Setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Begitu juga perkahwinan Ain Edruce dan suami tercinta, Amirul Hafiz Mustaffa. Saat mereka teruja menerima khabar kehamilan anak kedua, pasangan ini diuji dengan berita keguguran. Meskipun sedih namun mereka reda dengan ketentuan takdir.
22 April lalu, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce terbuka berkongsi perjalanan sejak mengetahui dirinya sedang berbadan dua sebelum alami keguguran. Jelas terserlah wajah gembira dia dan suami serta ahli keluarga yang bakal menerima kehadiran ‘orang baru’.
Ternyata, kisah keguguran Ain sewaktu awal Syawal lalu memberi kenangan paling tak dapat dilupakan buatnya.
“Simpan sini buat kenangan. Takda rezeki Soraya nak ada adik lagi,” titipnya.
Enggan terus berlanjutan sedih dengan ‘kehilangan’ itu, Ain dan suami serta anak mereka iaitu Soraya meluangkan masa bercuti di Pulau Maldives baru-baru ini.
Seronok tengok percutian keluarga ini yang sentiasa ceria dan saling menghargai di antara satu sama lain.
Berkongsi momen percutian tersebut, Ain sekeluarga dilaporkan menginap di Kuda Villingili Maldives. Memang cantik pemandangan di sana. Selain dapat beriadah dengan suami dan anak, dapat tenangkan fikiran juga.
Ain Edruce dan Amirul Hafiz sah bergelar suami isteri pada 13 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata comel diberi nama Soraya.
Semoga rumah tangga Ain dan Amirul sentiasa diberkati sampai ke syurga. Juga doa mereka untuk menambah ahli keluarga dipermudah dan dimakbulkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak sah bernikah dengan ahli perniagaan bergelar Datuk, tak dinafikan makin berseri-seri wajah Datin Atikah Suhaime. Meskipun berstatus VIP dan bergelar Datin namun keperibadian wanita cantik ini tetap mesra dan merendah diri.
Apatah lagi dia kini merupakan menantu kepada pengasas produk Zaitun.
Dalam pertemuan bersama Nona baru-baru ini, Datin Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime enggan mendabik dada dengan status berkenaan.
Pelakon filem Tantiana ini menyambut ulang tahun kelahiran pada 15 Mac lepas. Bersempena hari lahir yang ke-33 yang turut jatuh pada bulan Ramadan, Datin Atikah diraikan dengan penuh kasih sayang daripada suami tercinta, Datuk Lokman Teh di sebuah restoran eksklusif.
Masih cuba menyesuaikan diri dengan status dan ‘keluarga’ baharu, Datin Atikah bagaimana pun meluahkan rasa syukur kerana memiliki ibu dan bapa mentua yang baik serta memahami.
Lebih membahagiakan, Datin Atikah mendedahkan ibu mentuanya menggemari juadah sayur yang disediakan. Bersempena Ramadan, dia aktif berkongsi beberapa menu sahur dengan followers kesayangan.
Datin Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lepas. Khabarnya pasangan romantis ini merancang untuk berbulan madu di Jepun kerana suka dan mahu merasai pengalaman menikmati musim bunga Sakura di sana pada Mac ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Zizi Kirana, pasti Nonarians kenal dan sedia maklum dengan pelantun suara lagu berjudul Eh? Yang kini sudah mengubah penampilan dan berhijrah ke arah lebih baik.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil semakin anggun sejak selesa memutuskan berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Memang sangat cantik dan berseri-seri wajahnya ditambah pula dengan suaranya yang serak-serak basah itu.
Tak sangka penyanyi dari Sabah ini rupanya sudah meniti usia 38 tahun, nampak muda kan. Zizi Kirana di antara wanita bertuah kerana dikurniakan seraut wajah tiada bermasalah dan sangat mulus.
Namun, itu bukan alasan buatnya tidak menjaga kecantikan diri.
Menelusuri rutin penjagaan kecantikannya nyata wanita ini mengamalkan penjagaan kecantikan yang ringkas dan banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah di dapati di dapur untuk tampil menawan.
Wanita cantik ini turut berkongsi mengamalkan petua kecantikan berasaskan kunyit seperti yang dilaporkan di Sinar Harian.
1. Masker Kunyit
“Saya tidak mempunyai sebarang teknik rawatan khusus. Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus. Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana tidak gemar ke spa kecantikan,” jelas Zizi Kirana.
2. Jamu Kunyit
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam. Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga.
Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan. Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan. Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan.
Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Zizi Kirana juga khabarnya pernah ‘bermusuh’ dengan nasi sekitar tahun 2018. Tapi kini Zizi akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang namun mengambil nasi sekali sahaja.
Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalori dalam makanan.
Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Bila tiba hujung tahun, pasti ramai yang mula berkira-kira untuk mengambil cuti dan menghabiskan cuti yang masih berbaki. Inilah masa terbaik untuk diluangkan bersama keluarga tersayang di samping merehatkan diri seketika dari segala tekanan pekerjaan.
Namun begitu, dalam situasi masa kini, dapatkah cuti dihabiskan tanpa memikirkan perkara berkaitan pekerjaan? Malah ramai yang terpaksa ‘mengusung’ komputer riba serta menjawab panggilan serta WhatsApp ketika bercuti. Apakah itu realiti sebenar sektor makan gaji di Malaysia?
Tahukah anda, setelah penat bekerja, bercuti dapat meredakan tekanan dan pada masa sama mencipta memori indah serta belajar sesuatu yang baharu.
Sewaktu bercuti inilah kita dapat meluangkan masa sepenuh kepada insan tersayang kerana sebelum ini “dihambat” dengan kesibukan kerja dan masing-masing mempunyai komitmen.
Percutian juga merupakan terapi untuk meredakan tekanan, melupakan seketika bebanan kerja dan berseronok sepuasnya! Setelah bercuti untuk beberapa hari, pastinya hati terasa berat untuk kembali bekerja dan minda juga belum bersedia memikul tanggungjawab di pejabat.
Usah risau, lima tip penting ini boleh dijadikan panduan untuk anda kembali bersemangat bekerja selepas pulang bercuti seperti berikut:
1. Jangan Terus Bekerja Sebaik Sahaja Cuti Tamat
Setiap orang memerlukan sedikit masa untuk kembali bekerja. Jika boleh, luangkan masa satu atau dua hari untuk berehat dan pulih badan sebelum kembali ke pejabat. Menguruskan jet lag (mabuk altitud) adalah salah satu cabaran untuk anda memulakan hari pertama bekerja.
Jet lag membuatkan anda berasa keliru dan lesu sepanjang hari. Akibatnya, anda akan kurang selesa dan tidak bersemangat menjalankan tugasan. Walaupun perlu mengemas rumah dan melakukan perkara-perkara lain, berikan masa kepada diri anda untuk berehat. Fokuskan fikiran anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Jika tidak, anda akan mengalami keletihan dan tertekan ketika kembali bekerja.
2. Sediakan Senarai Tugasan
Urusan anda di tempat kerja menjadi lebih mudah dan tersusun sekiranya mempunyai senarai tugasan. Apatah lagi meninggalkan kerja untuk beberapa hari ketika bercuti.
Banyak perkara yang tertunggak semasa anda bercuti dan perlu diselesaikan dengan secepat mungkin.
Oleh itu, senarai tugasan tersebut boleh menjadi panduan dan membantu anda lebih fokus serta memastikan semua tugasan tersebut tidak tercicir.
Di samping itu, anda juga perlu bekerjasama dengan pasukan anda untuk menyelaraskan dan mengutamakan tugas penting.
3. Pergi Bekerja Dengan Fikiran Baharu
Percutian membuatkan fikiran lebih tenang dan kita juga banyak belajar perkara baharu sepanjang bercuti.
Perkara tersebut sedikit sebanyak mengubah cara kita berfikir dan melihat dunia dengan cara berbeza berbanding sebelum ini.
Disebabkan itu, ada yang lebih selesa untuk menyelesaikan tugasan sukar selepas bercuti kerana fikiran dalam keadaan tenang.
Bawa semangat dan perspektif baharu tersebut ketika kembali bekerja untuk menyelesaian tugasan dengan lebih baik.
Ambil sedikit masa untuk bersembang bersama rakan sekerja anda bagi mengeratkan lagi hubungan dengan mereka selepas tidak berjumpa beberapa hari.
Pastinya banyak yang boleh anda kongsikan dengan rakan sekerja tentang perjalanan percutiaan tersebut. Mereka juga sudah tertentu menantikan cerita pengembaraan anda yang menakjubkan itu.
Komunikasi di tempat kerja adalah penting dan berinteraksi dengan rakan sekerja boleh membantu anda kembali ke landasan yang betul.
Selain itu, anda juga boleh mendapat maklumat terkini tentang perkara yang berlaku di tempat kerja semasa anda bercuti.
5. Ambil Masa Untuk Diri Anda
Jangan cuba untuk menyelesaikan semuanya sekali gus, sebaiknya lakukan satu persatu mengikut kemampuan diri anda dan set kembali diri dalam mood bekerja.
Walaupun hari pertama bekerja selepas kembali bercuti adalah masa paling sibuk, tetapi jangan abaikan aspek penjagaan diri seperti senaman pagi atau menikmati secawan teh kegemaran anda semasa bertugas.
Sebagai manusia kita perlu bijak menyeimbangkan pekerjaan dan kehidupan peribadi dengan baik bagi mengelakkan tekanan serta perasaan kurang senang.
SUMBER:RELEVAN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.