





Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!






Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!

Pengumuman pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie mengenai status rumah tangganya di media sosial baru-baru ini mengejutkan ramai pihak. Kebanyakan peminat dan rakan artis turut tidak menyangka Dato’ Jovian Mandagie dan Nina Sabrina Ismail Sabri yang selama ini dilihat sebagai pasangan ideal mengambil keputusan untuk berpisah.
Difahamkan kedua-duanya sepakat mengakhiri rumah tangga yang dibina hampir sedekad lalu dengan baik. Empat bulan selepas perpisahan tersebut barulah figura popular dalam industri fesyen tanah air ini mendedahkan situasi mereka kepada umum.
Walau sudah tidak lagi bergelar suami isteri, Dato’ Jovian dan Nina masih jalin hubungan baik demi anak tunggal mereka, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.
Jeanelle juga merupakan cucu kepada bekas Perdana Menteri kesembilan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam perkongsian Dato’ Jovian, “Some marriages are special and were made to last a lifetime, but ours is special for it has evolved into a friendship that will last a lifetime.
In August, we mutually decided to end our 10-year marriage for reasons we believe are best.
We’ve discovered that as friends and co-parents to Jeanelle, we share a different kind of love that we have come to appreciate.
Ensuring Jeanelle’s happiness remains our top priority, and so far, we’ve been doing wonderfully, Alhamdulillah. Our love towards our parents and families has not changed either. We have faith in Allah’s plan, knowing He is the greatest planner.”
Dato’ Jovian Mandagie bernikah dengan Nina Sabrina yang juga kakak kepada penyanyi Dafi pada 11 Disember 2013.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/comel-je-mak-anak-ni-percutian-stylo-datin-nina-jeanelle-ke-australia-cuit-perhatian/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

Bertempat di Pusat Konvensyen IDCC semalam, bersempena dengan sambutan Hari Ibu dan Ulang Tahun ke-15 Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), kira-kira 1,000 wanita termasuk dari kalangan ibu dan ibu tunggal diraikan dalam sebuah majlis yang cukup meriah.
Apatah lagi, majlis diseri dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan merasmikan majlis. Turut hadir adalah Y.A.M Tengku Puteri Datin Paduka Hajjah Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz dan Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad.
“Hari ini, PEKAWANIS menganjurkan sebuah majlis di mana kita memberikan penghargaan kepada ibu-ibu dengan memberikan anugerah Tokoh Ibu. Sebenarnya program ini telah berlangsung setiap tahun di mana dua tahun kita dah buat di peringkat DUN, namun pada tahun ini kami nobatkan 10 tokoh ibu di 35 DUN dan kita raikan dalam satu majlis yang besar, dan pada hari ini kita ada 340 orang tokoh ibu”, jelas Datin Seri Masdiana Muhamad.
BACA JUGA: ‘Simple’ Pun Cantik, Gaya Anggun Tengku Permaisuri Selangor Dengan Rantai Mutiara Raih Perhatian!
Pada majlis tersebut, sepuluh orang tokoh ibu dipilih daripada 340 tokoh-tokoh ibu dijemput ke atas pentas bagi menerima anugerah khas yang terdiri dari beberapa kategori, antaranya Tokoh Ibu Mithali, Ibu Ikon, Ibu Inspirasi dan Ibu Inovatif.
“Kriteria pemilihan tokoh ibu pada tahun ini melibatkan banyak pihak termasuk Pusat Khidmat Masyarakat, ahli majlis dan ketua kampung untuk mencari dan memilih tokoh ibu Pekawanis menerusi kejayaan mereka dan sumbangannya kepada masyarakat. Kami memberikan keutamaan kepada ibu yang menyumbang dan bergaul dengan masyarakat. Itu adalah keutamaan kami,”
Tambahnya lagi, “Dengan moto ‘menjadi sebuah pertubuhan yang sentiasa peka dengan kebajikan rakyat’, Pekawanis sentiasa bergiat aktif dalam masyarakat dengan menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Selangor,” katanya.
“Justeru, majlis hari ini sangat bermakna kerana ini merupakan tahun ketiga Pekawanis memberi anugerah tokoh ibu kepada ibu-ibu di seluruh Selangor bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada keluarga dan masyarakat,” katanya lagi.
Dan bersempena majlis sambutan Pekawanis yang ke-15 kali ini, turut dilancarkan lagu baru PEKAWANIS yang dinyanyikan oleh penyanyi Alina Hassan.
Turut dijemput adalah mantan-mantan Yang Dipertuan PEKAWANIS sebelum ini, dari tahun 2008 sehingga ke hari ini. Pada majlis tersebut, ia dihoskan oleh Raja Azura, serta kemunculan istimewa penyanyi dangdut Amelina.
Majlis yang dihadiri 1200 jemputan berkenaan mendapat tajaan oleh syarikat Telaga Emas (Datin Azika Binti Omar), serta dijayakan dengan tajaan-tajan lain dari Pusat Pakaian Hari-Hari, Jakel, Arombay, Humibo X, Mydin, Buttonscaves, Summer Love, Kumpulan Media Karangkraf, FAMA, Fukuoka dan ramai lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat Raja Pop tanah air dan isteri yang menerima kehadiran ‘orang baru’ pada tanggal 11 November 2020 semalam. Setelah 39 minggu hamil, akhirnya Datin Zai Izatti selamat melahirkan cahaya mata kedua yang juga seorang bayi lelaki. Perkhabaran gembira itu didedahkan anak Datuk Jamal Abdillah sendiri, Yamani Abdillah menerusi laman media sosialnya.
Kongsi Yamani, “Alhamdulillah EL ISSAC YAMANI (Zeck) telah hadir ke muka bumi. Syukur alhamdulillah adikku yang bongsu. Nanti tunggu abang datang.”
Sementara itu, Datin Zai Izatti yang berjaya dihubungi pihak Nona juga mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan dia serta bayi berada dalam keadaan baik selain mengucapkan terima kasih kerana mendoakan kesihatan dirinya sepanjang kehamilan lalu. Malah beliau turut menjelaskan akan berkongsi wajah terkini anak lelaki mereka apabila tiba masanya nanti. InshaAllah!
Nampaknya sekarang Datuk Jamal dan Datin Zai sudah pun mempunyai sepasang cahaya mata. Jika zuriat sulung yang juga anak perempuan diberi nama Nur Azura Yamani, kali ini pasangan romantis berkenaan memilih nama El Issac Yamani atau singkatannya Zeck! Memang menggamit kenangan filem Azura sungguh! Terus terbayang lakonan Datuk Jamal sebagai Zeck dalam filem popular era 1984 tu.
Mengimbas kembali berita kehamilan kedua Datin Zai Izatti, ibu muda ini nyata tidak menyangka diberi rezeki untuk menimang cahaya mata sekali lagi ketika anak sulung, Nur Azura Yamani baru berusia tujuh bulan pada Mei lalu. Memandangkan kurniaan terindah dari ilahi ini diterima dalam bulan Ramadan, Datin Zai dan Datuk Jamal Abdillah menganggap ia merupakan satu rahmat buat rumah tangga mereka berdua. Yang pasti, ini reaksi kedua-duanya saat doktor memberi keputusan ujian kehamilan.
“Masa disahkan hamil tu, kami terkejut sangat-sangat! Saya tahu yang saya hamil sebab rasa mual-mual teruk sampai nak makan pun tak selera. Tapi waktu tu tak fikir sangat pun sebab masih menyusu badan. Tambahan pula period saya tak teratur. Cuma bila rasa diri kerap sangat rasa mual-mual tu yang terasa hendak check. Tengok-tengok positive, alhamdullilah. Tapi dalam masa sama masih terkejut,” ujar Datin Zai yang sedang hamil 12 minggu waktu itu.
“Memang alami alahan, hilang selera makan, muntah dan berat badan pun turun. Apa-apa pun alahan waktu mengandungkan Azura dulu lagi teruk berbanding sekarang. Sejujurnya saya dan suami tak jangka langsung akan hamil lagi. Iyalah, masa bersalin Azura kan czer. Memang kami merancang, tapi tak sangka rezeki Allah nak bagi secepat ini. Alhamdullilah.”
Bercerita tentang si comel Azura pula Datin Zai berkata anak perempuannya ini makin bijak dan mencuit hati. “Azura masuk 7 bulan, dah pandai merangkak dan duduk. Juga paling pandai meragam. Sejak tahu hamil anak kedua, doktor pesan suruh saya rehat secukupnya, banyak minum air kosong dan jangan buat kerja berat-berat,” kata Datin Zai yang merancang mahu empat orang anak jika diizinkan Allah.
Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izzati sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat. Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu, isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.
Datin Zai Izatti sah bergelar isteri Datuk Jamal pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah.
Kredit foto: Instagram Datin Zai Izatti & Yamani Abdillah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group

