‘Work hard in silence, let your success be your noise..’ kata-kata inilah yang menjadi pegangan buat si cantik Nazeera Sardi yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi.

Dalam usia 33 tahun Nazeera kini sudah pun bergelar usahawan produk kecantikan jenama sendiri iaitu Zeyra Beauty yang diusahakan sejak empat tahun lalu di samping label pakaian, Zeyra by Nazeera Sardi. Dan yang terbaharu ialah Zeyra Cosmetics serta Food Lab By Nazeera. Ini telah membuktikan bahawa semangat bisnes artis jelita ini sangat tinggi!

IKLAN

Selain itu, penulis juga kagum dengan usaha serta semangat Nazeera dalam mengejar impiannya untuk bergelar artis yang berpendidikan tinggi. Bagi Nazeera Allah SWT telah mengurniakan rezeki buatnya lebih kepada bisnes dan pendidikan.

Sebelum berada di tahap sekarang Nazeera terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang  apabila perlu melakukan lima kerja dalam satu masa iaitu sebagai pelajar, pelakon, penyanyi, pengacara serta usahawan fesyen dan produk kecantikan. Ternyata, Nazeera sememangnya seorang artis yang serba boleh. Salute!

“Mak Wanita Terhebat! Apa Jua Saya Lakukan Demi Mak. Saya Tak Akan Berhenti Untuk Membahagiakannya” NAZEERA SARDI

IBU WANITA TERHEBAT

“Salah satu sebab saya sambung belajar juga adalah untuk membahagiakan dan menggembirakan mak saya, Siti Nginah. Walaupun saya anak bongsu, saya tak akan pernah berhenti untuk melihatnya gembira. Setiap apa yang saya lakukan hanyalah untuk mak. Ayah pula dah lama meninggal dunia.

Mak adalah wanita inspirasi dan terhebat dalam hidup saya. Sejak kecil saya kagum sangat dengan mak. Selain rajin berniaga secara kecil-kecilan, mak juga memiliki semangat yang kuat dan tegas untuk melihat anak-anaknya berjaya walaupun dirinya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi,” luah Nazeera.

“Mak Wanita Terhebat! Apa Jua Saya Lakukan Demi Mak. Saya Tak Akan Berhenti Untuk Membahagiakannya” NAZEERA SARDI

“Mak Wanita Terhebat! Apa Jua Saya Lakukan Demi Mak. Saya Tak Akan Berhenti Untuk Membahagiakannya” NAZEERA SARDI

RAPAT DENGAN ADIK BERADIK

“Keluarga saya memang meriah sebab ramai. Anak buah seramai 24 orang. Sejak kecil hubungan saya dengan adik beradik macam isi dengan kuku. Saya mempunyai seorang abang dan enam orang kakak.

Saya paling rapat dengan kakak nombor tujuh, Samiah. Beza usia kami dua tahun dan kami tinggal bersama. Kami berkongsi minat yang sama iaitu gemar memasak dan menyanyi. Selain itu, kami juga banyak persamaan dari segi karakter antaranya rajin berdikari dan happy go lucky.

Kalau ada sebarang aktiviti atau majlis kami akan pergi bersama. Susah senang pun kami lalui bersama. Adik beradik sentiasa menjadi penyokong setia saya walau apa jua keadaan. Mereka sentiasa percaya dengan kebolehan saya dan tak pernah memandang rendah,” ungkap Nazeera yang mengamalkan makan buah buahan, sayuran serta air kosong untuk kekal cantik dan sihat.

“Mak Wanita Terhebat! Apa Jua Saya Lakukan Demi Mak. Saya Tak Akan Berhenti Untuk Membahagiakannya” NAZEERA SARDI

IKLAN

GRADUAN IJAZAH SARJANA

Oktober 2018 menjadi detik paling manis apabila Nazeera berjaya memperoleh Master Pentadbiran Perniagaan (MBA) pengkhususan pemasaran daripada Putra Business School Universiti Putra Malaysia.

“Waktu ini saya betul-betul struggle sampai kerap menangis kerana terlalu tertekan untuk melunaskan lima kerja dalam satu masa. Saya juga pernah hampir putus asa kerana badan dan otak terlalu penat. Namun saya kuatkan semangat dan yakin, kalau orang lain boleh buat kenapa saya tidak?

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya. Sesungguhnya, tiada kemanisan dalam kejayaan tanpa pengorbanan dan air mata. Lagi pun memang dah niat saya sejak dulu untuk sambung belajar. Secara tak langsung dengan ilmu yang diperolehi dapatlah saya apply dalam bisnes.

“Mak Wanita Terhebat! Apa Jua Saya Lakukan Demi Mak. Saya Tak Akan Berhenti Untuk Membahagiakannya” NAZEERA SARDI

IKLAN

Nasihat saya kalau inginkan sesuatu, kalau kita betul-betul bersemangat dan positif segalanya tak mustahil. Kita pasti boleh buat. Setiap kali bangun pagi saya dah set di fikiran, hari ni mesti positif! Walaupun sedang penat atau rasa down kena bangun juga..saya paksakan diri,” kongsi Nazeera yang mengimpikan untuk memiliki beauty house sendiri suatu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

. #JernCuba #AlQuranChallenge #JernVideo #NazeeraSardi #JernLoveYou #AlKahfi

A post shared by JERN (@nazeerasardi) on

Kredit Foto & Video: Instagram Nazeera Sardi

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI