Tumpang bangga dengan kejayaan yang diraih Tomok dan isterinya, Ayu. Bermula daripada bawah, mereka kini mampu tersenyum gembira apabila segala usaha dan kerja keras selama ini membuahkan hasil.
Dalam kesibukan mengurus kerjaya seni dan anak-anak, kedua-duanya bijak mengurus masa depan. Hasilnya, Tomok dan Ayu kini bergelar pemilik beberapa buah cawangan francais hanya dalam masa lima tahun! Tahniah.
Difahamkan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mula menceburi perniagaan francais Chatime pada tahun 2017. Cawangan pertama yang dibuka Tomok waktu itu ialah di AEON Mall Shah Alam, Selangor.
Melihat bisnes makin kukuh, bekas penyanyi kumpulan New Boyz ini berjaya membuka satu lagi cawangan Chatime pada bulan ini di Setia Alam City Mall, Selangor.
Ads
Tidak cukup itu, menerusi perkongsian Tomok di media sosial miliknya baru-baru ini, dia memuat naik gambar isteri tercinta di satu lokasi yang dipercayai cawangan terbaharu milik mereka kelak.
Kongsinya, “Assalamualaikum selamat pagi semua. Satu lagi berita gembira saya nak share dengan korang semua.
InshaAllah outlet seterusnya di Petron Setia Alam akan mula beroperasi November ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih atas sokongan semua.”
Melimpah ruah rezeki pasangan suami isteri ini. Makin rancak nampaknya Tomok dan Ayu merencana masa depan keluarga mereka.
Selain mengusahakan perniagaan francais Chatime, mereka turut menjadi pemilik satu lagi jenama francais pemanis mulut popular iaitu Street Churros. Tomok dan isteri tercinta memiliki cawangan tersebut di AEON Mall Seremban 2.
Ads
Sebelum menceburi kedua-dua perniagaan berkenaan, mereka pernah menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra. Namun perniagaan yang sudah lima tahun diusahakan tersebut terpaksa dihentikan pada tahun 2020.
Sebelum mendirikan rumah tangga, isteri Tomok iaitu Rahayu Abbas merupakan pramugari MAS. Ayu dan Tomok berkahwin pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang tak kenal Nicole Kidman. Susuk tubuh bekas isteri Tom Cruise ini macam tak berubah ketika menonton lakonannya dalam filem Batman Forever pada tahun 1995. Walau kini Nicole sudah berganjak ke usia 52 tahun tetapi tetap kelihatan awet muda dan yang paling penting bentuk badannya tetap maintain seperti muda-muda dahulu.
Paling cemburu apabila ada pihak media di sana yang mencungkil rahsia diet Nicole, jawapan wanita yang telah memenangi berbagai anugerah bidang lakonan yang diceburinya, “Saya makan semua makanan dan tak berpantang,”. Betul ke tu Nicole, makan macam-macam tapi berat badan tak naik.
Beruntung Nicole tidak perlu ‘mendera’ diri dengan menyekat makanan masuk dalam tubuh tetapi hasilnya tubuh yang menawan dan dicemburui oleh ramai wanita. “Saya sebenarnya tidak terlalu strict dengan pola pemakanan. Boleh dikatakan saya makan semua makanan kegemaran TETAPI saya mengamalkan pengambilan makanan secara sederhana,” tutur Nicole yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Australia dan Amerika Syarikat ini.
Wanita yang memegang watak sebagai Satine dalam filem Moulin Rouge ini jujur berkongsi bahawa dia mengamalkan 80% diet sihat dan 20% sebaliknya. “Saya juga percaya dengan natural health remedies. Cuba cari bahan semulajadi yang sesuai dengan tubuh masing-masing untuk meningkatkan tenaga,” jelas Nicole yang berlakon dalam filem Aquaman ini.
Rupa-rupanya ibu kepada empat orang anak ini juga seorang coffee lover. Kata Nicole, dia dan suaminya enjoy minum kopi bersama. Tetapi pasangan ini menikmati kopi dengan cara yang berbeza. “Saya dan suami lebih suka minum buih kopi berbanding air kopi itu sendiri.
Kalau buat pesanan di kedai kopi – saya nak cappuccino, buih lebih dan air kopi kurang,” kata isteri kepada Keith Urban dan ibu kepada Isabella Jane Cruise, Connor Cruise, Sunday Rose Kidman Urban dan Faith Margaret Kidman Urban ini.
Selain itu, Nicole juga banyak berlari, melakukan yoga dan spinning (indoor cycling). Bukan mudah untuk seorang yang bergelar aktres di Hollywood untuk kekal lama. Salah satu faktor yang membuat seseorang aktres itu menjadi pilihan pengarah adalah kecantikannya. Nyata Nicole di antara pelakon yang sudah berusia tetapi masih dikejar oleh pengarah filem Hollywood.
Sumber: insider.com Foto: Instagram @nicolekidman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon, pelawak dan pengacara versatile, Didie Alias yang sememangnya cukup berbakat besar. Didie Alias yang juga peserta Dewi Remaja pada tahun 1990 ini juga punya kelompok peminatnya yang tersendiri.
Dan baru-baru ini, Didie ada berkongsikan pada para media berhubung kesulitan yang dialami beliau ketika mencari rezeki di awal-awal perkahwinan. Menurut sumber, Didie pernah berniaga dalam kelab malam hanya kerana mencari rezeki dan menampung hidup anak beranak.
Walaupun di awal-awal dahulu, pelbagai jenis pekerjaan Didie lakukan dan hanya sempat tidur beberapa jam sahaja dalam sehari, namun dia tidak pernah mengeluh dan terus kuat mencari rezeki.
“Saya pergi Danok naik bas untuk beli barangan wanita, pakaian dalam wanita dan saya jual kepada GRO-GRO di dalam sana,” katanya.
Didie juga turut mendedahkan suaminya sanggup menggunakan wangnya sendiri untuk membeli rumah untuk anak-anaknya dimana ketika itu mereka hanya berkawan.
“Waktu itu saya sangat-sangat susah, saya hanya menyewa di apartmen dan pernah dihalau keluar kerana tiada wang dan kemampuan untuk bayar sewa tapi syukur Allah munculkan seorang lelaki bujang dalam hidup saya. Saya hanya berkawan sahaja dengan dia masa itu tapi dia sanggup keluarkan duitnya sendiri untuk membeli rumah buat anak-anak. Saya nak ucap terima kasih kepada suami saya kalau tidak mungkin saya ditepi jalan dengan anak-anak,” ujarnya sebak.
Didie yang juga ibu kepada lima orang anak ini sempat berpesan kepada semua wanita di luar sana, terutama sekali ibu tunggal supaya terus berusaha dan jangan mudah tunduk serta patah semangat andai dhina dan dipandang rendah oleh masyarakat.
Bangga betul melihat pelakon dan pengacara jelita, Nazeera Sardi yang sentiasa menyantuni ibunya, Siti Nginah biarpun sering sibuk dengan karier seni serta perniagaan. Sentiasa berusaha untuk ‘mencuri masa’ asalkan dapat membahagiakan wanita terhebat dalam hidupnya.
Apatah lagi, ibunya itu merupakan ibu tunggal maka menjadi tanggungjawab dia serta adik beradik yang lain untuk menjaganya. Walaupun anak bongsu namun Nazeera sangat manja dan rapat dengan ibunya.
ARTIS BERPENDIDIKAN TINGGI
Sebelum ini Nazeera atau sapaan mesranya, Jern pernah berkongsi kisah kejayaannya bergelar graduan Master Pentadbiran Perniagaan (MBA) di salah sebuah universiti tempatan.
Pujian wajar diberikan buat Nazeera kerana ketika itu dia mampu melakukan 5 kerja dalam satu masa iaitu sebagai pelajar, pelakon, pengacara, penyanyi serta usahawan fesyen dan produk kecantikan. Wow hebatnya!
Memang betul-betul kagum dengan Nazeera. Sudahlah cantik, berpendidikan tinggi dan bergelar usahawan sukses pula tu. Salute!
Kini dalam usia 33 tahun Nazeera bergelar pengasas kepada 4 jenama sendiri iaitu Zeyra Skincare, Zeyra Cosmetics, Zeyra by Nazeera Sardi, dan Food Lab by Nazeera. Segalanya kerana berkat doa dan restu ibu yang menjadikan siapa Nazeera hari ini.
BUAT KEJUTAN BIRTHDAY IBU
Baru-baru ini di laman Instagram peribadinya, Nazeera berkongsi detik sambutan birthday ibunya yang ke-73 tahun. Jelas terlihat kesungguhan Nazeera yang sanggup ‘turun’ ke kampungnya di Negeri Sembilan semata-mata hanya kerana untuk membuat kejutan buat ibu tersayang. Siap pakai kurung Kedah lagi. Manis dan ayu sungguh!
“Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk meraikan birthday Mak yang ke-73 tahun walaupun ada shooting di Kuala Kangsar. Mulanya memang tak rancang pun sebab takut tak sempat nak balik kampung. Tempah kek pun 3 hari sebelum tarikh yang dirancang.
Alhamdulillah Allah permudahkan perancangan saya untuk jumpa Mak. Dapatlah juga saya pulang ke kampung sekejap untuk sambut birthday Mak dan kakak sekali. Terubat rindu..
Kejutan bermula bila saya telefon Mak untuk maklumkan padanya yang ada orang nak hantar bunga dan ambil gambar Mak sekali. Saya minta Mak bersiap dan pakai cantik-cantik. Tapi akhirnya bunga tak datang, bunga lain yang sampai. Sayalah ‘bunga’ tu..
Mak terkejut dan tak percaya sebab pada malam sebelum tu saya ada beritahunya yang saya berada di luar kawasan. Mak nampak happy sangat sehingga membuatkannya menangis. Kakak juga macam tak terkata apa sebab dia sangat terharu.
Saya pulang ke kampung ditemani beberapa rakan baik. Seronok sangat sebab kami dapat masak ramai-ramai, macam satu keluarga. Tanpa mereka mungkin detik bermakna ini tidak akan berlaku.
Bagi saya best celebration adalah di kampung sendiri. Ini juga salah satu sebab saya pilih untuk memakai kurung kampung sebagai tema sambutan. Kena dengan suasana. Ketika berada di kampung juga saya berpeluang melawat kubur arwah Abah.”
Berikut posting Nazeera di Instagram,
“Sorry Mak sebab buat Mak sedih. All the way from Kuala Kangsar singgah KL & balik Nogori only for this. Dah call kakak @amysardi bagitau ada orang datang nak hantar bunga. Siap-siap nanti nak ambik gambar Mak. Tapi bunga tak datang, bunga lain yang sampai.
Thank you sahabat2 sudi teman & ada di sisi walaupun asyik gaduh sapa nak drive @anne_alys @lyndalyana @ellarshad Love u guys to the moon n back. Mungkin kecil tapi ini adalah bagian yang terlalu bermakna. M blessed to have all this beautiful people in my life.”
RAPAT DENGAN ADIK BERADIK
Seminggu selepas itu, Nazeera sekali lagi meraikan birthday ibunya namun kali ini bersama adik beradiknya pula.
“Disebabkan adik-beradik sibuk dengan kerja masing-masing maka kami plan pada tarikh lain. Kami bawa Mak pergi bercuti short trip. Dapatlah saya meluangkan masa dengan Mak dan adik beradik. Paling best dapat tidur dan makan ramai-ramai.
“Keluarga saya memang meriah sebab ramai. Anak buah seramai 24 orang. Sejak kecil hubungan saya dengan adik beradik macam isi dengan kuku. Saya mempunyai seorang abang dan 6 orang kakak.
Saya paling rapat dengan kakak nombor 7 iaitu Samiah. Beza usia kami 2 tahun. Kami berkongsi minat yang sama iaitu gemar memasak dan menyanyi. Selain itu, kami juga banyak persamaan dari segi karakter antaranya rajin berdikari dan happy go lucky.
Kalau ada sebarang aktiviti atau majlis kami akan pergi bersama. Susah senang pun kami lalui bersama. Adik beradik sentiasa menjadi penyokong setia saya walau apa jua keadaan. Mereka sentiasa percaya dengan kebolehan saya dan tak pernah memandang rendah.
Kebahagiaan saya ialah apabila dapat membahagiakan dan berkongsi rezeki bersama insan-insan tersayang. Saya sentiasa doakan yang terbaik buat Mak di dunia mahupun akhirat. Semoga Mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Seterusnya, harapan untuk diri sendiri agar dapat buat yang terbaik dan membahagiakan Mak.
Buat Mak, walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan keadaan yang tak mengizinkan tapi kita akan selalu bersama dalam dakapan doa, Insya-Allah.”
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.