Siapa yang tak kenal dengan perintis Rizman Ruzaini pereka fesyen duo tanah air ini. Label Rizman Ruzaini terus mencipta nama sama ada untuk ke majlis berprestij tanah air mahupun majlis perkahwinan.
Sentuhan pereka fesyen duo ini sering mencuri tumpuan dengan rekaannya yang mewah, stylish serta menyuntik elemen klasik bagi mewujudkan gaya elegan dan sofistikated.
Hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia fesyen, gandingan duo juga sahabat baik, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil telah memberi sumbangan yang besar terhadap industri kreatif sebagai pereka fesyen.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Bukan hanya meletakkan diri mereka sebagai pereka fesyen, malah Rizman Ruzaini telah mengorak langkah menjadi usahawan yang berjaya.
Menyelami gandingan duo yang berjaya mencipta nama besar dalam industri fesyen tempatan ini, “Kami memanjatkan kesyukuran kerana matlamat utama kami saat terjun dalam dunia fesyen adalah untuk menempatkan nama Rizman Ruzaini di dalam industri fesyen di Malaysia.
Foto: Instagram @rizmanruzaini
Alhamdulillah, kini kalau sebut tentang pereka fesyen di Malaysia sudah ada nama Rizman Ruzaini di situ. Itu merupakan suatu pencapaian yang paling besar bagi kami berdua,” tutur Rizman memulakan bicara.
Ads
Tidak berhenti sekadar pereka fesyen, baik Rizman mahupun Ruzaini sudah mempersiapkan diri mereka untuk mara ke depan. Teruja mendengar pereka fesyen duo ini merencana perjalanan karier mereka.
Foto: Koleksi Majalah Nona
“Saya mengagumi Bernard Arnault kerana beliau merupakan salah seorang Top 10 billionaire di dunia mewakili bidang fesyen.
Saya sangat kagum dengan cara beliau mengumpulkan banyak jenama mewah seperti Christian Dior, Louis Vuitton, Emilio Pucci, Marc Jacobs dan sebagainya di bawah satu bumbung.
Saya mempunyai harapan yang besar seperti mana melihat Bernard Arnault menurunkan legasi kepada anak-anak beliau. Malah cucu beliau turut berada dalam industri dan itu juga merupakan hala tuju kami sekarang.
Kami akan menubuhkan empayar RRRR iaitu Rizman Ruzaini Rizqaa Rahil untuk menghimpunkan banyak fashion house termasuk Rizman Ruzaini sendiri di bawah satu bumbung.
Kami juga sudah merancang sesuatu yang lebih besar dalam bidang fesyen, styling, makeup, beauty dan sebagainya. Itu yang menjadi matlamat kami untuk lima hingga sepuluh tahun akan datang, insyaallah,” ucap Rizman juga merupakan ayah kepada puteri comel, Rizqaa ini.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Tambah Ruzaini, “Kami dah nampak situasi ini sebelum kami berkahwin lagi. Kami pernah berbincang untuk meneruskan legasi Rizman Ruzaini kerana kalau kami berhenti di sini, siapa yang nak bawa kesinambungan itu dan siapa nak meneruskan empayar yang kami bina.
Ads
Walaupun kami tak boleh nak memaksa anak-anak, tapi sebagai seorang ayah kami boleh beri galakan kepada mereka, insyaallah,” tutur Ruzaini yang ceria kala bercerita tentang putera sulungnya, Wan Rahil.
Foto: Koleksi Majalah Nona
“Pada pandangan kami berdua legasi yang kami bawa ini suatu legasi yang membantu kelangsungan hidup. Kami nampak legasi ini adalah satu elemen untuk masa depan. Kalau boleh kami nak legasi kita ini dikenali sampai bila-bila.
Fesyen dan kecantikan berkait rapat antara satu sama lain. Saya percaya, kesempurnaan sesuatu gaya akan dapat bila kedua-duanya diberikan penekanan sama rata.
Dalam bisnes juga ianya seiring, kerana itulah Rizman Ruzaini baharu sahaja mengorak langkah ke arena kecantikan.
Kami juga gembira dapat membantu ramai orang melalui produk kecantikan ini. Kami mewujudkan sistem agen yang membantu melahirkan ramai usahawan-usahawan di luar sana.,” kata Rizman sambil dipersetujui oleh Ruzaini.
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong diangkat sebagai ikon perpaduan negara baru-baru ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata selain pemimpin, seniman dan legenda sukan, kementeriannya kini turut menjadikan Pandelela sebagai ikon untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Sekarang ini kita melihat perenang juga menjadi ikon, kita masukkan beliau ke dalam agensi bawah kita seperti Pandelela supaya beliau menjadi ikon di Kementerian Perpaduan Negara,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Untuk rekod, penerjun dari Sarawak berusia 29 tahun itu pernah menjadi Ikon Belia Sukan Negeri Sarawak pada 2016 dan Ikon Sukan Yakult 2017.
Aaron berkata Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diangkat sebagai ikon perpaduan turut diperkenalkan kepada golongan belia di negara ini melalui Pameran Eksklusif Seniman Agung P. Ramlee pada Mac lepas.
Sumber: BERNAMA
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa sekarang nekad tidak mahu menyuntik vaksin ke atas anak mereka dengan alasan yang tersendiri. Namun, bahagian perubatan terutama doktor-doktor bimbang dengan banyak kes penyakit yang sudah lama hilang dari radar perubatan kini muncul kembali.
Apabila diajukan tentang persoalan keengganan ibu bapa muda sekarang untuk menyuntik vaksin ke atas bayi mereka, komen Sari Yanti, “Saya tidak boleh komen tentang keengganan ibu bapa muda kini untuk memberi vaksinasi ke atas bayi mereka. Tetapi, saya secara peribadi mengikut saranan doktor. Doktor adalah insan yang mahir dalam tugas mereka dan tahu apa yang terbaik untuk masyarakat dan negara,” ulas Sari tentang isu suntikan vaksin tersebut.
Ketika bertemu dengan Sari Yanti di majlis Pop Look Gives Back With Sari Yanti x HOPE Worldwide Malaysia baru-baru ini, turut berkongsi tentang kelangsinganannya selepas bersalinkan Dariya Inara yang akan menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama pada 26 April nanti.
“Jaga anak pun rasanya boleh kekal sihat dan langsing. Sebenarnya kalau nak ikutkan masa tidak berapa cukup pergi gym atau riadah lain sebab saya jaga anak sendiri. Jadi memang kurang masa untuk melakukan aktiviti senaman ini. Saya hanya melakukan senaman ringan sahaja di rumah,” ujar Sari Yanti yang belum bercadang untuk terjun kembali ke bidang lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada Dariya.
Sari Yanti bersedia jika sekiranya menerima cahaya mata lagi. “Kalau ada rezeki dari Allah SWT bila-bila pun saya tidak kisah. Sebab kalau merancang memang saya yang rugi. Ini kerana saya pernah mengalami Ectopic Pregnancy jadi tiub saya pun ada satu sahaja. Kalau ada rezeki kenapa nak tolak. Saya bersyukur walau hanya ada satu tiub tapi Allah SWT kurniakan Dariya.
Ada orang lain yang turut mempunyai 1 saluran tiub fallopian tetapi belum dikurniakan anak lagi. Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah Sari Yanti selepas mengikat ikatan perkahwinan bersama pelawak terkenal, Jep Sepahtu. Kehidupan selebriti kelahiran Negeri Sembilan ini umpama sudah lengkap dengan kelahiran anak perempuannya, bersama-sama dua lagi anak lelakinya, Barr Al Aliy dan Baasit Al-Haq sewaktu perkahwinan terdahulu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat badannya hanya 42 kg tapi mampu membawa anak kecilnya, Arif Zikri sampai ke puncak Jabal Nur! Wow, macam tak percaya pun ada. Nampak badan saja kecil tapi semangat Mila Jirin… luar biasa.
Berkongsi kisahnya ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci April lalu, Mila yang selamat mendaki Jabal Nur pada 19 April lepas sekitar jam 1.14 pagi mengakui ia adalah satu kenangan indah yang tak mungkin dilupakan.
“Alhamdulillah Mommy telah berjaya naik ke puncak Jabal Nur sambil dukung Arif Zikri yang lena diulit mimpi. Ya Allah, Mommy pun bagai bermimpi tak sangka dapat bawa Arif sehingga ke puncak Gunung Cahaya pada aras ketinggian 642 meter! Memang mencabar tetapi Mommy tak putus asa!
Daddy pakai selipar jepun, jadi Mommy tak benarkan dukung Arif bahaya. So Daddy jadi pemantau Mommy. Tak dinafikan memang penat, Mommy 42kg + 9 kg Arif terasa bergoyang dan bergetaq juga lutut waktu nak turun gunung ni. Nak turun gunung lagi mencabar dari naik.
Walaupun ada tangga, tetapi tangganya tidaklah sekata (ada tinggi, ada rendah) dan bila makin ke atas, tangganya makin curam. Allahuakbar! Waktu Mommy dah separuh perjalanan, Mommy dah nak give up tetapi disebabkan waktu Mommy melawat malam tu adalah ziarah terakhir ke Jabal Nur kerana Jabal Nur akan ditutup untuk lawatan oleh kerajaan Arab Saudi, jadi Mommy terus positive!
Sambil mendaki sambil Mommy berselawat sambil berfikir ‘SubhanAllah, bagaimana Rasulullah SAW boleh sampai ke puncak tersebut tanpa tangga waktu itu dan bagaimana pula kudrat isteri baginda, Siti Khadijah yang saban hari menghantar makanan kepada Rasulullah SAW ketika baginda bersendirian di Gua Hira? SubhanAllah, Allah Maha Mengetahui.’
Sampai sahaja di puncak Jabal Nur, Mommy tak ke Gua Hira disebabkan kedudukan Gua Hira berada bawah sedikit dari puncak dan laluan untuk turun ke situ agak mencabar dan bahaya untuk Mommy bawa Arif bersama. Jadinya, Mommy tengok dari atas saja. Guanya kecil sahaja tapi ramai orang berasak-asak hendak masuk ke dalam. Ibunda dan Ayahanda tercinta dapat masuk ke situ. Alhamdulillah.
Dah berada di puncak, dah seronok ambil gambar dengan menikmati pemandangan yang sungguh indah (kelihatan Menara Jam). Kata Ustaz yang mengetuai rombongan kami, Ustaz Bismi Amerr Zainal, dulu sebelum Menara Jam dibina memang akan nampak Masjidil Haram dan Kaabah.
Apa-apa pun menang 1 kenangan yang indah dan moga nanti Arif dah besar, Arif dukung Mommy pulak naik Bukit Bendera pun jadilah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.