalanan hidupnya tidak banyak berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyanyi Kumpulan Dewa 19 itu berkongsi kisah pernah dipenjarakan satu ketika dahulu.
Tampil berseloroh ketika menyampaikan ucapan di pentas, Ahmad Dhani berkata, dia dan Anwar Ibrahim pernah dipenjara oleh pihak atasan.
“Anwar sama saya, pernah dipenjara oleh rejim, cuma Pak Anwar sudah menjadi orang nombor satu, saya belum,” ujarnya dalam nada bergurau.
Untuk rekod, vokalis kumpulan Dewa 19 itu pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur, Indonesia atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter pada Januari 2018 sebelum dibebaskan pada Disember 2019.
Sesi tersebut juga merupakan ruang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan secara santai akan hala tuju Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani untuk difahami warga hadirin, termasuk mereka yang menyaksikan secara langsung di alam maya.
Selain selebriti Indonesia, kelibat Nur Fazura turut kelihatan di salah satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah, Faz telah berpeluang menyertai para seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia dalam Program ‘Santai Bersama Anwar’ di Jakarta, Indonesia. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah sudi menyantuni kami semua dengan mesra, serta memberikan pelbagai pandangan berkaitan budaya dan landskap seni kedua-dua negara,’ ujar Fazura melalui Instagram miliknya.
YAB Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Krisis yang menimpa rumah tangga selebriti nasyid, Hafiz Hamidun dan Pengasas Merve Cosmetics, Joy Revfa atau Siti Arifah Amin akhirnya terjawab di Mahkamah hari ini.
Dalam perkembangan terkini yang disampaikan sendiri oleh Joy kepada Nona, dia memanjatkan rasa syukur kerana kes melibatkan perceraiannya dengan bekas suami telah disahkan berlaku dua tahun lalu (2015).
Kenyataan ini sekaligus menjawab teka-teki pernikahan mereka, Joy Revfa dan Hafiz Hamidun adalah sah bergelar suami isteri sejak diijabkabulkan pada 1 Mei 2017 lalu.
Hafiz Hamidun sebelum ini mendakwa perkahwinan mereka tidak sah kerana status Joy sebagai isteri orang ketika mereka berkahwin. Hafiz meninggalkan Joy pada tarikh 23 Mei 2017 kerana tidak lagi menganggapnya sebagai isteri, selain tidak memberikan nafkah yang sepatutnya semenjak tarikh tersebut.
Keberanian Joy Revfa berjuang untuk mempertahankan hak dan maruahnya sebagai wanita pernah ditertawakan. Namun hari ini, segala-galanya sudah terbukti apabila beliau sebenarnya berada di pihak yang benar.
Ini kenyataan Joy Revfa seperti yang dikongsikan sendiri dalam akaun Facebooknya, Siti Arifah Amin.
======================================
Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah SWT benar-benar membantu saya dalam isu pernikahan ini.
Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun lalu, bermakna saya dan bekas suami sudah sah bercerai 2 tahun yg lalu.
Nikah saya dengan ‘suami’ skrg adalah SAH di sisi agama Islam di Malaysia. Tidak seperti apa yg individu bernama ‘suami’ itu memutar cerita dengan fakta yg seolah-olah memusuhi atau menyalahkan saya.
Sedangkan sebelum nikah lagi, individu tersebut tahu yang saya belum mendaftarkan perceraian dengan bekas suami di Malaysia malah dia sendiri ingin mempercepatkan nikah pada 1 Mei yang lalu.
Sebagai seorang suami, sepatutnya kena mempertahankan wanita sebagai seorang isteri setelah tahu nikah/cerai sebelum ini tidak didaftarkan di Malaysia, bawa berbincang dan bukannya menjauhkan diri. Tidak sepatutnya memberitahu isu rahsia ini dan menfitnah isteri pada media namun semuanya telah tersebar melalui blog serta media atas kepentingan diri.
Since dia menceritakan isu dalam kain pada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh/istimta’ bersama saya, dengan nama Allah SWT, saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong dan tidak benar sama sekali, kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yang saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia.
Jika ada yang mengatakan saya yang perbesarkan isu ini, dari awal itu tidak benar dan fitnah. Jika anda di tempat saya, serapat-rapatnya saya ingin simpan rahsia tentang isu ini dan selesaikan diam-diam, namun individu tersebut sengaja cari alasan untuk berpisah dan mengaibkan saya.
Mungkin, ada sebab Allah SWT memilih saya melalui semua ini kerana Allah tahu saya mampu. Lebih tepat seperti Ustazah yang rapat dengan saya katakan, katanya dia bertemu buku dgn ruas.
Namun jauh di sudut hati saya, dugaan ini amat perit dan menghancurkan hati saya namun saya percaya perancangan Allah lebih indah.
Tapi tak mengapalah, saya pun tak mahu menyalahkan sesiapa dan berdendam tetapi saya sebagai public figure/usahawan yang dikenali ramai ingin membersihkan nama yang mana telah mencemarkan nama baik saya sehingga ada yg mengatakan saya penipu, pelacur dan anak saya anak haram kerana menikahi dia dalam tempoh iddah, sedangkan itu TIDAK BENAR.
Namun saya yakin, segala yg berlaku ada hikmah dan ganjaran yang Allah SWT perlihatkan pada saya sedikit demi sedikit, dalam keadaan teraniaya.
Dan jika org tanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH, 1000x saya akan katakan TIDAK kerana bagi saya dia tak layak jadi seorang suami kepada saya dan keturunan/anak-anak saya nanti.
Apa-apa pun saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana isu pernikahan tidak didaftarkan di Malaysia ini membuka ramai mata wanita agar lebih celik ilmu syariah dan tidak patut diabaikan terus tanpa tali.
Kerana di Malaysia kita ada pihak JAIS dan Mahkamah Syariah yang membela nasib kita sebagai seorang wanita. Bersyukur juga kerana isu ini, nikah dan cerai bersama bekas suami yang lalu telah didaftarkan dengan sahnya di Malaysia dan saya akan selesaikan pula dgn individu (suami terkini) secara baik dan tidak bermusuh.
Terima kasih berkat doa ibu saya Safiah Abbas, kakak Dyana Sofia, adik Zharif Sofia serta keluarga besar yang lain, partner Radz Mohd, staf-staf dan seluruh keluarga MERVE, sahabat-sahabat Heliza Helmi, UNIC, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang lain serta kawan-kawan media yang menyokong padu serta memberi sokongan jiwa.
Terima kasih juga kepada team peguam peribadi saya Tuan Mohd Hafiz Roslan (nama Hafiz jugak) dan team kerana jadi perisai saya sepanjang kes daftar nikah dan cerai ini. Tuan Mohd sangat baik hati dan berkomitmen tinggi sepanjang bertugas. Saya bekerja dengan beliau pun tak stres sebab selalu buat lawak. Syukur sangat.
Sebelum ini saya berserah dan pasrah dengan ketentuan Allah, ternyata kebenaran di pihak saya. Terima kasih! Saya doakan anda juga lebih berhati-hati dan pilihlah lelaki yang berani perjuangkan diri kita serta keluarga dan bukannya menjauhi kita dan menunding jari.
Air mata saya selama ini terbayar oleh keputusan Tuan Hakim tadi.. Allahuakbar… Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui niat suci dari awal saya sebelum bernikah pada 1 Mei yg lalu.
Semoga dia ‘suami’ dapat jawab dengan Allah di akhirat kelak apa yg telah diperlakukan pada saya di dunia ini.
Hari ini 10.10.17 sebenarnya tarikh hari meninggalnya arwah ayah saya iaitu arwah Mohd Amin bin Awang pda 10.10.2009 yang lalu. Saya semakin sebak kerana tarikh yang sama saya dapat berita baik ini sama dengan tarikh arwah ayah meninggal dunia. Semoga arwah ayah saya tenang di syurga. Al-Fatihah.
======================================
Sama Tarikh Pemergian Ayah
Seperti yang dikongsikan oleh Joy Revfa, beliau juga sempat berkongsi wajah ayah tersayang, arwah Mohd Amin Bin Awang yang meninggal dunia pada tarikh yang sama, 9 tahun lalu.
Ayah.. hari ni 10.10.2017 cukup 9 tahun ayah telah kembali ke Maha Pencipta. Ayah, hari ini juga lah kakcik menang di mahkamah tadi ayah.. Kalaulah ayah ada di sisi kakcik skrg, mesti skrg ayah guide kakcik utk memilih suami yg benar2 ikhlas, baik beragama & mampu mempertahankan kcik seperti mana ayah mencintai & melindungi ibu Safiah Abbas.. Terima kasih atas doa ayah dari syurga utk kakcik hari ini.. Hari ini genap 9 tahun ayah “pergi” dahulu sebelum kami.. Semoga ayah bahagia di syurga tertinggi Allah swt disana. Mohon sedekahkan Al Fatihah utk arwah ayah saya Mohd Amin bin Awang yg telah dikebumikan di pusat perkuburan Bachok, Kelantan.
Sebaknya baca luahan di atas! Semoga Joy Revfa menemui kebahagiaan yang dicari dan bertemu penyelesaian yang baik untuk masalahnya. Ketahui lebih banyak kisah eksklusif tentang wanita cekal ini dalam Nona Oktober 2017. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak puas hati! Itu luahan peminat bola sepak Malaysia yang kecewa dengan mutu pengadilan Ryuji Sato selaku pengadil dalam pelawanan Malaysia menentang Vietnam, malam tadi.
Seperti berdendam dengan skuad Harimau Malaya, pengadil dari Jepun ini dilaporkan berat sebelah apabila membuat beberapa keputusan tak masuk akal hingga menyebabkan Malaysia tewas 0-3 pada perlawanan ketiga kumpulan A Piala AFF di Stadium National My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Ini selepas pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti penuh kontroversi yang menyebabkan skuad kendalian Kim Pan Gon ketinggalan 0-2 pada minit 64.
Dikatakan tindakan Ryuji Sato itu berkemungkinan kerana Azam Azmi Murad menendang muka pemain Vietnam apabila berada di luar luar padang menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan negara dan menghadiahkan sepakan penalti untuk tuan rumah.
Namun lebih mengejutkan ia bukanlah kali pertama Ryuji Sato ‘berpihak’ kepada Vietnam. Bahkan senario sama turut berlaku ketika Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) Jun tahun lalu apabila pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika perlawanan berbaki 10 minit sebelum wisel penamat ditiup.
Sebaik saja pelawanan Malaysia dan Vietnam tamat malam tadi, media sosial milik Ryuji Sato ‘diserbu’ peminat bola sepak tanah air mengkritik sikap pengadil tersebut yang dilihat berat sebelah dan kerap membuat keputusan luar biasa.
Selain itu, komen di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dipenuhi dengan kritikan terhadap Sato yang menjadi punca Malaysia terpaksa melalui laluan berliku untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya pada saingan Piala AFF 2022.
Pada perlawanan terbabit Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam menerusi jaringan yang disumbangkan Nguyen Tien Linh (29′),Que Ngoc Hai (penalti pada minit 64) dan Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.