Seronoknya tengok percutian Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri dengan anakanda tersayang ke Australia baru-baru ini. Perkongsian momen indah Datin Nina dan Jeanelle di media sosial isteri kesayangan Datuk Jovian Mandagie berkenaan meraih perhatian peminat.
IKLAN
Apatah lagi, Australia cukup dekat di hati Datin Nina yang pernah menetap di sana ketika zaman universiti.
Tampil ceria dan bergaya sepanjang percutian, anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri ini kelihatan teruja menyaksikan keindahan bumi Australia di samping Jeanelle.
Bagaimana pun Dato’ Jovian tidak turut serta dalam percutian mereka kali ini.
“Jeanelle’s first time meeting Kangaroos and Koalas. The first time she went to Australia she was just 7 months old, then the pandemic hit so I didn’t get to bring her here. So happy to see her enjoying herself and lovin’ it here as well.”
Sebelum tiba di Australia, Datin Nina dan Jeanelle sudah pun bercuti ke Hong Kong. Yang pasti, gaya dan pakaian ibu anak ini menjadi tumpuan khalayak kerana mempunyai cita rasa fesyen yang menarik dan eksklusif.
Lebih-lebih lagi, suami Datin Nina seorang pereka fesyen dikenali ramai sudah tentu wanita cantik ini bijak menyuaipadankan pakaian anak tersayang from head to toe.
Bahagia melayari alam rumah tangga di samping Dato’ Jovian, perkahwinan mereka lebih bermakna sejak kehadiran puteri sulung, Jeanelle Nika Mandagie.
IKLAN
Kakak kepada penyanyi Dafi ini juga merupakan usahawan Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor.
Selain menguruskan Capello by Nina, dia juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak Peterana Kindergarten.
Walau sibuk dengan perniagaan namun ibu seorang anak tersebut tetap aktif menjalani gaya hidup sihat dan gemar melakukan aktiviti berbasikal bersama suami tercinta.
Penuaan adalah sebahagian daripada hakikat kehidupan. Tiada manusia yang dapat menghentikan waktu, apatah lagi untuk mengundur atau mengelakkannya daripada berlaku. Seiring dengan pusingan jam biologi, pelbagai ciri-ciri fizikal juga mula berubah antaranya kedutan, kulit hilang keanjalan dan masalah uban.
Buat golongan ibu yang berusia 40 tahun ke atas, terdapat enam penyakit di bawah yang mampu mengancam nyawa atau mengundang depresi jika tidak dikawal dari awal. Beringat-ingatlah sekarang!
(1) Kanser Payudara
Kanser payudara masih menjadi penyakit utama wanita di seluruh dunia. Ujian mamogram disyorkan kepada wanita berusia 50 tahun ke atas serta amat digalakkan kepada wanita yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidapi kanser ini pada usia 40-49 tahun.
Gejala-gejala yang sering dirasai pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, disusuli dengan lelehan yang keluar daripada puting, yang adakalanya disertai darah.
(2) Kanser Pangkal Rahim
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Kanser Kebangsaan, kanser pangkal rahim menunjukkan kes kanser kedua tertinggi dengan jumlah 12.9% atau 20 kes daripada 100,000 penduduk.
Ia kian ‘membunuh’ seiring dengan penambahan usia seseorang wanita disebabkan oleh sejenis kuman Human Papiloma Virus (HPV) yang boleh berada dalam tubuh wanita selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun lamanya sebelum bertukar menjadi sel barah.
(3) Menopaus
Tidak ketinggalan, seorang ibu yang meningkat usia akan melalui sebuah fasa semula jadi dalam kehidupannya, iaitu menopaus.
Proses ini berlaku secara perlahan dan diiringi beberapa gejala khusus seperti selaran kepanasan, perubahan emosi mendadak, kekeringan dan sukar tidur malam.
Wanita yang menghidapi menopaus turut berkecenderungan menghidapi penyakit osteoporosis, masalah jantung, lemah pundi kencing, lemah daya ingatan, hilang elastisiti kulit dan otot serta masalah penglihatan.
(4) Sakit Jantung
Penyakit ini merupakan penyebab kematian lelaki dan wanita di seluruh dunia termasuk 22.5% penyebab kematian wanita Malaysia.
Ia sering terjadi kepada wanita yang mengalami menopaus, peningkatan umur, sejarah keluarga, perokok, kandungan kolesterol yang tinggi dan kurang melakukan aktiviti fizikal.
Jagalah kesihatan jantung dengan mengurangkan atau menjauhi asap rokok, menjaga berat badan, bersenam sekurang-kurangnya 30-40 minit untuk lima kali seminggu, berdiet dan mengawal paras gula dalam darah (diabetes), kolesterol dan tekanan darah.
(5) Kehamilan
Kehamilan di usia lebih 40 tahun amat memerlukan penjagaan rapi kerana ia cukup berisiko dan berpotensi untuk gugur. Perkara ini disebabkan oleh faktor dinding rahim yang rapuh, kualiti sel telur yang rendah dan kekurangan bekalan darah.
Anda juga perlu berwaspada terhadap risiko-risiko seperti penyakit gestational diabetes yang hanya terjadi semasa kehamilan, risiko adanya kromosom abnormal dan proses kelahiran secara pembedahan caesarean.
(6) Osteoporosis
Osteoporosis merupakan suatu penyakit penurunan kepadatan tulang sehingga menyebabkan ia menjadi tipis, rapuh dan mudah patah. Ia cenderung terjadi kepada wanita pasca menopaus atau melebihi 50 tahun kerana faktor penurunan hormon estrogen, kurang pengambilan kalsium, tidak aktif dan merokok.
Akibatnya, penghidap penyakit ini akan sering merasa sakit tulang, tubuh menjadi pendek dan patah tulang terutamanya pada tulang belakang, tulang pangkal peha dan tulang pergelangan tangan.
Elakkan daripada aktiviti fizikal yang membebankan tulang punggung, membongkokkan tubuh dengan punggung melengkung (seperti sit up, mendayung dan sebagainya), latihan yang menyebabkan anda mudah jatuh dan menggerakkan tubuh ke sisi. Norzalina Mohd Alias
MashaAllah, terpikat tengok raut wajah cantik Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid! Ternyata anak perempuan pengarah terkenal, Dato’ Ziela Jalil ini mewarisi kejelitaan ibunda tersayang. Meniti usia 30 tahun, Dr Julia merupakan isteri kepada Dziya Faqhran dan memiliki dua orang cahaya mata.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita cantik ini telah pun selamat melahirkan anak kedua mereka pada 14 Januari lepas. Genap berusia tujuh hari, pasangan ini mengadakan majlis cukur jambul dan menamakan bayi perempuan mereka, Tun Ameena Zeeya.
Kongsi Dr Julia, “Anakanda kami berserta cukur jambul by Daddynya. Introducing our latest bundle of joy, the birth of our second daughter on 14/1/2022, Tun Ameena Zeeya. May Allah protect you always my dear, and may you be the sparkle in our eyes and hearts.
Semoga Allah juga membimbing Mama and Daddy untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat Alayna and Ameena, yang dapat memberi anak-anak ilmu dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi kalian, dan semoga kalian menjadi anak-anak yang solehah. Ameen.”
Baru-baru ini, Dr Julia berkongsi posting terbaharunya ketika majlis maulud dan cukur jambul untuk dua anakanda tersayang. Dalam majlis tersebut Dr Julia menyarung persalinan jubah merah sedondon dengan suami tercinta. Sementara anak mereka mengenakan persalinan rona putih.
“Alhamdulillah selesai majlis maulud dan cukur jambul Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya. Semoga majlis dipenuhi barakah dan rahmat Allah dan doa-doa dan segala kebaikan buat anak-anakku dikabulkan oleh Allah. Amiin. Thank you to everyone who were able to make it.”
Memang meriah majlis meraikan kedua-dua cahaya mata Dr Julia dan suami. Menerusi foto-foto yang dikongsikan juga kelihatan rakan artis dan kenalan rapat Dato’ Ziela Jalil menyerikan majlis. Antaranya termasuk pengarah Erma Fatima dan adiknya, Datin Paduka Umie Aida serta pelakon Liza Abdullah.
Dr Julia juga mempunyai seorang adik lelaki iaitu Megat Jufri Nasrullah hasil perkahwinan ibunya dengan bapa mereka, Allahyarham Tan Sri Megat Junid pada tahun 1991. Selain itu, Ziela juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ibrahim Junid Abdullah.
Seronok dengar motherhood journey Neelofa! Dalam majlis berbuka puasa bersama Neelofa dan Haris, memang terserlah sisi keibuan selebriti cantik tersebut. Lebih-lebih lagi apabila bercerita mengenai permata hatinya, Muhammad Bilal. Terus berseri-seri wajah isteri kesayangan Haris Ibrahim atau lebih dikenali sebagai PU Riz ni!
Teruja berkongsi pengalaman dan rutin sebagai ibu, Neelofa yang sebelum ini seorang wanita yang bekerja keras dalam kerjaya kini lebih fleksibel dan sanggup ‘mengorbankan’ masa semata-mata mahu melihat anakanda tersayang membesar di depan mata.
Mengulas lanjut, Neelofa berkata, “Buat masa ini saya masih lagi ada Confinement Lady (CL) yang menjaga saya. Patutnya 100 hari, jadi ada lagi few weeks lah. Ramadan kali ini mencabar sebab saya menyusu badan. Jadi ada hari yang sukarlah, mesti ibu-ibu faham kan dari segi pengeluaran susu berkurang waktu berpuasa.
Lofa ada juga kawan-kawan yang melahirkan anak dalam masa yang lebih kurang sama dengan saya. Masa saya mengandung, ada dalam lima orang kawan rapat yang mengandung juga. Anak mereka pun lahir bulan yang sama tapi hari lain-lain. Jadi kami banyak share experience.”
Kata Neelofa lagi, dia bersyukur kerana Bilal tak banyak ragam dan mudah dijaga. “Bilal for the first two month sangat senang dijaga, tak banyak nangis. Alhamdulillah. Cuma bila malam tu dia nak adjust waktu tidur malam lebih panjang dari siang, adjustment tu mencabar sedikit.
Sekarang je dia start menjerit sedikit-sedikit. Iyalah, dah besar. Meniarap dah hampir boleh. Lepas tu dia dah pandai gelak, pandai senyum dan dia pun dah cam muka-muka orang yang jaga dia. Kalau tegur sedikit pun, dia dah gelak-gelak sampai nampak gusi semua. Dia sangat ‘berlapis-lapis’ sebab kuat menyusu. Bayi lelaki kan.”
JAGA ANAK
Ditanya keadaan Haris sejak kehadiran Bilal, sambil tertawa Neelofa mendedahkan sikap suaminya sebaik saja bergelar bapa.
“Haris sangat supportive lah. Macam malam tu awal-awal Bilal lahir, dia bangun bagi kita semangat. Walaupun dia tak bantu dari segi macam apa yang kita buat, kehadiran dia bangun dan teman tu bagi kita kekuatan. Dia bangun, dia akan duduk dan tunggu.”
Sementara itu, Haris yang setia di samping Neelofa turut mengakui ada membantu isterinya menjaga anak termasuk menukar lampin. “Ada (tolong), tak sebanyak mak dialah. Saya ucap tahniah dekat ibu-ibu di luar sana yang sangat cekal jaga anak-anak. Kita (sebagai kaum bapa) kena cuba. Sesekali kena cuba.”
WAJAH BILAL
Diaju pertanyaan mengenai wajah anak mereka kepada peminat, ini jawapan jujur Haris. “Tak dedah wajah Bilal sebab consider dari segi keselamatan dan kesihatan. Ada sekali tu Bilal pernah sakit dan kami sedih. Untuk sementara waktu, kita jaga dulu kesihatan Bilal. Tak mahu menyusahkan orang dan orang tak menyusahkan kita. Jadi sama-sama kita jaga dulu awal-awal ni.”
Difahamkan Neelofa dan Haris sayu melihat anak mereka yang kelihatan kurang sihat tidak lama dulu selepas selesai mengambil suntikan. Dari detik itu, mereka sangat berhati-hati dengan keadaan dan kesihatan Bilal.
KERJAYA
Bercerita mengenai perkembangan kerjaya dan bisnes, Neelofa dalam nada teruja berkata dia bakal kembali dalam sebuah program bual bicara. “Saya akan keluar dengan program bual bicara tidak lama lagi. Masih dalam proses perbincangan. Nanti kita akan share. InshaAllah, tak lama lagi. Lepas raya ni akan ada sharing about it.
Fokus lebih kepada bisnes, priority kami adalah Bilal. Lofa pun tak nak macam Bilal lama-lama dengan helper. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu lebih daripada yang lain. Kalau bisnes pun mudah sebab boleh buat dekat rumah, jarang-jarang kena pergi meeting atau shooting.”
Mengulas kerjaya Neelofa selepas berstatus ibu, Haris memberi ‘lampu hijau’ kepada isteri tersayang untuk meneruskan minatnya dalam bidang yang diceburi.
“Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ni secara detail. Setiap perkara, dengan imej agama yang dia bawa, kena berhati-hati dan sebagainya. Dan lofa alhamdulillah boleh ikut dari segi pakaian pun, dia taat pada perintah Allah SWT.Jadi kita bagi dia ruang, berkarya dalam benda-benda yang dia biasa buat.”
Semoga Neelofa dan Haris terus cekal dalam membesarkan anak. Di samping sukses dalam setiap bidang yang diceburi agar menjadi sumber inspirasi ramai.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...