Nama Diyana Halik, iaitu isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz tak semena-mena dipetik, dan tular sewaktu isu yang berlaku antara Aaron dan pengarah kontroversi Syamsul Yusof. Manakan tidaknya, sejak video penjelasan lanjut tentang isu penguguran nama Aaron dalam satu projek filem dipos oleh Aaron di Instagramnya, ramai yang meminta Diyana untuk berkongsi rahsia Kuetiau Gorengnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Ini Ramuan Rahsia Kuetiau Goreng Air Tangan DIYANA HALIK Yang Buat Syamsul Yusof Tambah 2 Kali!

Menerusi pendedahan Aaron, Syamsul ada datang ke rumahnya bagi membincangkan soal kerjaya dan naskah terbarunya, dan Diyana ada menghidangkan menu kuetiau goreng kepadanya, di samping mendedahkan yang Syamsul cukup suka dengan hidangan Diyana sampai bertambah dua kali.

Ini Ramuan Rahsia Kuetiau Goreng Air Tangan DIYANA HALIK Yang Buat Syamsul Yusof Tambah 2 Kali!

Lantas, ramai warga maya meminta Diyana untuk berkongsikan rahsia keenakan menunya itu. Menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial, Diyana menyenaraikan bahan-bahan digunakan selepas ramai orang meminta dan mahu mencuba resipi tersebut.

“Kuetiau tu biasa je la. Pakai cili serbaguna Sufi, sos tomato dan cili, letak sos tiram sikit, lepas tu makanan laut dan kicap ABC.. tu je,” kata ibu kepada 3 orang cahaya mata itu.

Ini Ramuan Rahsia Kuetiau Goreng Air Tangan DIYANA HALIK Yang Buat Syamsul Yusof Tambah 2 Kali!

Terdahulu Aaron menerusi satu hantaran video di laman Instagramnya mendedahkan konflik digugurkan dalam filem Original Gangster oleh Syamsul, atas beberapa faktor antaranya masalah kesihatan, usia dan kondisi tubuh Aaron.

Sumber: Youtube Selebriti Malaysia

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI