Ralit memerhati segenap inci foto-foto Aidilfitri Rozita Che Wan sekeluarga yang dimuat naik di laman Instagram milik isteri kepada Zain Saidin ini. Mana tidaknya, bukan sahaja mata dijamu dengan fesyen Raya sedondon keluarga ini yang sememangnya memukau, malah lokasi foto ini dirakamkan juga mencuri tumpuan.

IKLAN

Rumah Bak Istana Inggeris! Sentuhan Peribadi ROZITA CHE WAN Untuk Banglo RM10 Juta Cetus Inspirasi. Siap Tempah Kabinet Dari England!Umum mengetahui Che Ta baharu sahaja berpindah ke banglo mewahnya yang bernilai hampir 10 juta di pinggir ibu kota sebelum kedatangan Ramadan. Tahun ini, Che Ta dapat menyambut Ramadan dan meraikan kedatangan Syawal di kediaman baharunya itu.

Rumah Bak Istana Inggeris! Sentuhan Peribadi ROZITA CHE WAN Untuk Banglo RM10 Juta Cetus Inspirasi. Siap Tempah Kabinet Dari England!
Melihat koleksi foto keluarga ini sempena Aidilfitri, siapa sangka ia dirakamkan di banglo mewah milik Che Ta dan keluarga. Terkesima melihat dekorasi yang diterapkan untuk banglo ini, NONA berkesempatan menemubual Rozita Che Wan berkongsi kisah dekorasi kediaman baharunya itu.

Rumah Bak Istana Inggeris! Sentuhan Peribadi ROZITA CHE WAN Untuk Banglo RM10 Juta Cetus Inspirasi. Siap Tempah Kabinet Dari England!
Ruang hallway turut diberi sentuhan mewah dengan penggunaan Wainscoting untuk menampilkan gaya elegan

Menurut ibu kepada tiga cahayamata ini, konsep kediaman tersebut mengetengahkan konsep Classic English dengan sentuhan peribadi oleh Rozita Che Wan sendiri. Gaya Inggeris banyak membawa imej yang lembut, segar dan tenang dengan sentuhan mewah. Konsep klasik itu diberi nafas baharu oleh Che Ta apabila ia disisipkan dalam rekaan gaya lebih relevan bersesuaian dengan citarasanya.

Rumah Bak Istana Inggeris! Sentuhan Peribadi ROZITA CHE WAN Untuk Banglo RM10 Juta Cetus Inspirasi. Siap Tempah Kabinet Dari England!
Esen rekaan klasik merupakan tafsiran kepada elemen glamor atau elegan, sesuai dengan personaliti Che Ta yang sememangnya sinonim dengan gaya glamor dan elegan pada setiap masa. Di tambah pula dengan elemen atau motif klasik pada segenap ruang dekorasi banglo tersebut, sinergi persekitaran lebih segar dan tidak membosankan kerana terdapat nilai tambah dalam seni tata hias ala Inggeris Klasik.

Rumah Bak Istana Inggeris! Sentuhan Peribadi ROZITA CHE WAN Untuk Banglo RM10 Juta Cetus Inspirasi. Siap Tempah Kabinet Dari England!
Ruang tamu dengan ciri European Classic amat bersesuaian citarasa Che Ta!

Dalam foto Instagram yang dikongsi oleh Che Ta, mereka sekeluarga mengambil kesempatan bergambar sempena Hari Raya di ruang tamu utama serta ruang makan utama yang terdapat di banglo mewah ini.
Penggunaan lampu chandelier Sebelum kita bercerita dengan lanjut mengenai cara-cara memilih lampu chandelier, apa kata kita ketahui dahulu apa itu sebenarnya lampu chandelier. Mesti ramai yang tahu kan lampu chandelier ini ialah lampu yang paling popular untuk diletakkan di kebanyakan rumah, terutamanya di ruang tamu dan bilik tidur.

Rumah Bak Istana Inggeris! Sentuhan Peribadi ROZITA CHE WAN Untuk Banglo RM10 Juta Cetus Inspirasi. Siap Tempah Kabinet Dari England!
Ruang makan utama banglo Che Ta juga menggunakan rona keemasan yang elegan

Ruang tamu utama banglo mewah Che Ta turut menggunakan lampu chandelier klasik yang mempunyai prisma kristal tergantung untuk menerangi ruangan cahaya yang dipantulkan. Gaya ini amat bersesuaian untuk kediaman yang inginkan suasana yang nampak mewah lagi majestik untuk ruang tamu.

IKLAN

Bijak Che Ta memilih dekorasi ruang tamu yang diserikan dengan gabungan perabot mewah dan rona keemasan yang nampak klasik tetap elegan dalam kelasnya yang tersendiri!

Rumah Bak Istana Inggeris! Sentuhan Peribadi ROZITA CHE WAN Untuk Banglo RM10 Juta Cetus Inspirasi. Siap Tempah Kabinet Dari England!

IKLAN

Meskipun gembira dapat beraya di rumah sendiri, Che Ta berkata kediaman tersebut belum lengkap sepenuhnya kerana terdapat beberapa ruangan yang belum  siap sepenuhnya.

“Kediaman ini belum siap sepenuhnya. Terdapat beberapa benda yang belum lengkap seperti langsir, wall light dan beberapa kabinet yang ditempah dari England belum sampai,” – Che Ta.

Rumah Bak Istana Inggeris! Sentuhan Peribadi ROZITA CHE WAN Untuk Banglo RM10 Juta Cetus Inspirasi. Siap Tempah Kabinet Dari England!

Che Ta turut berkongsi ruangan kegemarannya di banglo baharunya itu di mana dia amat menggemari bilik tidur utama kediaman tersebut yang disifatkan memiliki sentuhan peribadi untuk keselesaan suami isteri.
Sebelum menutup bicara, ketika ditanya mengapa memilih konsep Classic English, jawapan Che Ta sememangnya luhur menggambarkan keperibadian dirinya yang memilih gaya elegan dan ‘next level’ dalam apa jua yang dilakukannya.

Rumah Bak Istana Inggeris! Sentuhan Peribadi ROZITA CHE WAN Untuk Banglo RM10 Juta Cetus Inspirasi. Siap Tempah Kabinet Dari England!
“Kenapa ya? Agaknya memang gaya dekorasi Classic English sesuai dengan jiwa saya. Saya pernah cuba nak buat konsep modern untuk ruangan keluarga tapi bila kita sendiri yang sentuh , tetap jadi konsep yang sama! Nampaknya Zain dan anak-anak terpaksa redha menerima ‘sentuhan kreativiti’ saya. Alhamdulillah, mereka juga menggemari dekorasi yang terdapat di kediaman keluarga ini,” ujar Che Ta seraya mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI