Pengacara terkenal, Nadia Annuar yang juga anak kepada usahawan terkenal Kak Ton ini kelihatan semakin cantik dan ramping.
Memiliki pakej lengkap sebagai seorang wanita, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Shahrul Annuar sukses mencipta nama dalam dunia pengacaraan.
Setiap kali muncul di kaca televisyen, ramai yang terpegun dengan kepetahannya berbicara selain bijak ‘memancing’ penonton untuk terus menonton.
Biarpun sibuk dengan dunia pengacaraan, Nadia tetap tampil fit, cantik dan bergaya. NONA kongsikan rejim penjagaan kecantikan dan kesihatan yang diamalkan Nadia.
“Setiap pagi saya akan amalkan minuman kesihatan di samping banyak minum air putih dan senaman ringan. Ia membantu tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Ads
“Dari segi penjagaan kulit pula, saya akan pastikan mencuci muka dengan konsisten setiap hari serta mengelakkan produk-produk yang meengandungi bahan kimia berbahaya.”
JAGA STAMINA
Tujuh cara berikut bagaimana Nadia mengekalkan stamina agar kekal aktif dan bertenaga.
Kurangkan minuman bergula dan banyakkan minum air putih.
Banyakkan aktiviti riadah seperti berjalan, bersenam ringan. Jangan duduk sahaja sepanjang hari.
Rehat secukupnya tetapi jangan terlalu banyak rehat.
4. Amalkan makanan kurang lemak, kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan sayur-sayuran.
Ads
5. Setiap hidangan mesti ada sayur.
6. Kawal kadar stres dan kekalkan sikap yang positif.
7. Sentiasa hidup gembira.
Ads
“Jika tiada masa hendak ke gymnasium atau tiada peralatan, itu tak bermakna saya tidak boleh bersenam. Jangan jadikan alasan itu untuk tidak bersenam ya.”
5 SENAMAN HARIAN NADIA ANNUAR “Saya kongsikan senaman harian yang dilakukan jika tiada masa ke gymnasium atau tiada peralatan senaman.
Lompat bintang (15 kali)
Push ups (10 kali)
Squat stop (12 kali)
Skipping (40 kali)
Sit ups (12 kali)
“Ulang selama 3-4 kali pusingan. Jangan rehat lebih 30 saat selepas setiap pergerakan. Sambil buat kardio sempat buat 5 step senaman tersebut.”
Kredit Foto: Instagram Nadia Annuar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly.
Layanan yang diberikan pengarah dan pelakon popular ini terhadap adik Fasha Sandha tersebut yang selamat bersalin anak kedua pada 16 Mei lalu memang terbaik!
Walau Sheila seorang selebriti terkenal tanah air dan anak lelakinya iaitu Uzair Haqimy mampu mengambil khidmat confinement lady untuk Elisya tetapi Sheila Rusly selesa menguruskan keperluan menantu perempuan kesayangan terutamanya melibatkan menu berpantang.
Apatah lagi, Sheila memang rajin masuk ke dapur dan rajin memasak untuk seisi keluarga. Bahkan sejak kelahiran anak pertama lagi dia sudah melakukan tugas itu untuk Elisya.
Berkongsi momen tempoh berpantang dengan menantu baru-baru ini, video masakan berkenaan meraih lebih sejuta tontontan!
Rata-rata mereka memuji layanan Sheila Rusly.
Kongsi pengacara yang pernah popular menerusi program Ketuk-Ketuk Ramadan itu, “Bila anak menantu Elisya Sandha cakap ‘Nak berpantang rumah mama’. Gigih sis plan menu dengan Bibik Express.”
Terharu dengan cara layanan ibu mentua tersayang, ibu dua cahaya mata ini meluahkan rasa syukur.
“Thank you, ma. Makanan pantang paling best dalam dunia.”
Bukan hanya menyediakan masakan berpantang untuk Elisya. Malah Sheila juga rela hati memasak untuk anak menantu ketika mengidam masakannya sebelum bersalin.
Dalam temu bual bersama Sheila ketika menjadi cover digital Nona beberapa tahun lalu, isteri Azman Yahaya atau Jinggo ini bersyukur dikurniakan menantu pandai menjaga hati dan cantik.
“Sekarang ni susah nak dapat menantu yang betul-betul rajin masuk dapur. Memang susah nak cari perempuan pada umur Elisya ni yang rajin untuk turun dapur masak. Masak ni tak boleh paksa, dia kena ada kemahuan sendiri.
Saya harap Elisya jadi anak menantu yang baik, isteri baik kepada suami, jadi ibu dan anak yang baik. Jangan lupa di mana kita bermula sebab di situ kita akan berakhir.”
Sementara itu, Elisya Sandha juga menyenangi sikap ibu mentuanya dan menjelaskan tanggapan salah khalayak terhadap Sheila Rusly selama ini.
“Orang mungkin nampak mak mentua saya macam garang. Tapi sebenarnya dia sangat penyayang. Di luar dia nampak garang tapi dia sangat baik hati. Mama Sheila seorang yang straight forward dan cakap lepas.
Orang tak nampak sisi dia yang penyayang, suka masak dan pemurah sebab suka bawa makanan pergi set. Jadi benda-benda macam tu sebenarnya bagi saya sangat sweet. Dalam masa sama, saya terinspirasi dengan sikap ibu mentua tentang macam mana dia jaga family, suami dan didik anak-anak.
Semua tu saya tak boleh dapat di luar sana tapi boleh dapat daripada mak mentua sebab dialah yang banyak mengajar saya. Mama ni sangat tenang. Apa yang orang nak cakap pasal dia, dia tak kisah. Itu juga antara yang saya kagum dengan sikap mama.”
Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Mohd Faizal berkahwin dengan Uzair pada Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.
Cahaya mata kedua pasangan ini pula diberi nama Bahtera Elhaq.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkembangan industri fesyen Muslimah yang melimpah dan telah menyuntik keghairahan pereka fesyen memasyhurkan karya patuh syariah. Interpretasi lakaran kanvas yang dizahirkan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Blancheur, Datin Haslinda Abdul Rahim, menggambarkan inspirasi dan cita rasa dalam kelasnya yang tersendiri.
“Memang saya akui perkembangan fesyen Muslimah kini semakin meriah dan terdapat pelbagai pilihan jenama. Secara jujurnya saya mula melibatkan diri dalam industri fesyen Muslimah pada tahun 2015. Jenama Blancheur hadir untuk mengetengahkan modest wear yang premium.
Namun, apabila banyak permintaan yang mahu memiliki mutu dan kualiti yang sama tetapi dengan harga yang mampu milik, jadi saya melahirkan jenama Arjana pula pada tahun 2017. Arjana ini menyasarkan pasaran tempatan dengan harga mampu milik dan saya masih menetapkan kualiti yang sama seperti kualiti premium. Jadi selepas itu semua orang boleh memiliki telekung solat hasil rekaan kami yang mementingkan rekaan dan keselesaan pada muka. Kami adalah pereka pertama yang membuat telekung muka yang tidak berkedut-kedut.
Kita nak berfesyen boleh tidak boleh keterlaluan sangat lebih-lebih lagi pakaian dibawa solat. Mula-mula idea saya nak buat modest wear ini adalah untuk kenalkan industri hijab kita ke luar. Pakaian solat pula lahir apabila saya terfikir apabila menyarung pakaian seharian kita mahu nampak elok, oleh itu pakaian sembahyang juga mahu kelihatan cantik dan kemas. Ini yang menyebabkan kami mementingkan pakaian solat juga,” bicara Datin Linda lembut.
Di awal kelahiran Blancheur menyasarkan untuk pasaran luar negara. Tahun pertama penubuhan telah menyertai beberapa pertunjukan fesyen di peringkat antara bangsa. Di antara pertunjukan fesyen yang telah disertai adalah Nanjing Fashion Week 2015, Mercedes Benz Malaysia Fashion Week 2015 Global Launch di Paris, Islamic Fashion and Design Council’s (IFDC) Modest Fashion Showcase di Dubai 2015 (seiring dengan jenama antarabangsa seperti DVF dan Armani), Mercedes Benz Stylo Asia Malaysia Fashion Week Gala 2015 dan Malaysia Fashion Week 2015 (ketika ini Blancheur memenangi anugerah International Exhibition Award).
“Ramai juga yang bertanya apa faedah menyertai pertunjukan fesyen di luar negara. Sebenarnya di awal penubuhan Blancheur memang sasaran kami adalah untuk pasaran luar negara. Jadi apabila kami menyertai pertunjukan fesyen di negara luar telah membuka mata orang luar untuk melihat hasil kreativiti kami. Melalui pertunjukan fesyen di sana juga kami telah mendapat tempahan seperti di Shanghai, Singapura dan London. Jika jenama lain memulakan langkah perniagaan di pasaran tempatan, kami pula bermula di luar negara. Itu yang membuatkan kami berbeza,” tutur Datin Linda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak kemunculannya dalam drama popular Lelaki Kiriman Tuhan, tidak dinafikan nama Harris Annuar semakin dikenali ramai. Bergelar pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, lelaki bertubuh tinggi lampai ini merupakan anak bongsu kepada usahawan terkenal ‘Kak Ton’ atau nama sebenarnya Zaiton Hassan.
Kembali aktif mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan miliknya di kaca televisyen, figura yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd ini masih ligat berniaga meskipun sudah meniti usia 60 tahun. Baik secara dalam talian mahupun jualan terus, Kak Ton tetap tidak menang tangan menguruskan tempahan pelanggan setia.
Situasi tersebut diakui Harris yang sering berada di samping ibu tersayang dan menyaksikan sendiri detik jatuh bangun wanita berjiwa kental tersebut. Bakal menginjak usia 26 tahun pada 14 Mei depan… pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian ini tanpa berselindung mengagumi personaliti ibu tersayang. Selain menyifatkan karakter ibunya sebagai seorang yang lucu, petah bercakap dan tegas, Kak Ton juga digambarkan ibarat srikandi yang tidak kenal erti putus asa.
“Apa yang anda nampak dia dalam TV, begitu juga sikapnya di dunia realiti. Memang transparent habis sebab mak tak pandai bermuka-muka dan telus dengan sesiapa pun. Dia memang suka bercakap sampai kadang-kadang susah hendak suruh dia berhenti. Samalah juga situasinya bila bersiaran dalam program TV. My mom hanya akan berhenti bercakap bila dia sudah puas beritahu apa yang hendak disampaikan. Anak-anak semua dah lali dengan perangai mak,” terangnya sambil tertawa.
Pernah berdepan perit maung sepanjang mengendalikan empayar Pravenus Beauty, Harris dan empat adik-beradik yang lain menjadi saksi kejatuhan perniagaan tersebut sekitar tahun 2004 apabila gerai jualan yang disewa terkena gangguan sihir. Turut terpalit dengan kesukaran hidup waktu itu, Harris terpaksa akur melihat dua kereta keluarganya dijual semata-mata untuk menyelamatkan keadaan.
“My mom mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan pada tahun 1999. Masa itu, mak cuma jual produk jamu dari rumah. Saya ingat lagi dia letak semua barang jamu dalam sebuah peti berwarna hitam. Bila bisnes makin dapat permintaan, mak sewa sebuah kedai di Seksyen 18, Shah Alam.
Bayangkan, dia sanggup berkongsi ruang kedai itu dengan dua lagi peniaga lain. Mulanya tak ada apa-apa masalah sehinggalah perniagaan mereka terkena sihir. Jalan penyelesaian terakhir yang dia ambil adalah dengan menjual kereta yang ada. Saya ingatkan duit yang dia dapat tu untuk buat modal pusingan. Sebaliknya mak guna untuk menunaikan umrah bersama ayah. Sepanjang berada di sana, dia tak putus-putus berdoa meminta pertolongan daripada Allah.”
Murni sungguh jiwa Kak Ton yang ‘berkiblatkan’ keredaan dan rahmat Allah SWT untuk meneruskan perniagaan tersebut. Sekembalinya dari Tanah Suci, ibu kepada lima orang anak ini mendapat jemputan dari sebuah stesen televisyen untuk mempromosikan produknya. Dalam tempoh masa yang diberi selama lima minit saja, Kak Ton menggunakan masa dengan sehabis baik untuk memperkenalkan produk Beauty Umaira.
Dengan izin Allah, sebaik melangkah keluar daripada program berkenaan talian telefon Kak Ton dihujani dengan panggilan orang ramai yang ingin membeli Beauty Umaira. Situasi yang tidak pernah dialaminya selama ini. Berkat doa dan kerja keras Kak Ton, puluhan ribu unit produk berkenaan berjaya dijual.
Khabarnya, Kak Ton juga antara wanita pertama yang menjejakkan kaki di bumi Palestin untuk memberikan sumbangan pada tahun 2012.
“Dari dulu sampai sekarang mak percaya, lagi banyak kita memberi… lagi banyak rezeki yang akan kita terima. Paling saya kagum dengan dia adalah hubungannya dengan Allah. Walau dah dapat rezeki melimpah-ruah dan bisnes makin maju, mak tak tinggal buat solat-solat sunat setiap hari. Macam satu rutin wajib baginya.
Malah, dia juga rajin berzikir. Sampai tertidur pun ada. Tahun pertama dapat duit jualan, mak bawa 40 stokis mengerjakan umrah. Tahun berikutnya pula dia tunaikan niat bawa golongan mualaf. Seterusnya anak-anak dan kawan rapat. Mungkin sebab itu Tuhan limpahkan rezeki meluas kepada mak.”
Berkali-kali meluahkan rasa kagum dengan sifat tabah dan cekal ibunya, Harris tanpa segan silu menjadikan perjuangan Kak Ton sebagai inspirasi dalam menempuh titian kerjaya dan kehidupan.
Semoga pengalaman hidup anak dan ibu ini mampu dijadikan teladan kepada khalayak untuk mencipta kekayaan di dunia dan akhirat kelak!
Foto: Instagram Kak Ton
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Marisha Friska Halauwet membuktikan wanita mampu berjaya sebagai doktor pakar bedah dan penyanyi terkenal, inspirasi wanita moden dalam dua dunia berbeza.