Suatu ketika dahulu usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin. Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.
Namun, Asyraf 32, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.
Yakin Murah Rezeki Jika Berumahtangga Meski Di Usia Muda!
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Ads
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
Ads
“Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran.
“Jadi, selama ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran,” katanya.
Ads
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, Azzahra Jiwa Asyraf dan Aghnia Amira Jiwa Asyraf.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Mesra dan menyenangkan, sesi Nona On Air bersama personaliti masakan – Prof Dato’ Chef Zam sampai sekarang masih terbayang-bayang di fikiran. Meskipun terkenal namun figura lelaki hebat yang senang dipanggil Chef Zam itu tetap kelakar dan merendah diri, malah beliau tidak lokek berkongsi buah fikiran tentang topik yang dibualkan.
Bersiaran melalui platform Instagram LIVE pada Jumaat, 29 Julai lepas, banyak kisah hidup Chef Zam diceritakan kepada followers Majalah Nona.
Antaranya takwim aktiviti pada hari tersebut – bermula dari menziarahi pusara arwah ibu, bersenam di gimnasium serta menguruskan aktiviti bisnes beliau.
Anak kelahiran Terengganu itu sememangnya tidak asing dalam industri kulinari di Malaysia. Selain mengendalikan pelbagai rancangan masakan, Chef Zam juga sering dilantik sebagai juri atau chef jemputan di kaca TV.
Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Rich Talents International College di Shah Alam, Pengasas Bersama NGO Food Aid Foundation serta duta pelbagai jenama terkemuka.
Baru sahaja berpindah ke kediaman mewah di Shah Alam, permintaan Nona untuk melihat dekorasi dapur baharu beliau turut diperkenankan… Suka betul tengok dapur basah tu, kemas je tapi complete!
******************************
Dapur yang cantik macam Chef Zam tentu sekali disempurnakan set periuk kuali yang cantik juga. Pilihan Nona tentu sekali cookware macam ni (klik sini), tahan lama dan kemas gaya marble lagi! Followers Nona boleh guna kod promo khas iaitu NONGSP5. Barulah elegan!
******************************
Selain itu, Chef Zam banyak menjawab persoalan berat seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu isu harga barang melambung dan kewujudan ramai YouTuber masakan.
Sebagai profesional dan tenaga pengajar masakan yang berdedikasi, jawapan Chef Zam tentang isu ini jelas memperlihatkan kredibiliti beliau. Bijak dan sangat relevan, terutama sekali tip untuk usahawan yang terlibat dengan bisnes makanan.
Terpaksa naikkan harga atau kecilkan saiz barang jualan, itu antara opsyen peniaga untuk bertahan dalam ekonomi semasa. Tonton interview Nona On Air ni untuk lebih banyak tip berguna…
Semoga perkongsian Nona On Air di atas memberi manfaat kepada penonton khasnya peniaga makanan dan minuman di Malaysia. Stay strong everyone!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah bersara daripada arena sukan skuasy namun nama Datuk Nicol David terpahat kemas dalam lipatan sejarah negara. Jika dihitung pencapaian anak jati kelahiran Pulau Pinang ini memang tak terkira banyaknya. Pun begitu, bekas ratu skuasy ini tidak pernah mendabik dada. Sebaliknya kekal merendah diri dan berperibadi positif.
Nama Datuk Nicol Ann David menjadi bualan tidak hanya di dalam negara bahkan seluruh dunia apabila beliau merangkul gelaran berprestij Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia!
Datuk Nicol David Diiktiraf Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia
Mengimbas kemabli undian yang dibuat secara dalam talian di laman web Sukan Dunia itu, Datuk Nicol meraih lebih 300,000 undi menewaskan 23 atlet lain dari seluruh dunia.
Anak kepada pasangan Desmond David dan Ann Marie David ini dilahirkan pada 26 Ogos 1983. Beliau juga mempunyai dua beradik perempuan iaitu Lianne Marie dan Cheryl Therese.
Minatnya dalam sukan skuasy mula disedari bapanya ketika beliau berusia lima tahun. Khabarnya ketiga-tiga beradik ini didedahkan dengan sukan berkenaan sejak kecil lagi.
Dek kerana bimbingan dan sokongan padu bapa tersayang yang mahu anaknya berkecimpung dalam bidang sukan, Datuk Nicol David berjaya mengharumkan nama negara seawal usia 15 tahun.
Kejayaan meraih pingat emas di Sukan Asia Pattaya, Thailand pada tahun 1998 menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus melakar pelbagai sejarah.
Sepanjang pembabitannya sebagai atlet skuasy, jaguh wanita ini merangkul gelaran Juara Dunia sebanyak 8 kali! Beliau kemudian mengumumkan persaraan pada tahun 2019.
Pelajar Bijak & Rajin Cari Ilmu, Datuk Nicol David
Yang pasti, Datuk Nicol David merupakan antara atlet yang berpendidikan tinggi. Pada tahun 2019, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan dari Universiti
Sains Malaysia (USM).
Berkongsi momen istimewa itu, ujarnya, “I’m so honoured! Never thought I would get this. Thanks to USM for this Honorary Degree of Doctor of Sports Science.”
Dalam menempa pelbagai kejayaan di pentas dunia, wanita lasak ini tetap setia menimba ilmu. Walau sudah bersara, beliau masih menjadikan ilmu sebagai keutamaan. Misalnya apabila Datuk Nicol berjaya menamatkan pembelajaran secara dalam talian untuk Foundations of Positive Psychology, University of Pennsylvania pada tahun 2021.
Datuk Nicol yang meniti usia 43 tahun pernah menarik perhatian masyarakat ketika masih bergelar pelajar sekolah apabila beliau memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ramai mengagumi kepintaran jaguh sukan kebanggaan ini apatah lagi waktu itu beliau sudah mula aktif dengan skuasy. Moga kisah kejayaan tokoh atlet kebanggaan negara ini terus menjadi sumber inspirasi ramai wanita!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nilai kekayaan Elon Musk terus merosot seminggu selepas dia kehilangan tempat sebagai orang terkaya di dunia. Kekayaannya merosot AS$7.7 bilion selepas saham Tesla Inc. mengalami kerugian harian paling teruk sejak Oktober.
Penjualan saham itu menambah kesengsaraan Musk, yang kehilangan statusnya sebagai orang terkaya di dunia kepada hartawan Bernard Arnault pada 13 Disember lalu.
Nama Bernard Arnault mungkin kurang dikenali, namun sebenarnya pemilik rangkaian barangan mewah terkemuka dunia, LVMH menjadi pesaing hebat bilionair lain.
Bernard Arnault
Beliau adalah individu kelima pernah menduduki tempat teratas dalam Indeks Kekayaan Bloomberg sejak diperkenalkan 2012. Arnault sebaris dengan taikun Mexico, Carlos Slim; Pengasas Bersama Microsoft, Bill Gates; Pengasas Amazon, Jeff Bezos serta pemilik Tesla, Elon Musk.
Indeks Kekayaan Bloomberg pada Selasa minggu lalu, mendedahkan kali pertama Arnault berusia 73 tahun itu mendahului senarai orang terkaya dengan nilai kekayaan AS$170.8 bilion (RM752.8 bilion) sekali gus merampas kedudukan Musk, buat seketika.
Kerugian Musk sepanjang tahun ini kini berjumlah AS$122.6 bilion, melebihi jumlah yang diperolehnya pada 2021 apabila kekayaannya melambung tinggi menjadi antara yang terbesar dalam sejarah.
Nilai bersih ketua pegawai eksekutif Tesla itu kini berjumlah AS$147.7 bilion, terendah dalam tempoh lebih dua tahun, menurut Indeks Billionaires Bloomberg.
Kekayaan Musk terutamanya terdiri daripada saham Tesla. Saham pengeluar kereta itu menimbulkan risiko tertentu untuk Musk yang memanfaatkan lebih banyak kedudukannya untuk membiayai pemerolehan Twitternya pada Oktober.
Pemegang saham Tesla telah menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai keasyikan Musk dengan Twitter, di mana beliau cuba untuk memimpin melalui pemulihan yang tidak kemas dan terbuka.
Dia menyiarkan tinjauan pendapat di Twitter meminta pengguna mengundi sama ada dia perlu meletakkan jawatan sebagai ketua platform sosial itu dan hampir 58 peratus daripada 17.5 juta responden berkata itu adalah yang terbaik. – AGENSI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.